Tuesday, May 31, 2011

Final Destination 2

Examination Schedule For Medical Students,
Azhar Faculty Of Medicine for Girl (AF
MG), Al-Azhar University.

Physiology
Written (14/6/2011-Tuesday) 10am-1pm
Oral and Practical (18/6/2010-Saturday)

Histology
Written (21/6/2011-Tuesday) 10am-12pm
Practical and Oral (23/6/2011-Thursday)

Biochemistry
Written (29/6/2011-Wednesday) 10am-1pm
Practical and Oral (30/6/2011-Thursday)

Anatomy
Written (7/7/2011-Thursday) 10am-1pm
Practical and Oral (12/7/2011-Tuesday)

Balaghah + Adab
Written (17/7/2011-Sunday) 10am-12pm

Psychology
Written (21/7/2011-Thursday) 10am-12pm

Holy Quran
Written @ Syafawi (25/7/2011-Monday) 10am-12pm
Oral @ Tahriri (25/7/2011-Monday) after written

Tafsir
Written (28/7/2011-Thursday) 10am-12pm

Ini aku update jadual exam tahun 2 memandangkan tahun lepas pun aku update jadual macam ni. Dan exam tahun ni pulak habis lambat giler disebabkan peperangan hari tu (orang luar kate-hee). Balik ke aku. Haih..

Ehem2, hasratku ada lah juge taknak bukak laptop mcm kawan2 aku yang puasa beronline, tapi tak kesampaian. Hebat gila jihad diorang. Bukak pun sekali-sekala je, then saletep balik-masuk beg. Aku,haha,tak boleh la. Kene ambik sumber inspirasi dulu untuk belajar.hua3*konon*

Akhir sekali,maaf semua.Doakan kami semua berjaya, jadi profesional yang hebat. Profesion lain xpe xhebat, profesion aku semua kena hebat. SPM biar A melimpah ruah, spec biar tebal yang boleh-kalau boleh setebal atlas Grey Anatomy atau Nettar atau novel Alaf 21-tangkup 3,4 buah, masa belajar pula jangan sibuk buat bende lain, result perlu cemerlang dari awal tahun sampai akhir degree, communication skill biar mantap supaya pesakit dengar suara aje, mereka boleh sembuh dan jangan sampai ada yang mati, kerana ianya mungkin disbbkan kecuaian kita yang tak dapat excellent/mumtaz masa belajar. Ingat! Kualiti tu penting. Kan? (Ni ayat mengutuk ke, nasihat??-haha)--->x pasal

Cermin mata kucing ni tak beberapa tebal. tak layak-haha =.=


Cik penulis dah ada blog rujukan parenting skill. Boleh la kalau nak.hehehe

Friday, May 20, 2011

Belanja Nurus

Bulan lepas, April aku berbangga dapat belanja 430 pound sebulan(dlm rm250)-30 pound tu, negative but okey la tu. Sangat menakjubkan untuk aku memandangkan ini merupakan jumlah yang terendah pernah aku capai. hohoho

Maka bulan ni, aku dengan segera melunaskan tension aku untuk bulan lepas yang terpaksa berjimat cermat. Jadi, baru 20 may, jumlah perbelanjaan aku dah agak2 dalam dua kali ganda dah..banyak gila.
Aargh.. sepatutnya 300-400 yg aku dah makan tu, nak buat bayar tusyen. Lain pulak jadinya.

Dan tabiat ahli2 rumah aku, setiap kali lepas ambil duit,mesti berfoya kejap.
Biasanye di Ar-Rayah. Inilah yg paling dekat dengan rumah, kalau diukur-ukur.
Kalau nak upgrade sikit,di genena mall yg sgt dekat dgn centre HSBC.
Lagi upgrade, city star. katanye seperti di malaysia. wallahualam.
Tabiat ni sebagai therapy, lebih kurang. Semua akan kata "Wah, lega.bazirkan duit." =,=

Makan pun macam tu jugak,puasa. Asal malam makan banyak, cover siang punya.
Jadinya, kita (atau aku sorang) tak boleh nak paksa diri sangat,nanti akan bantai habeh.

