Saturday, December 26, 2009

Istikharah In Our Daily Life

Bismillahirrahmanirrahim


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terbayangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki mahupun perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan penerangan yang jelas dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah..setiap hari kita akan membuat pilihan tidak kira yang besar mahupun sekecil2 perkara..jadi mahu atau tidak,,kita akan dan mahu memilih yang terbaik untuk pilihan tersebut...so thats why..ianya penting sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:
Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.

Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuan u dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudratMu serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah kurniaMu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agamaku juga dalam urusan kehidupanku serta natijah pada urusanku, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

- Niatnya: “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat terlebih dahulu).

Terjemahan Doa’ :

Ya Allah!

Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudratMu serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah kurniaMu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…..) adalah baik bagiku dalam urusan agamaku juga dalam urusan penghidupanku serta natijah pada urusanku, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

semoga bermanfaat kepada kita as muslim

cik penulis: try nak buat
Wallah hu ‘alam


Thursday, December 24, 2009

Muvie+Photo

Bismillahirrahmanirrahim…

Keriangan2!!(asyik2 riang..bile nak sedih??)lepas habis exam walaupun tak beberapa boleh nak jawab~huhu…lantaklah,rasenye lebih baik tak payah tunjuk markah sebab aku pun x nak tengok..off..keyh,,aku nak cakap pasal pe r??urm kalau dulu orang(x kan kambing kot) dok minat cerita nur kasih..termasuk la aku(sebab aku pon orang) kenape ?? ntah tanya depa la…semua pakat dok download mendownload(kat sini la)..aku pon nasib baik la the last episode,,dok bertandang kat rumah kedah..boleh la tumpang sekaki (tak dak kena mengena ngan kaki,ttgk pakai mata) dengan akak2 tu layan nurkasih…sekarang dah khatam dah tgk citer tu n maybe dah boleh dapat sijil…SIJIL PENGHARGAAN KERANA MELAYAN NURKASIH drpd kabir bahtiar(betul ke eja nama ni??kalau salah maap ye) (macam la dia nak bagi..”prabih dakwat aku ja”). Kat Malaysia pon, aku dengar, dah ulang banyak kali dah cerita ni dalam tv..gempak betoi!!



La ni,,tetiba ada lak orang promote tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih(KCB @ dalam indonnya kacibe) xpasaii aku nak tengok cerita tu…even tau lebih lambat dri korang semua….kalau nak bagi cd ke,ape ke..bleh gak..ni suruh download sendiri..x berkuasa aku….nasib la kakak kat umah ni ade movie tu..tapi KCB1 la…KCB2 x dapat lagi..sempat la tengok skip2 sebab x dak subtitle(aku bukan bleh sangat nak menangkap bahasa mak indon nih)..boleh la tahan!!sebab buat kat Egypt(??)..acccording to their responds,, movie KCB lebih masyuk drpd ayat2 cinta (aku??x de mase nak compare mengompare..) yang pasti,memang x baca novel..minat baca novel dah hilang(ganti ngan buku medic~ceyh poyo nurus!!)~

Aruz billaban(nasi +susu)sedap!!!tapi,rasenye x elok kot makan selalu..sebab nasi + susu amat2 lah tidak bersesuaian…



Shita’(winter) menyebabkan percambahan strawberry..banyak+murah=lega poket..


Ni ruang makan rumah kami (bukan nak tunjuk manusia di atas yep)


Roti fino(makanan harian)..alamatnya 6tahun la melantak roti ni..

1st raya in egypt!!

At last,,ape yang dikongsikan ni,,sangat bercampur aduk(sedapnye rojak)..sebab tu la,,title kurang sesuai..

Cik penulis: Walaupun kita mahu mengubah seseorang, tidak bermakna kita boleh membuat sesuatu yang melanggar syariat…inikan pula nyata dan lagi bersuluh ianya adalah dosa besar.Pendek kata..niat tidak menghalalkan cara..

Penat lari dari pak arab yang desperate!!huh?!

Jumpa lagi!!

Wassalam..

