Salam semua!! First time aku nak bercakap pasal chenta di laman sesawang. Hahaha. Ada apa dengan cinta? Cinta adalah perasaan yang datangnya tak diundang, permainan jiwa mungkin. dan sangat complicated jika kita meng'complex'kannya. Isu forever evergreen ini selalu menjadi isu sepanjang hayat. Kenapa? Cinta tak pernah pudar. Right? Jika cinta pada manusia,katakanlah. Selepas cintakan A, cintakan B pula. Haha. Biasalah tu, jika namanya bertepuk sebelah tangan. Tiada siapa yang mendengar, kita boleh bertukar-tukar mengikut kehendak kita.
Apa aku merepek? Ok, aku selalu dengar yang couple itu haram. Yeah! Aku pun malas la ber'couple' sebab hukum cakap camtu. So, bagaimana yang main cop2. Cop perempuan untuk dijadikan isteri suatu hari nanti. Hahaha. Maksudnya sekarang ini statusnya bakal isteri.
Contohnya, seorang perempuan yang minat giler3 dengan seorang lelaki. Hohoho, korang tau la minat gila tu mcmane. Tapi tahu sajalah, perempuan sedalam mana pun minat, diam je (mcm aku..haha)
"Perempuan dapat memendam perasaan cintanya berjuta tahun tetapi tidak dapat menahan perasaan bencinya walau sesaat." Macam ada kebenaran sebab itu mereka lebih kuat mengumpat dan bergosip (kalau tak salah aku)
Berbalik pada tadi, suatu hari lelaki yang diminatinya datang bertandang. Hehe..Orang dah menaruh hati memendam perasaan, datang pula jejaka pujaan. Inilah yang diibarat orang mengantuk disorong bantal oh! Syurga oh!
Lelaki tersebut menyatakan hasrat mahu melanjutkan pelajaran keluar negara. Then tiba2, lelaki tu berkata (ayat skema aku), "Saya sukakan awak. InsyaAllah selepas saya tamat belajar 6 tahun lagi, saya akan cari awak."
Ohoo, korang tahu. Itu merupakan penyataan yang tak pasti kerana pelbagai cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi dalam masa 6 tahun. Jika L tersebut cintakan P tersebut, seharusnya beliau tidak memberitahu 6 tahun sebelumnya kerana sememangnya wanita, hatinya sangat kompleks, mudah dipengaruhi perasaan.Mudah teringat-ingat. Mengelamun. Jika selama ini mereka tidak menaruh perasaan, diucapkan sebegitu, boleh makan tidak basah, tidur tidak kenyang, mandi tidak lena beb! Jiwa terseksa..
Adakah salah meluahkan rasa sayang jika sememangnya sudah sayang?
Jika kita masih belum bersedia soal nikah kawen bagai, jangan diringankan mulut mengucapkan soal ini pada si P. Elok-elok si P dapat mengawal diri dengan menganggap bertepuk sebelah tangan, datang si L untuk bertepuk sama dalam nada yang tempang.
Hakikatnya, jiwa lelaki dan perempuan sangat berbeza.
Bagaimana jika si P sudah diijabkabulkan dengan orang lain? Senang saje, kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum. Hahaha.. Redha la dengan ketentuan Allah kerana dengan menghadirkan kegelisahan pada si P tersebut pula merupakan satu dosa.
Jika belum, bertemulah kedua ibu bapa si P untuk itu ^^
Dan bagaimana si P yang sudah pun terlanjur terseksa jiwa dan raga? Cubalah dan try mem'busy'kan diri dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah, tumpukan pada pelajaran, bergumbira dengan ibubapa, gerak kerja jemaah Islam(hehe) dll. Gerak kerja yang sifatnya memberi jauh lebih smart kerana "Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain".
Aku macam nak menambah lagi, tapi dah panjang. Off-pen.
Kalau aku kan, aku OK je-terima dengan lapang dada tanpa terseksa jiwa raga. Hahaha.
Cik penulis: Post ni tak ada kaitan langsung dengan cik penulis. Malah, anak-anak beliau sendiri :) dan apa tajuk untuk perkahwin cik penulis yang pertama yang sebenar-benarnya nanti. "Perkahwinan Pertama Original" mungkin :) huaaa
Ok, jom semua jadi bagus. Bagus untuk semua. *peace*
Haih, time-time nak exam ni, gian menulis.
Sekian, wassalam
4 comments:
ooo patut malam tadi tak tidoq!haha.rajin pulak kan kau membebel~hihi
haha. itu aku study. dah la sampai subuh.rajin ouh ^^
..........
hahaha..
Post a Comment