Suzana (nama sebenar) dan razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia sejak zaman sekolah. Mereka sering bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas.
Sesudah tamat persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar KL. Mereka bagaikan belangkas yang x dapat dipisahkan lagi. Tetapi dalam setiap percintaan mestilah ada dugaannya. cewah ^^
Salmah adalah ibu kpd Suzana. Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti sgala kehendaknya.
Suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman.
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dan menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pan di ijabqabulkan. Mereka berdua bercadang honeymoon ke Pulau Tioman, tapi malang telah menimpa mereka.
Razman dan Suzana kemalangan dalam perjalanan ke sana. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu, muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat, ia juga meninggalkan kesan yang amat menakutkan.
Sejak itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya apabila mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur hidup.
Razman cuba utk membaiki keadaan. Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya.
Setelah seminggu Suzana buat pembedahan muka. Salmah gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam.
Salmah tanya pada dr dgn penuh harapan, siapakah yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.
"Penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan."
Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka
anaknya berkali-kali.
Sebenarnya doktor telah menyimpan rahsia Razman yang telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cubalah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua.
*HAHAHAHAHA
cerita tu saje je.xada benda nak tulis. silalah berbuat baik pada menantu masing2.-kalau ada :)
credit aku xtau nak bagi pada siapa sebab ambil dari emel. thanks!
cik penulis: Jenuh edit tatabahasa.
err, komen bawah punya post disappear. laman sesawang free ouh. wsalam :)
1 comment:
HAHAHA...
ish, apelah! =.=
~ ok, buat baik pada menantu..huhu~
Post a Comment