Thursday, November 26, 2009

yesterday and today

Bismillahirrahmanirrahim....

dimulakan dengan emo today:happy giler2
1)dari pagi lagi kami semua memg x nak p kuliah..almaklumlah budak2 arab yang lain semua dah cuti tinggal pelajar medic je dekat kuliah..suasana lengang..tengok dr,transparent sampai rumah..tengok mayat pon siap galas beg,serius memang nak balik...mana taknya,disuruhnya kita pi belek2 mayat,yang dr siapkemas2 beg nak balik...tinggal kami terkontang-kanting..mulalah kami merayu2 kat vice dekan n doktorah2, minta dipulangkan kami awal..alhamdulillah berhasil 4.30pm ditukar kpd 3.15(lepas kitorg desire nak mintak balik tu).okla tu...sangat2 gembira..x tau bila lg dapat time2 mcm ni

2)start blaja embryology..subject yang best.blajar pasal baby n macam2.bukannya xsuka subject lower limb tp aku dah banyakterlepas subject tu.sepatutnya,selepas lecture terus study dekat rumah supaya apa yang kita blaja dpat direlate dengan lecture akan datang(biase la short memory).sebab tu bila mula subject baru,,azam aku terus naik..tak ngantuk(hehe,sbab ulang blajar yang f5)

3)dapat broadband ni...bestnye..dalam 2 hari ni je boleh on9.jadi gunakan mase sebaik2nya.sape2 yang ada pertanyaan silalah bertanya skrg(ym,skype,pape la)hehe...

4)balik rumah makanan dah ada,x yah masak.sebab kak yati x p kuliah rini.not very well...tapi bila balik je semua dah siap,,kak yati punya keje...tomyam+ayam goreng,,thanks kak=)

"PERKARA PALING HEPI BILA DAPAT CUTI..DAH LAMA TUNGGU CUTI....."

Smalam kami ke mathor,menghantar sahabat yang akan pulang ke malaysia untuk operation..semoga sihat2 di sana...ameen(balik nanti bawak angin mesia kat sini yea).kebetulan malam tu jugak kami baru dikejutkan dengan berita seorg sahabat yang akan pulang terus ke malaysia.keputusan yang nekad tu sangat mengejutkan...saya terfikir bagaimana dengan perbelanjaan yang telah dilaburkan semata-mata untuk datang ke sini,harapan mamanya yang mahu anaknya terus berada di sini dan apa masalahnya.

katanya:"f x dapat bawa subject medic.."setahu aku dia ok je.seorg yang tabah,cepat catch up dll..x tau nak kata apa sebab keputusan yang dibuat hanya keputusan sendiri dan xde pandangan dari org lain..kecuali diberitahu pd mama,sepupu,n prof..x sempat kami nk memberi apa2 nasihat(cey...poyo)tapi serius kami tekejut beruk!!

iyelah,,kadang2kita x sedar kita buat keputusan terburu2,..ape perasaan mak ayah kita, harapan mak ayah sangat tinggi supaya kita berjaya..putus hubungan keluarga paling dahsyat la...ade yang sehingga mak ayah sanggup datang menjenguk anaknya di sini ntuk bagi inspirasi n motivasi kat diorg(+makan angin la)..

Ke mana arah tuju kita di malaysia nanti,tak kira la sama ada pandai ke,kurg pandai ke,,,bile kita dah buat keputusan datang sini,bermakna kita dah melepaskan semua tawaran2 IPT.silap hari bulan tunggu la sampai tahun depan..tak tahu lagi,boleh ke kita pilih bidang yang kita minat..kalau kaya xpe je,tapi sekaya mana pon parents, kering jugak poket lame2 nanti,silap hari bulan berlubang poket nak tanggung perbelanjaan study..

urm..Allah ade sebut pasal ayat:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ
"sesungguhnya allah tidak akan memberi ujian kepada seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya"
Allah x akan uji seseorang tu kalau dia tak mampu nak menghadapi ujian tersebut..memang kadang2 kita akan rase 'knape kita je yang ada masalah ni??',,padahal kita tak tahu ada hikmah disebaliknya..n kita tak tau orang lain pon ade masalah yang sama dengan kita..memg kita akan rasa down bila terlalu stuck dengan medic. Tambah2 bila tengok member2 dapat hafal term yang berjela2..xplain semula apa yang disebut dr dll. Tp cuba mintak pergantungan dari Allah..betulkan niat balik,mindset yang tak disengajakan tertimbul(ayat pon lintang pukang)...dll.Harap2 Allah tetapkan iman kita semua supaya tidak cepat putus asa dengan jalan yang dipilih..ameen

cik penulis:baru lepas skype...esok sambung lagi..ehehe
doakan saya berjaya mid term ni...exam 20% masuk dalam final exam..


