Monday, January 24, 2011

Cik Penulis on Pendrive 1 Malaysia

Salam (pendrive 1 malaysia)

PENDRIVE 1MALAYSIA telah dilancarkan pada 17 Januari 2011 oleh YB Datuk Haji Ahmad Maslan, Menteri Di Jabatan Perdana Menter merangkap Ketua Penerangan UMNO. Ia kini mula dijual di pasaran sempena PRK N.05 DUN Tenang.

PENDRIVE 1MALAYSIA tersebut direka khas untuk membantu kempen BN dengan mempromosikan gagasan 1Malaysia melalui tema: 1MALAYSIA DI HATIKU...

Seramai lebih 300 aktivis dan sukarelawan NGO termasuk aktivis dari Kumpulan Ikatan Setia Kalam Malaysia, Waris PEKEMBAR, PEKIDA Wilayah Persekutuan dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) akan terlibat dalam kempen tersebut bagi memastikan kemenangan mutlak Mohd Azahar Ibrahim, calon BN. Kumpulan NGO ini akan mula bergerak dari rumah kerumah selepas penamaan calon pada 22/1 ini bagi menerangkan dasar-dasar kerajaan BN yang selama ini telah memberi banyak manfaat kepada rakyat berbilangn kaum di Malaysia.

Melalui PENDRIVE 1MALAYSIA kita dapat memaklumkan terus maklumat kepada rakyat sebagai medium untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia - Rakyat didahulkan, Pencapaian diutamakan.

Dengan kaedah ini kita dapat memastikan maklumat mengenai gagasan 1Malaysia sampai kepada rakyat, justeru kita dengan lebih berkesan dapat merealisasikan cita-cita dan hasrat PM agar rakyat memahami MISI 1Malaysia dan gerakan Tranasformasi (politiko-sosio-ekonomi) negara yangb dianjurkan bagi mencapai Wawasan 2020.







8GB = RM70.00
16GB = RM130.00
beli banyak dapat diskaun *kot*

kawan cik penulis pon ada seluar track 1malaysia..hmm..jangan main2 nah~lagi hebat drpd pendrive tu

Nasib baik la tak ada kat sungai petani. Kalau tak,mesti dah beli dah dkt central square*sokong punya pasal* @_@

2 comments:

ainaa syahirah said...

as expected,good idea from them.


sigh~

nurus said...

erk..expected??

free ok gak untuk sape2 yg g dgr ceramh..
nurus mesti g..tadah telinga pon jd