Monday, September 17, 2012

Hidupkan Visa

Andai kata visa anda yang hidup di luar negara hampir tamat dan sudah tidak lagi belajar di sana, maka adalah tidak mungkin untuk kita menyambut kembali visa atas sebab tiada hadaf yang jelas untuk tinggal di negara orang. Dan bagaimanakah caranya untuk anda menghabiskan sisa-sisa hidup di sana jugak3. [kes malas balik tanah air]

Makanya ada di kalangan kami yang menyambung belajar semula. Let say, dah habis degree syariah, maka dengan gembiranya mengambil degree yang lain pula contohnya account atau perguruan atau interior designer sekali pun. Semata-mata hidupkan visa.

Dan ada yang keluar melancong ke luar negara macam sorang kawan aku ni. Dah agak-agak visa nak mati, maka beliau pun ke negara seberang sehari dua. Balik semula ke Egypt dengan visa pelancong selama 3 minggu. [TIGA MINGGU SAHAJA @.@]. Mungkin dua minggu selepas itu beliau akan berangkat ke Turki pula untuk memastikan kesambungan visa tersebut dan begitulah seterusnya. Kawan aku haritu hajatnya ke Jordan balik hari. Tiba-tiba ada orang offer dia pergi jalan-jalan di sana, so, balik la dua hari kemudiannya.

Tak terfikir jugak cik penulis sebab takda la duit sebanyak tu untuk renew benda-benda macam nih.

Wednesday, August 29, 2012


Aku masih ingat masa tingkatan 4 ibu pernah kata, "Kaklong, kaklong tak payah la cakap banyak sangat. Nanti orang sakit hatii." Hahahha! Ini semua gara-gara aku tak pandai sejat mulut sampai sekarang pun kadang-kadang tu-.- Harap-harap selepas ni lintasan yang baik lebih laju dan maju dari lintasan jahat. Sama ada dari mulut atau buah fikiran sendiri. Memang susah untuk kita menjaga akal sebenarnya. Perlukan mujahadah yang tinggi. Azam yang kuat dan semangat yang kental. hehehe

Sesuatu keburukan itu tidak akan dikira niatnya sehigga dizahirkan pada perkataan dan amalnya. Sedangkan setiap kebaikan pula dikira niat perkataan dan amalnya. Allah Allah.

Ni frust sebab haritu bagi orang touching. Terr. Nak buat macam mana. Ramai je pun tapi ada yang aku rasa bersalah dan ada yang tak. hahaha! jahat tak? k :3

Annyway , sorry yaa!

Cik penulis: fungsi utama telephone 1.3megapixel adalah call dan msg. kalau semua orang pakat takde, macam tak berguna pun ada. Asyik mughlak! (off)

Friday, July 13, 2012

Ihya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim. Salam Jumaat, semoga kalian dilimpahkan pahala dari amalan ibadah mingguan dengan bacaan Kahfi tadi atau selepas ini.

Ihya Ramadhan bertempat di rumah Amru. Aku mengambil masa yang agak lama untuk persiapkan diri untuk ke rumah Arqam cawangan tersebut. Sempat lagi mandi2, masak nasi, makan dengan ayam Bang Bobby dua hari lepas, basuh baju dua round, bagi ikan makan padahal sekor je pun. Siap semua around pukul 9am. Then baru tergerak nak menuntut ilmu.

"Terima kasih Ya Allah berikan aku kelapangan niat dan masa untuk bergerak ke taman syurga".

Terus aku call Zoh nak minta gerak sekali. Masih tidur. Okay, call kak tikah. Minta plan tempat dekat mana.. Sebabnya aku tak pernah pergi lagi muahaha. Kak tikah yang on the way hantar kereta kepada ammu Uzbekistan, dengan pantas mengambil aku untuk ke sana. Aku baru realize orang Uzbek ni muka macam Chinese sket kan? dulu masa dekat Markaz Nil pun ada student Uzbek ni. Muka cina gila. Namanya Makthurah. Pandai ohh.