Saturday, October 17, 2009

Egypt (1)

alhamdulillah ..setelah sebulan lebih tinggal dan menetap di bumi anbiya' ini, terlampau banyak pengalaman dan kisah2 yang boleh dikongsikan bersama.actually,,memang saya belum cukup pengalaman lagi..tapi boleh la kalau nak kongsi sikit2..

first pasal bulan ramadhan,,paling best bulan ramadhan sebab meriah la(isy tak tau la pulak nak cerita cmana)..banyak kali jugak la,,x sempat buka puasa kat rumah..bukak puasa dalam teksi..biasanya akan ada orang mana2 yang tunggu tepi jalan baghi 1 plastik kurma dekat setiap orang.kalau satu bas,,satu bas la dia bagi~yang bernasib baik dapat kurma banyak+air kotak+apa apa la(x ingat dah)...solat terawih sangat2 meriah.kalau kat malaysia,malam2 akhir mesti tinggal berapa saf je..kat sini,,masya-Allah memg ramai sampai solat atas jalan(lelaki je)..doa qunut,panjang~ ade la dalam setengah jam.*yang pasti, saya suka g masjid yang ada kemelayuan sket* n tazkirah ba fushah..sekurang2nya ada la faham sket2.(x paham,buat2 paham)

transport::aku rasa dak2 sekolah kat malaysia pon boleh lepas ujian memandu kat sini .macam x de peraturan..memang x de pon..satu jalan boleh buat 5 line!!takyah JKR susah2 nak buat double line.memang trafic light pon jarang ade.ade pon,liplap2 sepanjang hayat...hon kereta lebih kurang macam nyawa pemandu..kalau x de hon memang.. x berjalan kot.urm....biasanya pejalan kaki diutamakan pemandu.let say,,kalau nak lintas jalan,,korang lintas je..takyah tunggu sampai jalan kosong.kalau x,,sampai malam dok situ lagi.diorg tengok je kita lintas,automatically,akan brek....tapi tunggu sampai dah dekat 1inci ngan kita,baru la pemandu tu brek.ade je orang yang kne lenyek kaki ngan kereta2 tu.pandai2 la..

dalam bas pulak,,,memang sesak sangat2 esp mase nak g kuliah..rasenye dalam seratus lebih ade kot dalam bas panjang tu...yang pastinya bas tu memang senget sangat2,,nak terbalik pon ade~urm...haaa!!kalau dalam bas,cthnya nak bayar duit tiket,tapi org yang kutip tu duduk kat belakang,,just pass je dalam bas tu.insya-Allah.sikit mase lagi kite akan dapat tiket kita n balance skali(kalau ade balance la)memang sangat2 bagus!!

sebenarnya,,banyak lagi yang nak cakap..lain kali la...
smalam aku ada p open house perubatan di Malaysian Hall...konklusi,,best sangat!!sebab jumpa ex-SIM 14 orang banat sahaja(banin pon ade jugak,,tapi x reunite la)..

cik penulis:nak pindah rumah lepas ni..and pandai2 la kalau nak meningkatkan kemahiran komunikasi(ntah ape2 la)
*tgh kumpul koleksi gambar

Thursday, September 17, 2009

Aidilfitri

kad raya ni diberi oleh cik syazni
terima kasih,syazni...
salam aidilfitri kepada semua kawan2,family,bebudak rep,dan pembaca semua...
ampun maaf dipinta andai terkasar perbuatan,,n tersalah bicara
semoga raya korg semua meriah

nurus raya sehari je
bulan ramadhan kat sini lagi meriah dari syawal
bangunan rumah banyak lampu2 dipasang
x leh lama2...ade keje pulak nih
salam lebaran semua...

nanti saya cerita life baru..key

Sunday, September 6, 2009

As Your Dentist

Today,i'll be going to change my profession.yuhuuu!!whats that???huh~dentistry looks like very cool!! and i'm very interest in it.so,as your 'great dentist', i would to advice you sth which useful enough for us (berguna ke??~hehee) .i dont think you can understand the lyrics of the video coz i also can't catch up yet.just give a simple synopsis(like that la)



Ianya berkisar tentang kanak2 rebina yang suka makan coklat, gula2 n semua benda yang ditunjukkan dalam visual.makan banyak2 sampai sakit gigi.then jumpak doktor n bla bla bla.at last,diorg banyakkan makan sayur2,n buah2an untuk memastikan gigi mereka sentiasa sihat dan lawa.conclusionnya,,majulah gigi untuk negara.

gigi sangat penting~yelah kan kalau x de gigi>rongak..gigi merupakan salah satu aset utama seseorang.kini,di negara2 barat klinik2 pergigian dilihat semakin berkembang kerana permintaan org ramai yang terlalu tinggi terutama dari kalangan artis2.jadi,,jagalah gigi anda sebelum tertanggal satu demi satu~~

*serius comel giler bebudak tu(dengan gigi rongak dorg)~hehe
cik penulis:takaful prudential is the best..

