Thursday, July 23, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallah Hu 'aklam.

cik penulis cuba sedaya upaya solat pada awal waktu=)

Thursday, July 16, 2009

~tension~

Assalamualaikum...

post ini saya perlu membuat emo sikit(maaf!!stkat ni yahoo emotion tidak digunakan lagi disebabkan malaih nak edit pada template baru)..okeyh, tak tau la macammane kronologi dia

3pm-diskusi keluarga..bincang pasal p kursus persediaan mase bulan puasa
ibu: macam mane kak long,,dah la bulan posa
saya:itu la pasal..dia nak jimat duit kot.tak mo bagi kitorg makan
ibu:taktaw la..entah2 kak long kena fly bulan posa jugak
saya:eleh,dia x habaq lagi
ibu:kalau kena fly masa posa cmana
abah:nak buat cmana...p jela
saya:ha ah, kalau tak mau pon kena p jugak(buat2 sokong abah)
awat ibu asyik tanya kak long ja,,entah2 kak ngah p lagi awaii..budak2 selangor p 1/9,,
dak2 kelantan pon p sebelum raya((ke jordan melalui jabatan agama negeri))
ibu: ye la..ibu baru tanya kak long. satgi ibu tanya la kak ngah...

***************berdiskusi***ibu n abah macam banyak yg di'secret'kan**********

4pm-ibu tunjukkan 1 msg 4wd dari abah
~~kak long~~ KLIA-Kuwait Air~~11 SEPTEMBER 2009
tengok>>tekan ke bawah>>ke bawah lagi>>x muncul ape2
betul ke nih??macam x percaya(berderau2) "betul ke ibu?"
ibu: la betul la,tak kan nak tipu kot"
saya: baru dapat ke,bu?"
ibu: lame dah,,mase dekat skolah lagi" (cg)
saya: abis kenapa ibu tanya tadi??
ibu:saja testing,,nak tengok kak long cmane..kan kak long sokong abah(macam perli je)
saya: x nak!!!!!!!!!!!!!!!!kesedihan teramat sangat (belum mengalir air mata)
eiii...x suka betuiii..awat dia buat cmtu
abih la baju2 raya,,ingatkan nak pakai sbelum p (banyak lagi yg diungkit)
first and foremost, x dapat duit RAYE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(terguling2 ketensionan)


*************************************************************************************
nak buat macam mane::
nak tuntut ilmu kita perlu berkorban
tak kira la,,raya kt mana2 pon(ayat penyejuk hati)
lepas ni banyak la entry dari sana ye

p/s:online mase raye k~huh~


Monday, July 13, 2009

Penantianku Berakhir Jua

Setelah sekian lama ku menunggu
Ternanti-nanti mencari sebuah jawapan
Kepada perkara yang aku pun belum pasti
Pergi tanpa sebarang khabar berita
Sehingga ianya membantutkan tumbesaran benakku
Aku tidak pasti dengan semua yang perlu ku rancang
untuk masa hadapan ku yang lebih gemilang

Kini semuanya telah terungkai
Terang lagi bersuluh
Hari ini sudah boleh arrange mase dengan lebih baik
lebih kurang pukul 11am tadi,,dapat 1 masagge
ke PROGRAM ORIENTASI
Tarikh: 22-29 Ogos 2009
Tempat: ILIM,Bangi

so,dah dapat arrange tyme untuk ke sekolah hujung bulan ni sebab dak2 matrix n UITM dah balik umah.boleh la tumpang keta. dah lame x g sekolah
1st nak jumpa cikgu cekgi,pengetua baru
2nd nak jumpe adik2 (?....)
3th nak ambik semua sijil,,gambar konvo,medal,,n yang penting duit mase hari anugerah yang belum diambil~harap2 ade lagi duit tu

*nampak gayanya tak boleh la g midvalley 26 July ni..ingatkan mase tu ade kt UKM...boleh la mintx korg tolong sambutkan~akan difikirkan~

Sunday, July 12, 2009

Sudoku Baru!!

Assalamualaikum....

best2!! nurus dah dapat buku sudoku yang baru..about 300 puzzles jgak..12th edition advanced punye.hehe..lebih baik beli yang advanced,,baru la tak rasa duit melayang kan2?? lepas ni,masuk u nak bawak skali buku tu..tension2 boleh main.before that, mein dalam the star je,, satu game sehari..ade la certain2 hari,2 puzzles...
thenews.com

kalau nak main sudoku online pon boleh gak..tapi skg dah xde geng.sume dak2 rep masuk IPT. x leh la nak ajak main.first nurus main ngan animus n myra...hoho mase tu la jumpe MR JELLY yang dahsyat.diibaratkan seperti penunggu mencari partner, tingkatkan pointer..then, main ngan syafeeq,acap,gafar,nanad ....urmm tu je kot.

skrg klau main online pon mesti kene belasah ngan MJ tuh.abis la pointer aku bagi kt dia..satu lagi,, dah tak ingat link dia macam mane...cube ingat tapi x ingat2~adeh

Wednesday, July 8, 2009

Pernah Kena Tindih??

Just to share...okey,korang ada pengalaman ditindih masa tidur tak???
betulke kena tindih ni disebabkan gangguan makhluk seperti jin
atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan,
hujung jari, terasa berat kat dada...nampak benda-benda pelik-pelik (hantu,
makhluk hitam dan sebagainya) .....

kalau saya tanya kat sini mesti ramai yang penah kena especially kat sekolah enengah dulu...walaupun saya tak pernah kena ,,tapi selalu la dengar cite kawan2 pasal xperience diorg pasal mende2 ni.

setelah menimba ilmu dari pelbagai pihak,saya nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medicalnya 'sleep paralysis'... Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary(sementara). ...

temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak
atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kita
gerak-gerak) stage....otak akan bagi tau badan kita suruh rehat...so, badan
kita kira macam switch off kejap....

ok, otak kita pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off
RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) sahaja
yang on....kiranya screensaver lah atau hibernate...

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak
suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh
seketika...before otak activate balik....hihi
tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full..kadang- kadang partial
atau sebahagian sahaja...tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain
lumpuh etc....

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik) , visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)

sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni...penat sangat)

4. stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla-bla

5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah saja, tetiba esok masuk u :p)

6. orang yang ada penyakit narcolepsy (penyakit ape nih?? saya pon tak tau...dia macam cronic neurological..salah satu symptom..kitaran bangun tidur anda yag tidak regular...=p-apekah saya???)

moral value:: jangan lagi kata kena hempap dengan hantu