Kat malaysia,aku tak tau la macam mana pasal duit belanja.huhu
cik penulis: er..itu untuk belanja harian je.tak masuk sewa rumah,duit tusyen dan lain2.

Monday, May 16, 2011

Saya Boleh Terbang.Terima Kasih!

SELAMAT HARI GURU

Buat cikgu2,ustaz,ustazah di
Tadika Addin Ipoh
Taski ABIM Kuala Kangsar
Sekolah Rendah Islam Al Furqan Kuala Kangsar
muallim, muallimah di Sekolah Rendah Islam Al Islah Sungai Petani
Kolej Sains dan Teknologi Al Quran Besut
Sekolah Menengah Imtiaz Dungun

Cikgu2 tusyen terutama cikgu Norma selang dua rumah, lama dah saya tak tegoq cikgu.
Cikgu Sari tusyen jugak-teringat masa kita dok pi makan pizza dulu2 sampai lupa habih nak ambik gambaq
Ustazah mengaji Qiraati depan rumah saya, ubah banyak mukasurat, utk saya perabih Quran cepat2
semua yang mengajaq saya dari kecik sampai la nih
dari merangkak baca ABC sampai pandai dok kutuk orang..adehh
dari mewarna mickey mouse sampai la, pandai lukis cell manusia dah =,=
dan segala-galanya



Thank you, my teacher, for being there
At times when skies were gray
And
I lack the words to let you know
How much you mean to me,
But I will profusely thank God for you
Until the Eternity
Have blast my teacher


Juga pada ibu saya yang seorang guru. Semoga jadi guru dan ibu mithali selalu.Almari kat rumah mungkin kena tambah lagi letak hadiah hari guru dan hadiah hari ibu. hehehe

aku sebak la,tak boleh upload video ni. T_T
dari malam sampai bangun pun, tak siap.

Cik penulis: Infinity pengorbanan if and only if ucapan yang mampu kubuat. Semoga kejayaan kita sbg hadiah tak ternilai pada mereka. :)

Sunday, May 15, 2011

On Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar) dan razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia sejak zaman sekolah. Mereka sering bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas.

Sesudah tamat persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar KL. Mereka bagaikan belangkas yang x dapat dipisahkan lagi. Tetapi dalam setiap percintaan mestilah ada dugaannya. cewah ^^

Salmah adalah ibu kpd Suzana. Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti sgala kehendaknya.

Suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman.

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dan menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijabqabulkan. Mereka berdua bercadang honeymoon ke Pulau Tioman, tapi malang telah menimpa mereka.

Razman dan Suzana kemalangan dalam perjalanan ke sana. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu, muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat, ia juga meninggalkan kesan yang amat menakutkan.

Sejak itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya apabila mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk membaiki keadaan. Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya.

Setelah seminggu Suzana buat pembedahan muka. Salmah gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam.

Salmah tanya pada dr dgn penuh harapan, siapakah yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.

"Penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan."

Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka
anaknya berkali-kali.

Sebenarnya doktor telah menyimpan rahsia Razman yang telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cubalah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua.


*HAHAHAHAHA

cerita tu saje je.xada benda nak tulis. silalah berbuat baik pada menantu masing2.-kalau ada :)

credit aku xtau nak bagi pada siapa sebab ambil dari emel. thanks!


cik penulis: Jenuh edit tatabahasa.
err, komen bawah punya post disappear. laman sesawang free ouh. wsalam :)

Wednesday, May 11, 2011

Menipu guna banyak tenaga :)

Ehem.semua pernah bohong? Hehe..Tipulah kalau ada yang kata
"Saya tak pernah tipu sejak awal saya lahir,'' *nampak beno nipunye*
Haa..sumber mengatekan kita akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menipu berbanding bercakap benar.
Kenapa ye?