Point perbincangan di sana tentang bagaimana menjadi seorang yang productive. Semua rata-rata baru lepas attend program Productive Muslim, Productive Ramadhan sebagainya. Jadi semua nampak pointfull lah kan (means ada point-.-) As we know aku baru tahu,tapi takpe untuk jadi seorang yang produktif tak kiralah bila-bila (tapi yang ini especially bulan Ramadhan),kita perlu hendaklah harus perlu gabungkan element focus and energy untuk mendapatkan hasil yang mantap! Sebab apa? Ada orang yang Ramadhannya dipenuhi dengan niat, tanpa plan. Ada yang Ramadhannya ada niat dan plan yang banyak tapi takda focus. Hasilnya, mungkin tidak sebeberapa dengan apa yang dia plan. Jadi nak tak nak, benda yang paling penting adalah fokus. Fokus dengan kerja. Fokus! Fokus! Fokus!

Pengurusan Tenaga. Untuk dapatkan tenaga yang maximum. Pengurusan tidur, makan dan exercise perlu dititikberatkan. 

1.Exercise, lakukan minimum exercise. macam kau gi jalan-jalan ke bazar ke, tolong mak mop lantai ke, naik tangga tingkat 5 ke, etc. Pun dah exercise. 

2.Then pengurusan makan.
#Bersahur as possible as we can.
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

#Lambatkan bersahur. 

#Makan makanan yang halal (Kalau berniaga, make sure takde kalau tersalah makan 50sen org. Mana tahu masa akan datang anak jadi bebal)

#Dan makan makanan untuk 3 orang dengan 4 orang.


Seperti apa yang diriwayatkan dalam Shahihain dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw:

طَعَامُ اْلإثْنَيْنِ كَافِي الثَّلاثَةَ وَطَعَامُ الثَّلاثةِ كَافِي اْلأَرْبَعَةَ


”Makanan dua orang cukup untuk tiga orang, dan makanan tiga orang cukup untuk empat orang” [Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari 6/200, Kitaabul-Ath’imah, bab : Tha’aamul Waahidi Yakfil-Itsnain; dan Shahih Muslim 3/1630, Kitaabul-Asyribah, bab : Fadliilatul-Muwaasaatu fith-Tha’aamil-Qaliil wa anna Tha’aamal-Itsnaini Yakfits-Tsalaatsati wa Nahwa Dzaalika].

Dalam riwayat lain dari Muslim dari Jabir bin ‘Abdillah ra :

طَعَامُ الوَاحِدِ يَكفِي الإثْنَيْنِ, وَطَعَامُ الإثْنَيْنِ يَكفِي اْلأَرْبَعَةَ, وَطَعَامُ اْلأَرْبَعَةِ يَكفِي اْلثََمَانِيَةَ


”Makanan satu orang mencukupi dua orang, makanan dua orang mencukupi empat orang, dan makanan empat orang mencukupi lapan orang” [Diriwayatkan dalam Sahih Muslim 3/1630 pada kitab dan bab di atas].

Nampak tak apa yang aku cuba lakukan. Macam pertama kali dengar ceramah. Semua benda kau nak tuliskan~ hehe

Cik penulis: Sahabat Chezh datang semalam. Bagi dia rehat-rehat sebelum bawa berjalan di bawah sinaran terik mentari. Argh habanya! wuwu



  

Thursday, March 8, 2012

Takda rumah

Minggu ini
Aku cuba tinggal di rumah
Siapkan bekalan anak ke sekolah
Basuh baju mereka
Masakkan tengahari
Takpun sarapan sekurang-kurang
Calitkan jem pada roti teknikalnya
Namun apakah daya

Kita apabila jumpa kehidupan. Ralat.
Tak lagi diingat tanggungan.
Aku terkesima sekejap.
Eh?
Apa kebenda aku tulis nih
Sila teruskan. Jangan didelete
Ini kan hidup yang kita canang.

Ingat pula pasal didikan.
Tulislah pasal didikan.

Tarbiyah keluarga perlukan di rumah.
Tarbiah masyarakat perlukan gerakan.
Proaktif dan ikhlas itu elemennya.
Layakkah ini yang dipanggil tarbiyah?
Jika tiada sifat dot dot dot.
Belum lagi. Itu aku pasti.

Doakan semuanya, pada tukang taip especially.
Hiduplah kami secara menyenangkan kerja orang.
Jika sekali pun tidak mahu memberi.
Terimalah dengan sebesar hati.
#NB: semua, refleksnya aku

"Ketika Tuhan berkata kepadaku tidakkah kau malu bermaksiat kepadaKu?
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku tapi dengan penuh noda kau menghadap-KU?" -bait syair Arab-

Tuesday, February 7, 2012

Cairo Bookfair 2012

Semalam aku pergi mengushar-ushar Pesta Buku. Bookfair ini sebenarnya dah lama buka, cuma aku yang tak terexcite nak pergi [ada hal.hehe] So alang-alang keesokan diorang nak bungkus buku, aku pun pergilah sehari sebelumnya.

