Wednesday, May 4, 2011

# Kita-kita

Salam.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّـۧنَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ‌ۖ فَـَٔامَنَت طَّآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآٮِٕفَةٌ۬‌ۖ فَأَيَّدۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُواْ ظَـٰهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.



Dalam ayat tersebut Allah dah berfirman yang sesiapa antara kita yang berusaha menolong agama Allah, nescaya Allah akan memberi pertolongan kepadanya dan memberi kemenangan. Tak kira apa bentuk pertolongan dan perjuangan yang memuliakan Islam, dikira menolong agama Allah. InsyaAllah, readers faham sebab semuanya terang hati.huhu.

Tak faham? Let say,kita selalu solat di surau berdekatan rumah ataupun surau senja. Kadang-kadang ramai orang, kadang-kadang langsung tiada. Nak atau tidak, kita buat juga rutin surau. Nak tinggalkan,tak sampai hati. Semak jika dilihat orang. Hari-hari susun Quran, lipat sejadah dari saf depan sampai belakang sekali, susun selipar telekung dan sebagainya, Banyak bukan?

Masa itu, kita mesti akan terfikir,
Bukan aku sorang yang smayang sini, diorg pon sama.Kenapa aku je yang buat?"
"Korang ingat aku tok siak ke? Exam aku esok ouh."

Tapi kita kena ingat yang membersih surau tu adalah salah satu perkara yang menolong agama Allah. Bersih rumah Allah kot. Macamtu juga kalau kita menggerakkan jemaah Islam. Berusrah. Baca Quran lepas maghrib or anytime.

Mungkin disebabkan kekurangan masa yang diambil untuk buat amal kebajikan, Allah gantikan dengan kejayaan dalam exam dan digandakan dengan pahala amalan tersebut. Siapa tahu. hehe.

Allah bagi petunjuk masa exam--->jawab tu betul aje..
atau cikgu2 lembut hati nak bagi markah lebih,
atau kita dah baca benda tu, immediately sebelum exam mula,
atau kita dah nampak apa jenis soalan masa kita tidur malam semalam.
Haaa, kan best!

Jadi jangan berkira apabila bergerak untuk gerakan Islam kerana Allah dah janji akan tolong dengan kemenangan.wallahualam.

Walaubagaimanapun, study salah satu cara memajukan agama juga. Kita berjaya untuk Islam. Buat kerja untuk Islam dan sebagainya.

Sebenarnya, ayat ni aku pilih untuk buat ulasan liqa' atau usrah yang lepas.

Tapi liqa' awal pagi sangat, tau-tau la kan. Bukan senang, tak nak jadi macam di atas. Aku buka ayat ni pada masa tu jugak2. Nama pun mamai, mana ada idea. Contoh yang aku bagi agak pendek dan err.. tak sesuai pun.huaaa. Ni aku cover sikit2.

cik penulis: jangan tak study pulak. Study sangat penting.hehe


5 comments:

al-bagani said...

Surah Muhammad:7
Bantulah Allah, maka Allah akan membantumu dan mengukuhkan kedudukanmu.

Ayat terakhir surah As-Saff nie rentetan dari ayat 10 menunjukkan bagaimana ada orang yang meletakkan diri mereka menolong agama Allah...Golongan hawarin ini jga dituju khas pada golonga pemuda :)

Singgah di Berjalan Menuju Kebenaran

al-bagani said...
This comment has been removed by the author.
nurus said...

thanks arip for the sharing.-surah muhammad-

btw,hawarin penolong nabi,is't right?

apa-apa pun,pemuda penggerak ummah.:D:D

Unknown said...

nahnu ansorullah !!!

nurus said...

yeah najah!

semangat ini yg kita mahukan-haha.