Menurut kajian saintifik, 14 kwsn otak akn menjadi aktif apabila menipu berbanding 7 kawasan yang aktif apabila cakap benar.
Antara kwsn yg aktif; anterior cingu­late cortex, dorsal lateral prefrontal cortex dan parietal cortex. Bermakna otak akan kerja kuat untuk ber­dusta.

Otak kita akan cuba menafikan perkara yang betul2 tadi.
Contohnya, ehem2. Kita nak cakap cik penulis tak hensem atau tak cun (kononnye la)
Otak kita akan berfikir dahulu yang sebenarnya cik penulis sangat handsome dan dengan sedaya upaya cuba menafikan perkara tersebut.
Masa tu lah, tenaga yg byk digunakan di frontal lobe apabila keputusan menipu dibuat iaitu menidakkan kebenaran yang di atas tadi tu!.ahaha. Faham bukan?


Ini mesin pengesan lebong (bohong tganu mari).
Kes anuar ibrahim tu,diorang tak pakai mesin macam ni ke? Ke mesin ni tak accurate? Baik benda ni lagi dari dengar sumpah. Hohoho

Ok, jika dibandingkan dengan ayat alquran pun,
"Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia (Abu Jahal) tidak berhenti (berbuat demikian), nescaya Kami akan tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka!). (Iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka." (Al-‘Alaq: 15 & 16)

Ubun-ubun tu letaknya di frontal lobe la.same je. Ha, di sini lah relationnya.
Sebab tu, bila berwudhuk kita diwajibkan sapu sebahagian kepala. Antara kelebihannya sebagai penghapus dosa.
Ada juga amal­an yang diajar oleh Rasulullah ketika berdoa setiap kali hendak tidur.
Err, tapi kadang2, aku tak sempat nak tarik selimut, dah tertidur.Berdoa pun tak sempat. Kadang2 je la.huhuhu.

Dalam satu peristiwa lain di mana Saad bin Abi Waqas sakit, Rasulul­lah datang melawatnya. Kemudian me­letakan tangannya di atas dahi (nashi­yah) lalu disapu ke muka, dada dan perut Saad. Rasullah berdoa kepada, Allah, "wahai Allah sembuhkanlah Saad dan sempurnakan amalan kebajikan yang dilakukan."

Jadi, sama2 la kita mengelak dari banyak menipu. Lawak melawak tu takpe la kot,kan?
Patut la setiap hari aku rasa letih semacam, menipu banyak sangat.
Sampai takde tenaga. Huaa3.

cik penulis: sikit sikit, lama lama jadi bukit :)





Sunday, May 8, 2011

Fakta emel 1Malaysia

Salam semua!


1) Tricubes Berhad (sykt yg akan mengendali) merupakan sebuah syarikat IT dan telah disenaraikan di Bursa Malaysia namun telah mendapat Guidance Note 3 (GN3) yang berdepan dengan nasib ‘delist’ dari senarai Bursa Malaysia menjelangnya 29 Oktober 2011 atas sebab kewangan yang lemah di dalam syarikat.

2) Rakyat berumur 18tahun ke atas diberi emel percuma.

3)Fungsinya memberi perkhidmatan rangkaian sosial, pembayaran bil online,terima notis kerajaan spt notis cuti,saman,penerimaan statement untuk KWSP, renew lesen memandu dan taksiran cukai pendapatan. pendek kata, senang kerja :P

4)Projek Emel 1Malaysia yang telah diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara 7 projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), ditentang hebat kebanyakan rakyat Malaysia. Syarikat Tricubes akan mengenakan RM0.50 untuk setiap email kepada pelanggannya.-->kena charge juge rupanya. Ingatkan free.

5)Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Khairun Zainal Mokhtar memberitahu bahawa kepada sesiapa yang ingin mendapatkan kemudahan keselamatan yang lebih, maka bolehlah dapatkan dengan kemudahan ‘encryption’.Sekali lagi, dikenakan caj tambahan.heh?