Monday, August 31, 2009

Orientation Programme

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

untuk sekian kalinya,kali ini saya akan menceritakan tentang program orientasi pelajar di ILIM bermula 22-29/8 bersamaan 1 ramadhan.thanks a lot to AQM members...
Over all, 2thumbs up diberi untuk ILIM~facsilities sangat2 bagus,sesetengh bilik terdapat alat penghawa dingin termasuk water heater sekali.ade pulak yang hanya terdapat suis saje~balik nurus x de ape2.kalau x,3 thumbs up nak bagi..

Perjalanan program agak lancar walaupun agak meletihkan maklumlah di bulan puasa.Penceramahnya pula terdiri drpd org2 hebat tidak kira dalam bidg akademik mahupun agama.Antara yang diingati, Timb Dekan UiTM,lec2 ukm.peg2 NGO,prof2,dr2 dan tak kurang ust2 yang hebat.barisa senior juga turut berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang bergelar penunutut di bumi Mesir.

Best atau tidak??Ia terpulang kepada penilaian seseorang individu.Hanya mereka yang dapat memanipulasikan sesuatu program samada best atau x best~Bgi saya,memg best sangat2.Kenapa best???sebab kalau x,sya akan miss solat terawih,kalau x, saya tidak akan qiam, kalau x,saya akan banyak tgk tv,tido n blablabla..

Boleh dikatakan kursus orientasi ni macam kem ramadhan..x banyak slot yang berkaitan pelajaran.Just learning medicine,anatomy,histology,physiology yang setiap satunya hanya 2 jam. Yang lain2 banyak berupa motivasi,kuliah,ta'lim,soal jawab bersama senior,tadarus n byk menyelitkan tentang kepentingan dr dalam pembangunan ummah.

Paling saya suka,tarbiyahnya.Kami ditekankan adab berpakaian dan dilarang sama sekali untuk 'free hair' atau memakai baju berlengan pendek(bg perempuan la)-ada jugak yang mencebik ketika dinasihati n diwarning. 4-5 hari kemudian pon ade jugak peserta (p) yang berlegan pendek.
kata syidah'kakak yang pakai tudung sejadah'(tudung dia mcm sejadah...wahhhahha)
bukan apa,kita sebagai penuntut bawak la image negara baik2.jaga maruah diri~

paling saya x suka,bising dalam musolla(surau)..x suka!!!huh~kalau ye pon,cakap la perlahan2 dengan org sebelah(just trying to prevent asleep,right??).Ini siap buat group sembang mase ust tgh bagi ceramah.anda tahu??betapa susah penceramah cari bahan2 menarik untuk dikongsi bersama kalian..kesian tengok..tak kurang juga yang memasang lagu kuat2 dlm musolla.. actually,hp ni memg menjahanamkan kpd sesiapa yang menyalahgunakan..

2nd last day,kami ke Taman Botani Putrajaya n melihat seni bina Morocco.Tak tau la kenape,bebudak ni teruja sangat2 tengok spesis2 pokok(macam x penah tengok).maybe saje nak cooperate ngan guider tu kot.seni bina Morocco pula dibina atas idea presidennya sendiri yang amat tertarik dengan Malaysia dan mencadangkan agar seni bina istananya dibuat di Malaysia. Dan perkara itu telah di'decide'kan oleh Tun M. untuk dibina di tempat itu.



Malam Aspirasi AQM pula,kami dibahagikan kepada 5 kump(3p,,2L),1 group about 40-50 org.Tajuk persembahan kami diberi berdasarkan motto AQM sendiri iaitu "Profesional yang berteraskan ilmu,bertunjangkan iman,bersifat taqwa dan beramal soleh'.mostly ahli group saya,mencadangkan nasyid,atau lagu. Bagi menyelamatkan keadaan, aku dan aishah mencadangkan coral speaking.Alhamdulillah,cadangan diterima..Bukan apa,anda pun tahu suara perempuan itu aurat.Jadi kalau buat juga,bermakna kita bersedia menempah bala..takkan nak berdiam diri saja kan??(walaupun group kami x menang~hik3)
Group Kak Aki jadi johan.memg best~gamat kejap..nasib baik gelak tak sampai golek2..selalunya kalau p buat persembahan,,tau2 je lah..x bbrp best n x gempak.yg ni len crita=p

check-out,,2pm.balik rumah mak suadara Khaulah.tq very much to cik Yah.(blushing2!!).malam naik bas AB Express ngan khaulah,nisa, n abangnya.teruja kali pertama naik bas double decker~he2.sampai sp about 4am...~end story

*maaf post agak panjang,nak bace boleh,x nak bace boleh
pic kemudian
cik penulis:luggage koko x lawa.huhu~

Thursday, August 20, 2009

YB vs Blogger

ape pendapat korang yea??

di kesempatan ni juga, nurus nak ucapkan selamat berpuasa pada bulan Ramadhan. semoga bulan Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita.n sama-sama kita berbanyakkan berbuat ibadat.Hidupkannya dengan amalan2 yang bermanfaat.

Dat's all.

x boleh cakap banyak2 ni.jumpe lagi mingu depan n depan yea!!

cik penulis:sedeh pasal video tu

Friday, August 14, 2009

Back To School

Assalamualaikum...

Kali ini nak update cerita lama pulak..walaupun dia seakan-akan nak basi...alhamdulillah sempat lagi diperangatkan..post kali ni all about my school..SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ DUNGUN~~urmm, ade sesiapa kenal??kalau tak penal pon tak pe..bukannye famous pon,,bangunan kayu2,papan2,and macam pondok2 tu..

28hb Julai yang lepas,,set2 kedah seramai 6 orang iaitu ex-imtiaz(husna,fatin,baina,ainil,pqah,n nurus) telah pon bertolak ke dungun..memg susah kalau nak planned2 macam ni..kne ikut free semua orang..lama gak kami planned ni sebab rindu sangat2 kat skolah~ehehe...
slalunya pak cik2 bas ni bukannya sharp sangat....kalau cakap pukul 10.30pm,,tapi diorg sampai 11.30..tapi hari tu semuanye berjalan lancar...tak yah tunggu bas pon...siap pak cik bas tunggu fatin 10minit~~



7 am-sampai di dungun,,ayien ambik kami ke rumahnya untuk breakfast dan rehat2.Bayangkan!!seat belakang tu kami perosok abih 5orang..hehe mcm sardin dalam tin...memg adventure!! mase dekat rumah azrren tu jugak la,,milah datang dengn 'atos'nya untuk ditumpangkan kepada kami...lebih kurg tengahari baru sampai sekolah..rupenye dak2 INTEC pon ade..izzah, husna,nasya..hurm ramai jugak!!bagus2!!ade gak Kak Yam n Mahira dak UiTM yang dikuarantin,,still kuar umah,,,alahai tak pe je la..


asrama/calet student ID

Banyak gak info from ustaz n ustazah pasal u nanti...
Ustaz Jihad cakap,,study mostly in ba,,subjek agama dia x susah pon,,susah sket2 je,,then nak score tu memg payah sket dr u lain..and bla bla bla
Ustazah Nik cakap,, skg dah tukar fully in english,,student malaysia dah tak campur ngan arab,,subjek agama susah sket je,,then the other,, ustazah citer pasal adik ustzh yg aktif PMRAM, dan anak saudaranya yang best student di Faculty of Medicine tersebut..nak sangat sembang ngan ustazah lame2 tapi mase tu ustzh tgh makan..tak nak la ganggu.pahtu dok jupe2 doh ustzh...dak pe ar info tu pon bergune gok..


Kalau bakal Jordanian diorang dapat info dari ustzh maya..bes gak dengar briefing yang panjang lebar..cakap pasal kekurangan ikan,,rasenye nanti sape2 balik jordan nanti dah jadi muka ayam..mane tak nya,,masak singgang ayam~~

nak ambik duit masa hari anugerah!!nasib baik ade lagi..ingatkan dah jadi pekasam
Aktiviti lain,,kami semua p bantai air kelapa,,kepok,nasi air kat gerai no3..rasenya,,nanti makcik tu mesti sedih kitorang xde sbab dak2 ID memg regular customer dia..tak pe mok cik..generasi kami masih ada disana..malam tu jugak hantar izzah kt stesyen bus untuk ke Kajang..er..malam tu kitorg tido kat skolah,,maybe kali terakhir dapat tido kat chalet2 ni..pasni takde dah kan?? Bab Mydin pulak,ade la borong something kat sane.memg worker dia semua pakai topeng..nak masuk pon seram sejuk~~hehe..asal dapat beli harga bundle pon cukup..boleh la tahan cap mydin tu daripada cap ayam



masuk2 bilik guru,,terus snap gambar..hehe
And then,bertolak pulang 30/7,,sehari je tido kt sekolah..naik cepat express..bas favourite dak2 kedah,sampai pakcik bus pon dah kenal kitorg..ade tu bus sampai hantar kitorg depan sekolah....tak mntak bayaran..so,kami ni buat dunno je lah!!malam balik tu,,kami macam hyperactive sket ,maybe sbab dah lame tak naek bus kot..yang peliknya mcm ade perubahan jea..bus service upgrading..punctual n lancar.banyak la benda yang kitorg buat..x boleh nak cerita banyak2.ape-ape pon iluv my latest school.this is my last trip to dungun before i'm pursuade my study. I had take this chance to meet all teacher and they also wish me luck in my future..be a great person
nak bagi info sket..cara2 segelintir peniaga rangupkan pisang goreng (kalau dah ta, buat2 la tak tau yea)..