Memang besar dan actually memang tak cukup satu hari jika nak jelajah gedung ilmu macam ni. Aku mulakan dengan booth yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Sampai longgar segala tendon tapi still belum dapat apa. Hehe.

Antara buku yang aku ushar2 dan berminat:
-Others Colour
-I saw Ramallah
-Sharon's Daughter and Mother In Law
-Egypt and Sudan
-Rubaiyat Omar Khayyam
-Seketul buku International Pharmacology 7th Edition (buku belajar)

Sumpah satu hape pun aku tak beli. Letak semula pada abang kaunter dan keluar. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe mahal. Takut busy tak baca kononnya. Tak faham. etc. Alasan baik punya~ :3

Ada setempat yang dibundlekan segala buku selepas first hand.
I wonder 5th above-hand. Yang lama gila.
Harga sebuah buku dalam 1-5 pound sahaja. Murahkan.

Sebenarnya aku sedang mencari buku International Pathology by Harsh Mohan dan Islamic Medicine kalau ada pasal cupping atau honey studies atau acupunture atau adik-beradiknya.

Dan aku tersangatlah jealous dengan budak-budak study agama. Suka hati mereka pilih segala jenis kitab yang sangat-sangat berlambak. Bahasa itu bukanlah masalah mereka. Mereka fluent arabic. Kuasa memilih mereka besar. Veto takluk mereka luas. Tinggal kemahuan.

I just realized "Arabic language is the key point to all knowledge" Jika kita faham kitab-kitab turath, kita boleh faham semua perkataan yang datang dari philosopher, para ilmuwan, hatta saintis barat pun. Mereka hanya mengolah dari original knowledge pada ayat sendiri. Dikembangkan dan dijenamakan dengan nama mereka. Nothing different. [Sila abaikan olahan yang sedikit ini untuk disyarahkan secara serius :P]


Ini Bookfair tahun lepas instead of International yang tak jadi.
Pengubat jiwa lara pencinta ilmu.

Booth buku kegilaan student kita atau foreigners ialah Darussalam. Banyak kitab-kitab yang diangkut oleh student-student kita. Tak kurang yang ingin dalami ilmu agama. At the first place there, they asked.
" Where can I get some books Early Guide in Islamic Life"
So, that's why lah buku semua buku-buku habis. Salah aku juga pergi lewat sangat. Hahaha.



Booth Ahram tumpuan orang ramai geledah buku teks selain kitab arab.
Gambar ini aku google. Sebab itu bukan muka aku terpampang-.-

Sebelum azan maghrib berkumandang, kami telah pun sampai di rumah dalam keadaan penuh loya dan nak termuntah. Muntah tengok buku yang sangat banyak. Semua alami symptom yang sama. Ini bukan alergic buku cuma rambang mata tengok variasi buku. Surely kami pencinta buku=.= Passion dengan buku people says :)

Cik penulis dapat seketul buku tentang cupping. Terima kasih Kak Mai yang tolong ternampak dan belikan :)

Wednesday, February 1, 2012

Winter 3.0

Salam semua!

Hampir setiap kali aku mulakan post diawalkan dengan minta maaf kerana terpaksa buang sarang landak dahulu sebelum berkata. Maaf juga untuk kali ini. Hihi.

Ini winter kali ketiga aku di sini. Sebab itu tajuknya sedemikian. Tiada apa bezanya dengan winter yang sebelum lepas-lepas. Hanya lain pada winter 2.0 akibat revolusi rakyat yang mahukan penukaran kerajaan yang baru. Moga ada hikmah pada revolusi atau sauroh tersebut. Bukan hanya pada rakyat negara Egypt bahkan umat Islam semua.

Dan sekarang aku dan semua student sedang ber'Winter Break'. Break la sangatt~ Sangat gembira sampai taktau nak post apa. Mana tidaknya setelah berhempas pulas exam [?] terus cuti musin sejuk. Harapnya result exam okey. Doakan weh [say me sambil melutut]


"Tiada istilah masa lapang dalam hidup orang beriman. Kerana hidup mereka dipenuhi dengan dakwah dan tarbiyah diri mahupun orang lain"

Post yang seterusnya untuk perincian. Kbye. Salam :)