6) Untuk mendapatkan email 1Malaysia, pendaftaran dibuat Jabatan Pendaftaran Negara! Langsung tidak munasabah sebabnya JPN tempatnya untuk urusan kp, daftar perkahwinan, isu-isu pendaftaran yang berkaitan dengan taraf kewarganegaraan, ini pula dijadikan tempat mendaftar email 1Malaysia!---->makin panjang barisan di JPN kerana semuanya berebut-rebut dapatkan emel 1malaysia.

7)Dengan kos projek sebanyak RM50 juta, syarikat ini mensasarkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Bayangkan berapa perbelanjaan yang perlu dibayar oleh kerajaan setiap bulan. Contohnya 20 agensi kerajaan yang menyertai, 900,000 pengguna X 20 agensi kerajaan,sama dengan RM18 juta setiap bulan yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat Tricubes Berhad! pdhl semuanya sudah tersedia ada dlm laman web msg2.
"Justeru" semua agensi yg menceburkan diri perlu organise semula, no more website masing2. kerana semuanya boleh didapati dlm emel 1malaysia--->mudahkan?

Cik penulis: Semua profile picture tukar gambar mak masing-masing, sebab Hari Ibu. hehe

Salam sayang daripada: nurus_91@1malaysia.com

Wsalam.

Saturday, May 7, 2011

Font Buruk

Arghhh,,tolonglah, Kenapa font laman aku ni jadi lagu ni. Tak lawa di samping tiada langsung nilai seni walaupun size dia boleh tahan la juga untuk orang yang rabun. Tak merenyut mata duduk depan screen.

Nak macam 1jam yang lepas.huaaa.. Tangan gatal pergi godek itu ini kenapa?

Aku nak cari font baru..Mana nak dapat? Aku takda masa nak cari. Nak yang lawa dan tak konservatif macam Times New Roman atau Arial. oh! tidak.hee, Nanti lah time lepas exam ke,sebelum exam ke, aku nak cari baru.

Ok wsalam.

Cik penulis is depressed, harini saja. hahaha :)

Saja updated supaya nampak takda la terlalu lama ditinggalkan. Sorry.

Wednesday, May 4, 2011

# Kita-kita

Salam.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّـۧنَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ‌ۖ فَـَٔامَنَت طَّآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآٮِٕفَةٌ۬‌ۖ فَأَيَّدۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُواْ ظَـٰهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.



Dalam ayat tersebut Allah dah berfirman yang sesiapa antara kita yang berusaha menolong agama Allah, nescaya Allah akan memberi pertolongan kepadanya dan memberi kemenangan. Tak kira apa bentuk pertolongan dan perjuangan yang memuliakan Islam, dikira menolong agama Allah. InsyaAllah, readers faham sebab semuanya terang hati.huhu.

Tak faham? Let say,kita selalu solat di surau berdekatan rumah ataupun surau senja. Kadang-kadang ramai orang, kadang-kadang langsung tiada. Nak atau tidak, kita buat juga rutin surau. Nak tinggalkan,tak sampai hati. Semak jika dilihat orang. Hari-hari susun Quran, lipat sejadah dari saf depan sampai belakang sekali, susun selipar telekung dan sebagainya, Banyak bukan?

Masa itu, kita mesti akan terfikir,
Bukan aku sorang yang smayang sini, diorg pon sama.Kenapa aku je yang buat?"
"Korang ingat aku tok siak ke? Exam aku esok ouh."

Tapi kita kena ingat yang membersih surau tu adalah salah satu perkara yang menolong agama Allah. Bersih rumah Allah kot. Macamtu juga kalau kita menggerakkan jemaah Islam. Berusrah. Baca Quran lepas maghrib or anytime.

Mungkin disebabkan kekurangan masa yang diambil untuk buat amal kebajikan, Allah gantikan dengan kejayaan dalam exam dan digandakan dengan pahala amalan tersebut. Siapa tahu. hehe.