1.panaskan minyak
2.rendamkan straw/bekas plastik dalam minyak sampai hancur lebur
3.masak la spt biasa>>konpem tahan lama...
bende tu dah la petroleum...sangat2 bahaya,cmane lah diorg dapat info cmni~
cik penulis:tergamak la diorg buat macam tu kat kita para pelantak nih..

Saturday, August 8, 2009

Pesanan kepada anda

Pesan Ustaz Haron Din,,,Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya. Tahukah kalian bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. "
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu...Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yangtinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepadaAllah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..."dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...
"Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan..." Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. "Menurut beliau... Nama perlis ini juga menda tan gkan dosa syirik...Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
Tahukah kalian bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.
Kata beliau seterusnya.. ...Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia danmembuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNAALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

cik penulis suka menyebok hal2 politik...

Wednesday, August 5, 2009

JPJ test

Assalamualaikumm....

Dah lama saya tidak meng'update' blog ini..walaupun tak de kekangan masa...tapi paham2 la,,kalau dah malas still malas kan??ok...alhamdulillah..semalam saya sudah pun melepasi ujian JPJ,,walaupun dah lambat berbanding korang semua...ehehe..macam2 ragam kalau tengok pagi semalm ade yang sampai sakit2 perut lah,,berpeluh habis macam nak ambik exam spm pulak!! I'd try my best especially in road test..mula2 masuk kereta,,diorg suruh bagi salam menandakan respect kita pada encik 'jpj'..tapi cik penulis ni malas nak bagi salam~~teruk2!!saya sedaya upaya berimaginasi naik Mercedes Benz versi manual ke,,atau pon urm.. the latest Honda Accord yang semestinya versi manual,,,tapi yang hanya ada dalam kepala,,kereta Kancil reality yang tengah drive tu..ini semua gara-gara encik JPJ yang cakap banyak dalam kereta..salah sikit je...membebel sampai ke u-turn. Dipendekkan cerita,,sepanjang jalan la omelan encik tersebut..walau pape pon,,lulus jugak...terima kasih yea encik 'jpj', cikgu2, and parents.That's my last time...i guess...maybe..yeah,,went to that kinda school..

ok..nak g search soalan pmr untuk ibu jap..
cik penulis: Urusetia 'kedah sejahtera' bermalam di hotel HPA.Bertambah majulah yea rangkaian HPA tue =)

Thursday, July 23, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallah Hu 'aklam.

cik penulis cuba sedaya upaya solat pada awal waktu=)

Thursday, July 16, 2009

~tension~

Assalamualaikum...

post ini saya perlu membuat emo sikit(maaf!!stkat ni yahoo emotion tidak digunakan lagi disebabkan malaih nak edit pada template baru)..okeyh, tak tau la macammane kronologi dia

3pm-diskusi keluarga..bincang pasal p kursus persediaan mase bulan puasa
ibu: macam mane kak long,,dah la bulan posa
saya:itu la pasal..dia nak jimat duit kot.tak mo bagi kitorg makan
ibu:taktaw la..entah2 kak long kena fly bulan posa jugak
saya:eleh,dia x habaq lagi
ibu:kalau kena fly masa posa cmana
abah:nak buat cmana...p jela
saya:ha ah, kalau tak mau pon kena p jugak(buat2 sokong abah)
awat ibu asyik tanya kak long ja,,entah2 kak ngah p lagi awaii..budak2 selangor p 1/9,,
dak2 kelantan pon p sebelum raya((ke jordan melalui jabatan agama negeri))
ibu: ye la..ibu baru tanya kak long. satgi ibu tanya la kak ngah...

***************berdiskusi***ibu n abah macam banyak yg di'secret'kan**********

4pm-ibu tunjukkan 1 msg 4wd dari abah
~~kak long~~ KLIA-Kuwait Air~~11 SEPTEMBER 2009
tengok>>tekan ke bawah>>ke bawah lagi>>x muncul ape2
betul ke nih??macam x percaya(berderau2) "betul ke ibu?"
ibu: la betul la,tak kan nak tipu kot"
saya: baru dapat ke,bu?"
ibu: lame dah,,mase dekat skolah lagi" (cg)
saya: abis kenapa ibu tanya tadi??
ibu:saja testing,,nak tengok kak long cmane..kan kak long sokong abah(macam perli je)
saya: x nak!!!!!!!!!!!!!!!!kesedihan teramat sangat (belum mengalir air mata)
eiii...x suka betuiii..awat dia buat cmtu
abih la baju2 raya,,ingatkan nak pakai sbelum p (banyak lagi yg diungkit)
first and foremost, x dapat duit RAYE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(terguling2 ketensionan)


