Sunday, February 27, 2011

Tidur di Jalan Raya @_@


Abahku ada urusan di kuala lumpur.Jadi,tinggallah kami 3 beranak(termasuk ibu di rumah).Pagi-pagi, sebagai syarat wajib ke sekolah,adik mesti akan mendengar ibuku (cikgu di sekolah lain), meninggikan suara menyuruh bersiap cepat2.Haa, masa tu la habis satu taman perumahan tahu yang mereka2 ni dah nak keluar rumah.Kalau boleh keluar rumah pula nak pukul 6.30 pagi, supaya boleh sampai awal-awal masa orang takde lagi.

Jadinya,hari sabtu lepas,
"Kaklong tolong hantar aisyah ke sekolah jap.ada ceramah motivasi tu pukul 7.30,''kata ibuku sambil me'right' buku latihan anak2 muridnya.

"Baeeek,"jawab aku yang sentiasa ringan tulang.
"Nak kereta ibu tau,''
''Tu ambik kunci kat atas meja tu.Elok2. Haih seriau ibu..,''kata ibuku kebimbangan.

Nak buat cmana.Aku yang kadang2 masih mamai setiap sabtu(padahal setiap hari), menyarungkan baju bodo2 untuk menghantar adikku yang bongsu ke sekolah.Biasalah budak-budak nak ambil upsr,mestilah banyak kursus motivasi,cara belajar dengan betul, taklimat peperiksaan dan sebagainya. Aku tak sampai hati menolak pelawaan menolong memandangkan ibu tengah sibuk membuat kerjanya.*ecece*

Seperti biasa,aku memandu ke sekolah yang terletak agak ke pinggiran bandar. Sampai sahaja di sekolah, salam-salaman terus blah.

Haa..masa balik ni la, tension sikit,jalan agak sesak. Maklumlah, weekend. Mungkin orang ramai nak membeli baju raya macam aku yang dah siap tempah dah pon. Oleh itu,aku drive la seperti biasa walaupun kadang2 rasa nak tehodong2 kedai tepi jalan, senerih
kereta2 di tepi bahu2 jalan. Bukannya pro pon bawa kereta, itu pon nasib baik yang auto. Bagi yang manual, tersentap-sentap gamaknya aku bawak.

Sampai sahaja di traffic light simpang empat yang menghubungkan Jalan Lencongan Timur menuju ke Bandar Puteri Jaya dan jalan besar menuju ke highway atau ke rumah aku. Aku memberhantikan kereta perlahan-lahan.
"hmm, membangun dah sekarang tempat Eric Chia ni, traffic light siap yang ada masa lagi,''

kalau dulu,dekat situ mana ada traffic light countdown system, sekarang dah ada.Siap count sampai 99.Itu yang paling tak tahan, tambah2 bila red light menyala apabila kita betul2 di garisan hadapan. *rasa macam nak hempuk2 pon ada*. Disebabkan aku berada di hadapan dan perlu menunggu 99 jadi 0, aku mula start mengelamun. Perasaanku tiba2 sedap semacam,bahagia menyandarkan badan di cussion kereta tersebut.

Dan...tok3,"assalamualaikum adik! adik! adik!,"entah buat kali yang ke berapa.
Aku terpisat2 menggosok mataku. Bersebelahan saja,ramai yang mengelilingi kereta aku. Erkkk..kenapa? Aku bukan artis",
Aku turunkan cermin tingkap. "Kenapa ni pakcik?"

"Alhamdulillah~hang tak apa2 ka? ni tidoq ka pengsan? lama dah ni..semua kereta xboleh jalan dok tunggu hang."

"Hah?? oh yeke, mak aihh..er,sori pakcik.saya mintak maaf.saya terpengsan kot,''spontan menjawab dengan jawapan tak munasabah.

Apalagi, terus aku menukar gear,turunkan handbreak dan tekan minyak.pecut!!
Arghh...tak sanggup! kenapa aku tidur.padahal tadi aku celik je.Takkan mamai subuh tak habis2 lagi.

Maknanya,aku telah menconteng arang di kereta mak aku.Kiranya selepas ni, kalau ada orang nampak plat kereta tu, mesti diorang gelakkan sebab ada sleeping beauty dalam tu,padahal mak aku yang selalu bawak (sama la jugak dengan menconteng arang di muka mak sendiri..huhu,sedih2)

::kalau ada kereta sendiri kan bagus! conteng arang pon, di muka sendiri-haha

::Eric chia tu merupakan pemegang syarikat(pengurus besar atau CEO mungkin) yang membangunkan kawasan perumahan yang aku duduk tu. Pernah terlibat ngan rasuah politik tapi sangat berkaliber membangunkan macam2 di kampung aku tu,sampai jadi semak samun. Beliau juga dikenali sebagai sepupu Mahathir oleh ayah aku(xtau la sbb apa).Malangnya dia dah meninggal, diganti dengan anaknya yang agak kedekut, sampaikan lampu jalan pon xmau bukak.

cik penulis:main2 je.cerita tu saja direka2.tak ada kaitan-hehe . :)

7 comments:

nurlisa said...

haha..leyh lak tdo situ..confirm tutup mata sambil berfikir..haha

nurus said...

ilmuwan mmg mcmtu..tutup mata tu x tidur tapi berfikir hal rakyat-kusyuk sampai tak sedar

Raji berkata said...

betul ke weh kau tertidur kt situ? :o
tak sangka...
kalau ak kt traffic light la paling menakutkan
maklumlah bwk keta pun xde lesen so takut enjin termati je ble nk start jln =.="

nurus said...

haha..mane ade.aku dah tulis kat atas tu kot,yg ni cerita filem aku je~

raji,kalau kau bawa auto,gegeh macam mana pon,x mati punye.huhu
manual aku pon selalu mati..xyah cakap ler~

nuraiman imam supaat said...

bnyk kau pe RASA n kn??
ringan tulang lah,sleeping beauty lah~ hek muu...HAHAHHA

nurus said...

HAHA..tu ayat peninggi diri.
orang~dah xtinggi dh,
ayat meninggi pon dh cukup.

Anonymous said...

ya Allah..btol ke dak ni??
klu btol2, bt malu je..*HAHA~