Allah bagi petunjuk masa exam--->jawab tu betul aje..
atau cikgu2 lembut hati nak bagi markah lebih,
atau kita dah baca benda tu, immediately sebelum exam mula,
atau kita dah nampak apa jenis soalan masa kita tidur malam semalam.
Haaa, kan best!

Jadi jangan berkira apabila bergerak untuk gerakan Islam kerana Allah dah janji akan tolong dengan kemenangan.wallahualam.

Walaubagaimanapun, study salah satu cara memajukan agama juga. Kita berjaya untuk Islam. Buat kerja untuk Islam dan sebagainya.

Sebenarnya, ayat ni aku pilih untuk buat ulasan liqa' atau usrah yang lepas.

Tapi liqa' awal pagi sangat, tau-tau la kan. Bukan senang, tak nak jadi macam di atas. Aku buka ayat ni pada masa tu jugak2. Nama pun mamai, mana ada idea. Contoh yang aku bagi agak pendek dan err.. tak sesuai pun.huaaa. Ni aku cover sikit2.

cik penulis: jangan tak study pulak. Study sangat penting.hehe


Sunday, May 1, 2011

On sony-addicted

Suatu hari nanti, handphone aku akan ditrade-in di sebuah kedai barang elektrik, tupperware dan ala-ala perkakas rumah. Arrgh..heaven oh dapat jual semula dengan harga mahal.

Mula-mula masuk kedai,kakak tu dah point hanset dalam tangan aku. Dia tanya beli mana? Berapa? Nak lagi tak? Hahaha...mesti la nak. Handset sendiri. Aku masuk kedai tu bukan nak main tolak2 barang, aku cuma nak tengok-tupperware murah untuk isi serunding kat rumah.

"Aku nak!Boleh?,"kakak tu cakap.

"Eh, ni saya punya.Kenapa?"

"Aku suka gila dengan hanset flip2. Sekarang dah tak ada. Tak nak jual ke kat aku? Aku beli 400 genih"

"Erk..mahalnya," aku cakap bahasa melayu la.(kalau tak,nanti dia kurangkan harga)

"Bila nak balik malaysia?''

"Tahun depan.InsyaAllah."

"Aku tunggu.Ingattt...400,''sambilk naikkan jarinya angka 4.

Kalau ye pon,aku tak de la gila duit,nak jual sebanyak tu.Mungkin 200 pun jadilah..*aku buat belanja makan piza ke,nasi lemak ke..dekat kuliah,sebulan.*
Aku tau sejauh mana kemampuan hanset tu. Tak leh pergi ke mana sangat pon. Even tunjuk feature hanset zaman batu aku tu kat dia, dia still cakap 400. Mahal ouh 400! (400 genih=RM200-lebih kurang la).Mahalkan?? Nak buat cmana ,dia suka sangat.



Aku nak tunggu harga jatuh dulu la,sebelum gadaikan hanset seberat guni beras tu untuk beli yang baru.

Kiranya aku dah dapat tempat nak trade-in handset tu..hahha..suka2.Betapa dia sangat addicted dengan sony yg flip sampai sanggup letak harga tinggi. Pulak tu dia ingatkan, berkali-kali sehingga jejak yang terakhir aku sampai di muka pintu kedai.

Tapi biasanya kat Malaysia, orang tolak hanset berapa eh? Aku punya hanset yang dulu2 tak sempat nak jual balik, rosak dulu.huhu.

Oklah. Aku tunggu suara 24:7, mesti sesedap Jaejong, 2pm, big bang dan kawan2 nya nun di Korea sana. Semoga mereka akan merasai kembali kasih sayang dari perempuan2 Melayu yang sangat fanatik dengan artis sana,sampai tak perasan wujudnya mereka.

Manakala gula-gula juga semoga sehebat SNSD.wow! walaubagaimanapun takziah pada penganut agama islam gula-gula tersebut sebabnya pakai pakaian macam semacam.

Opss..kedai tu nama dia max 100%..haha untuk budak cairo yang nak beli tupperware murah.

Cik penulis: Bila nak exam. Tak sabar ni...