*************************************************************************************
nak buat macam mane::
nak tuntut ilmu kita perlu berkorban
tak kira la,,raya kt mana2 pon(ayat penyejuk hati)
lepas ni banyak la entry dari sana ye

p/s:online mase raye k~huh~


Monday, July 13, 2009

Penantianku Berakhir Jua

Setelah sekian lama ku menunggu
Ternanti-nanti mencari sebuah jawapan
Kepada perkara yang aku pun belum pasti
Pergi tanpa sebarang khabar berita
Sehingga ianya membantutkan tumbesaran benakku
Aku tidak pasti dengan semua yang perlu ku rancang
untuk masa hadapan ku yang lebih gemilang

Kini semuanya telah terungkai
Terang lagi bersuluh
Hari ini sudah boleh arrange mase dengan lebih baik
lebih kurang pukul 11am tadi,,dapat 1 masagge
ke PROGRAM ORIENTASI
Tarikh: 22-29 Ogos 2009
Tempat: ILIM,Bangi

so,dah dapat arrange tyme untuk ke sekolah hujung bulan ni sebab dak2 matrix n UITM dah balik umah.boleh la tumpang keta. dah lame x g sekolah
1st nak jumpa cikgu cekgi,pengetua baru
2nd nak jumpe adik2 (?....)
3th nak ambik semua sijil,,gambar konvo,medal,,n yang penting duit mase hari anugerah yang belum diambil~harap2 ade lagi duit tu

*nampak gayanya tak boleh la g midvalley 26 July ni..ingatkan mase tu ade kt UKM...boleh la mintx korg tolong sambutkan~akan difikirkan~

Sunday, July 12, 2009

Sudoku Baru!!

Assalamualaikum....

best2!! nurus dah dapat buku sudoku yang baru..about 300 puzzles jgak..12th edition advanced punye.hehe..lebih baik beli yang advanced,,baru la tak rasa duit melayang kan2?? lepas ni,masuk u nak bawak skali buku tu..tension2 boleh main.before that, mein dalam the star je,, satu game sehari..ade la certain2 hari,2 puzzles...
thenews.com

kalau nak main sudoku online pon boleh gak..tapi skg dah xde geng.sume dak2 rep masuk IPT. x leh la nak ajak main.first nurus main ngan animus n myra...hoho mase tu la jumpe MR JELLY yang dahsyat.diibaratkan seperti penunggu mencari partner, tingkatkan pointer..then, main ngan syafeeq,acap,gafar,nanad ....urmm tu je kot.

skrg klau main online pon mesti kene belasah ngan MJ tuh.abis la pointer aku bagi kt dia..satu lagi,, dah tak ingat link dia macam mane...cube ingat tapi x ingat2~adeh

Wednesday, July 8, 2009

Pernah Kena Tindih??

Just to share...okey,korang ada pengalaman ditindih masa tidur tak???
betulke kena tindih ni disebabkan gangguan makhluk seperti jin
atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan,
hujung jari, terasa berat kat dada...nampak benda-benda pelik-pelik (hantu,
makhluk hitam dan sebagainya) .....

kalau saya tanya kat sini mesti ramai yang penah kena especially kat sekolah enengah dulu...walaupun saya tak pernah kena ,,tapi selalu la dengar cite kawan2 pasal xperience diorg pasal mende2 ni.

setelah menimba ilmu dari pelbagai pihak,saya nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medicalnya 'sleep paralysis'... Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary(sementara). ...

temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak
atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kita
gerak-gerak) stage....otak akan bagi tau badan kita suruh rehat...so, badan
kita kira macam switch off kejap....

ok, otak kita pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off
RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) sahaja
yang on....kiranya screensaver lah atau hibernate...

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak
suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh
seketika...before otak activate balik....hihi
tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full..kadang- kadang partial
atau sebahagian sahaja...tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain
lumpuh etc....

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik) , visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)

sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni...penat sangat)

4. stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla-bla

5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah saja, tetiba esok masuk u :p)

6. orang yang ada penyakit narcolepsy (penyakit ape nih?? saya pon tak tau...dia macam cronic neurological..salah satu symptom..kitaran bangun tidur anda yag tidak regular...=p-apekah saya???)

moral value:: jangan lagi kata kena hempap dengan hantu

Thursday, June 25, 2009

Games Hina Islam

Ni ade sikit info tentang game2 yang menghina Islam...
s0 bagi peminat2 games tu...hati2lah ye...
Video game yg menghina agama Islam;
Bacalah!game yg menghina kita...diminta jasa baik saudara

1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2)

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata… dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat… klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. ” wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan”
[dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal di
akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible… “wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi
ayat yg lain...(penulis tidak mampu untuk mengingatinyafikir)


2. Counter Strike Condition Zero Deleted

First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam… Kalau kita sedar..
Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR.. JIHADD..

