Wednesday, June 24, 2009

Hilangnya permata berharga

Alfatihah....Kini seluruh Gerakan Islam sedunia telah kehilangan sebutir permata berharga dengan meninggalnya Almarhum Syeikh Dr Fathi Yakan, Sabtu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Otel Deo di Timur Beirut ekoran serangan angin ahmar otak.

Beliau yang lahir pada 1933 di Tarablus,Utara Lubnan telah mendapat PhD dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Terlibat dengan kerja-kerja islam pada tahun 1950an dan telah menubuhkan Jemaah Islam pada awal 60an.

Beliau juga telah menyertai pilihanraya dan memenanginya ada tahun 1992-1995. Penyertaan beliau dalam pilihanraya telah dapat membersih dan menyatukan fikrah umat Islam di dalam persoalan ijtihad politik dunia moden kini.

Almarhum juga merupakan tokoh penulis besar dalam gerakan Islam Antarabangsa yang bukunya sebanyak 35 buah,kebanyakannya berkisar tentang panduan, penyelidikan dan penambahbaikan Jemaah Islam dijadikan ikutan umum..

Yang paling menarik hati nurus adalah bukunya yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam"...kerana itulah satu-satunya buku yang nurus ada hasil penulisan beliau..Buku tersebut telah menjadi syllabus pelajar ataupun sumber rujukan pihak sekolah suatu masa dahulu dalam mengadakan usrah2....semoga akan lahir lebih ramai permata berharga pengganti beliau dalam memperjuangkan ummah...amin

No comments: