Monday, September 17, 2012

Hidupkan Visa

Andai kata visa anda yang hidup di luar negara hampir tamat dan sudah tidak lagi belajar di sana, maka adalah tidak mungkin untuk kita menyambut kembali visa atas sebab tiada hadaf yang jelas untuk tinggal di negara orang. Dan bagaimanakah caranya untuk anda menghabiskan sisa-sisa hidup di sana jugak3. [kes malas balik tanah air]

Makanya ada di kalangan kami yang menyambung belajar semula. Let say, dah habis degree syariah, maka dengan gembiranya mengambil degree yang lain pula contohnya account atau perguruan atau interior designer sekali pun. Semata-mata hidupkan visa.

Dan ada yang keluar melancong ke luar negara macam sorang kawan aku ni. Dah agak-agak visa nak mati, maka beliau pun ke negara seberang sehari dua. Balik semula ke Egypt dengan visa pelancong selama 3 minggu. [TIGA MINGGU SAHAJA @.@]. Mungkin dua minggu selepas itu beliau akan berangkat ke Turki pula untuk memastikan kesambungan visa tersebut dan begitulah seterusnya. Kawan aku haritu hajatnya ke Jordan balik hari. Tiba-tiba ada orang offer dia pergi jalan-jalan di sana, so, balik la dua hari kemudiannya.

Tak terfikir jugak cik penulis sebab takda la duit sebanyak tu untuk renew benda-benda macam nih.