3. Prince Of Persia

Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kite juga menyokong apa yg mereka cuba sampaikan & mereka lakukan.. jadi semoga dapat disampaikan
kepada saudara – saudara kita semuanya..

Wednesday, June 24, 2009

Hilangnya permata berharga

Alfatihah....Kini seluruh Gerakan Islam sedunia telah kehilangan sebutir permata berharga dengan meninggalnya Almarhum Syeikh Dr Fathi Yakan, Sabtu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Otel Deo di Timur Beirut ekoran serangan angin ahmar otak.

Beliau yang lahir pada 1933 di Tarablus,Utara Lubnan telah mendapat PhD dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Terlibat dengan kerja-kerja islam pada tahun 1950an dan telah menubuhkan Jemaah Islam pada awal 60an.

Beliau juga telah menyertai pilihanraya dan memenanginya ada tahun 1992-1995. Penyertaan beliau dalam pilihanraya telah dapat membersih dan menyatukan fikrah umat Islam di dalam persoalan ijtihad politik dunia moden kini.

Almarhum juga merupakan tokoh penulis besar dalam gerakan Islam Antarabangsa yang bukunya sebanyak 35 buah,kebanyakannya berkisar tentang panduan, penyelidikan dan penambahbaikan Jemaah Islam dijadikan ikutan umum..

Yang paling menarik hati nurus adalah bukunya yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam"...kerana itulah satu-satunya buku yang nurus ada hasil penulisan beliau..Buku tersebut telah menjadi syllabus pelajar ataupun sumber rujukan pihak sekolah suatu masa dahulu dalam mengadakan usrah2....semoga akan lahir lebih ramai permata berharga pengganti beliau dalam memperjuangkan ummah...amin

Sunday, June 21, 2009

iklan solat





iklan yang bagus jika ianya dapat dibuat di negara kita...
layannnn saje:)

Thursday, June 18, 2009

TAG FROM RAHAH

1.If your lover betrayed you, what will your reaction be?
lover???x maen la lover2.terus je....

2.If you can have a dream to come true, what would it be?
further my study in M. n have my own specialist

3.Whose butt would you like to kick?
don like to kick anybody.not nice as muslim :p

4.What would you do with a billion dollars?
like another homo sapiens...nk derma,tlong org,support umah kebajikan, n sth yang bermanfaat la...

5.Will you fall in love with your best friend?
my best friend are girl.how can i fall in love with my best friend..huh?!

6.Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
being loved by someone of course.
n it will be blissful IF we r in love with each other.
aku agree ngan lisa n my answer is same with her..
agree with keiry n lisa hahahha so my answer is same with them,,,
agree with three of you (keiry,lisa,rahah)

7.How long do you intend to wait for someone you really love?
say no to wait!!

8.If the person you secretly like is already attached, what would you do?
terima semuanye sbg takdir..haha

9.If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?
friends lebih bagus n selesa

10.What takes you down the fastest?
kne suruh banyak kali....

11.How would you see yourself in ten years time?
a doctor, mom, wife,and a daughter to my parents

12.What’s your fear?
secret maa..

13.What kind of person do you think the person who tagged you is?
rahah!!baik,ok,cute...??

14.would you rather be single and rich or married but poor?
kekayaan x melambangkan kebahagiaan x gitu??

15. What’s the first thing you do when you wake up
ambik towel n take my bath

16. Would you give all in a relationship?
only if i married too

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
istikharah la

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
not sincere to forgive but easy to forget

19.Do you prefer being single or having a relationship?
single until get married

20.List 5 people to tag
*kne bagi gak ke???ambik la sendiri
bukan ape takut2 dah ade:p

*pening jawab soalan(>_<)

Tuesday, June 16, 2009

alhamdulillah..

akirnya dapat gak aku buat blog ni
urmm..sebenarnye aku tak minat gak nak buat blog ni
tapi bile dah terpengaruh..esp republican!!so try2 la buat
diary pon x pernah buat~never!!!

so,aku masukkan nukilan peribadi+fact+religious
it means blog campuran

1)aku da berjaye tukarkn from classic template>xml
2)disebabkan template aku overall white exc blue kt atas tu,
so,aku tambahkn colour spt yang korg dah tgk kt background n side bar
3)aku da buat navigate bar,tapi belum diisi
lepas ni kot aku update skit2

harap korang boleh bagi komen2 lepas ni...
key..

testing....

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan
Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikulYang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

saje test2......