Wednesday, May 7, 2014

Pandangan Manusia, Pandangan Agung.

Kepada yang bergantung pada pandangan manusia,

Jika kita merasakan gerak geri kita sering diperkata oleh makhluk dunia dan seisinya,

Ingatlah bahawa bukan semua (tidak ada) manusia pun, berminat untuk pandang malahan bercakap tentang kita.

Masa mereka sudah pun diperuntukkan pada perkara lain yang sebenarnya jauh lebih menarik daripada gerak geri kita, yang sebenarnya LANGSUNG tak menarik pun untuk dikritik, dipuja apa lagi disebut sebut. 

[Tambahan, cubaan meng-claim aku suka menyebut tentang karakter kalian. Heh? Banyak pulak masa aku nak describe. Eh, menarik pulak kau sampai aku nak kena describe.]

Makanya, lakukan apa sahaja yang kita rasa tanpa rasa diperhati oleh manusia. InsyaAllah ianya lega, bebas dan merdeka dari hambatan.

Itu sahaja.

Maaf atas kelompongan untuk aplikasikan nya pada setiap masalah. Post ini bukanlah stumps okay. Ianya bebas dari segala perbuatan maksiat dan akidah yang sejahtera. Hanya berkisar pada perasaan diperhati sahaja.

Cik penulis: Abaikan perceptive pada Luna Lovegood ya! Muahaha.

Sunday, January 13, 2013

Usrah Laksa

Mood: santai

Haritu masa tengah makan, tiba-tiba abah bukak cerita pasal meeting Pemuda Pas cawangan taman kami. Seorang pakcik tua ni, dulunya seorang yang kuat piang UMNO. Dan alhamdulillah Allah buka hatinya nak masuk PAS. Daripada UMNO qawiy terus jadi PAS qawiy. Kira macam hardcore lah pakcik ni. Sedang duduk berbincang dan bermesyorat agenda apa nak buat minggu depan, seorang pemuda bersuara,

"Ana cadangkan kita buat usrah lah nanti. Ok jugak"

Tiba-tiba pakcik tu kata dengan bersemangat "Apa pulak dok buat usrah-usrah ni...payah! Kita buat laksa sudah la, senang sikit"

Dan tiba-tiba jugak, bapa aku gelak kuat. Aku ni takmau pun ketawa sebenarnya. Tapi terpaksa gelak berjemaah juga.

Cik penulis: Ok itu je xD

Monday, September 17, 2012

Hidupkan Visa

Andai kata visa anda yang hidup di luar negara hampir tamat dan sudah tidak lagi belajar di sana, maka adalah tidak mungkin untuk kita menyambut kembali visa atas sebab tiada hadaf yang jelas untuk tinggal di negara orang. Dan bagaimanakah caranya untuk anda menghabiskan sisa-sisa hidup di sana jugak3. [kes malas balik tanah air]

Makanya ada di kalangan kami yang menyambung belajar semula. Let say, dah habis degree syariah, maka dengan gembiranya mengambil degree yang lain pula contohnya account atau perguruan atau interior designer sekali pun. Semata-mata hidupkan visa.

Dan ada yang keluar melancong ke luar negara macam sorang kawan aku ni. Dah agak-agak visa nak mati, maka beliau pun ke negara seberang sehari dua. Balik semula ke Egypt dengan visa pelancong selama 3 minggu. [TIGA MINGGU SAHAJA @.@]. Mungkin dua minggu selepas itu beliau akan berangkat ke Turki pula untuk memastikan kesambungan visa tersebut dan begitulah seterusnya. Kawan aku haritu hajatnya ke Jordan balik hari. Tiba-tiba ada orang offer dia pergi jalan-jalan di sana, so, balik la dua hari kemudiannya.

Tak terfikir jugak cik penulis sebab takda la duit sebanyak tu untuk renew benda-benda macam nih.