Saturday, June 26, 2010

Qailullah-Short Afternoon Nap

Ubat mengantuk adalah tidur..ni azimat yang aku pegang sejak berkurun lama.Sebab tu la,ade je orang tumbang dalam kelas semata2 guna prinsip hidup ni.InsyaAllah,aku tak tidur dalam kelas,cuma mengantuk tahap stroke je lah..nak tidur,pastikan zone benar2 selamat>okey..


Just share pasal qailullah@tidur siang..


Dalam kitab Fiqhus Sunnah terdapat keterangan sebagai berikut:

“Terdapat sebuah hadis dari Ibnu Umar, beliau berkata, "Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah saw. suka tidur di masjid, kami tidur qailullah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda." (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, hal. 252)


Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan,

"Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailullah bukanlah satu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."


Membantu solat tahajjud

Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata,

"Hendaklah seseOrang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari. sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun daripada tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur.


Selepas solat jumaat

Anas bin Malik ra berkata:

“Kami takbir (bersegera datang ke masjid) untuk menanti pelaksanaan solat Jumaat dan kami qailullah setelah solat Jumaat.” (HR. Al-Bukhari no. 905)

  • Albert Einstein, Napoleon Bonaparte, Thomas Edison, Winston Churchill adalah orang-orang yang selalu melakukan short afternoon nap.
  • Penelitian di NASA menunjukkan performance dan tumpuan pilot yang melakukan tidur siang 24 minit lebih tinggi drpd yang tidak.
  • Dr Maas, seorang ahli fisiologi mengatakan bahwa tidur siang 20 minit secara signifikan meningkatkan focus kita pada hal-hal yang detail.
  • Mengikut kajian, tidur t'hari dapat meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2.
  • Waktu tghari adlh waktu sesuai untuk tidurseketika kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa tidur pd wktu tersebut yg dikenali midafternoon quiescent phase ora secondary sleep gate.
  • Tidur 30 minit tghari mempunyai risiko sakit jantung 30% lebih rendah berbandg yg lain
  • Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University merumuskan, tidur tghari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
Melakukan short afternoon nap yang effective:
1) Dalam 12 t'hari sebelum waktu zohor atau immediately after zohor(lepas solat)
2) Tidur dalam 20-30 minit sahaje..if more than that, akan menyebabkan kita masuk dalam deep sleep zone yg akn menyebbkan kita tidur membabi buta sepanjang hari.
3) Imbangkan dgn mngurangkan tidur waktu malam dgn membiasakan diri bangun sekitar 2pagi ..bukan mula tidur 2 pagi(hehe)

mase tadika dulu,ade jugak dalam jadual 'tidur tengahari'(tadika pukul 8pagi-4.30ptg,dah mcm orang g office.maybe sebab tu la ibu ngan abah pilih tadika tu).Aku ngan adik aku dapat special case..kitorang dapat tidur kat bilik cikgu..orang lain sume tido kat luar je~

::sekolah menengah pon ade jadual tido2 mase tengahari.WAJIB pulak tu sebab sekolah aku sampai 4.30 petang (mcm keje pejabat la jugak).Mula2 aku tak suka tidur siang,bile lame2,dah biase kott..sampai sekarang>>aku suke tidur~rase macam hobi pon ade
::Sekarang,aku lagi suke tidur siang,jaga malam-petanda dunia dah nak kiamat,semuanye tunggang terbalik

cik penulis: semua peringatan untuk diri sendiri juge..

Monday, June 21, 2010

Pending Tagged

Bismillahirrahmanirrahim..

Memulakan task lama tapi yang tak terbuat-buat.pasal SMILE..orang tanye,apekah smile??expression muka..apekah simile?tengok dalam buku komsas..

tenkiu cik rahah bagi homework 8D
Rules and Regulation
1. contest terbuka kepada setiap peringkat umur
2. gambar setiap seorang dan adelah gambar anda sendiri. kalau lebey tuan punye blog akan reject so 1 sahaje gambar setiap seorang okay.
3.Gambar mestilah senyuman yang ikhlas dan lebar to the max.
4.Gambar adelah berseorangan sahaje.
5.Mestilah follow tuan punye blog ni
6.Sediakn entri khas tentang contest ini dalam blog anda.
7.Tag sekurang²nye 4 orang bloggers.

xde post panjang2..aku ada tengok cerita Mr. Brain, kalau ade sape2 yang tak tengok lagi,silakan lah tengok..best!! solve problem gunakan otak yang bijak bukan macam cerita GERAK KHAS yang kebetulan informer dapat maklumat sana sini..Polis yang paling baik or the nicest police all over the world!! is 'Polis Gerak Khas'~~(abah saye yang cakap..hehe). Mase kecik2 suke la jugak tgk cerita polis baik ni=)

Berbalik pada topic..ulasannya tentang senyum. 2 types of smiles:
1-if someone encounter something that make them think fun."ok, i want to smile".Frontal lobe of our brain(area associated emotion,issues order..it exerted perfect control over some 50/50 muscle on face...so,natural smile is forced

2-if we consciously try to smile..motor centre issues and order saying 'SMILE NOW'..Force a smile making us smile awkwardly..

so, smile beautifully, gently, gorgeously, nicely, longly, peacely, deeply ...nurusly=)=)

dah try dah nak senyum..tapi xboleh..pipi labuh sangat~
maaf xdapat tunaikan wasiat

Akhir2 ni ramai je yang buat open house..sebab diorang dah nak balik malaysia..xpe2 aku suke je..kalau nak mintak tolong aku pon boleh..tolong2 habiskan makanan ke,air ke~heaven food coming..nanti aku boleh tolong basuh pinggan..tender basuh pinggan dah bukak=P..kepada u lain di sini..gud luck exam..hehe

sape nak tagged ni..ambik je
cik penulis:senyum pagi membawa bahagia,senyum selalu ke hospial bahagia
wassalam=)

Friday, June 11, 2010

Smoking boy video-40 cig/day


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sejahtera 1Malaysia dan 1Afrika (WorldCup2)=)
Sebelum ini boleh dikatakan seluruh dunia dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun sudah pandai menghisap rokok macam orang dewasa. Kemudian, akhbar The Sun telah menyiarkan gambar-gambar terkini dan juga klip rakaman video bagaimana kanak-kanak tersebut menikmati rokok sebagaimana seorang dewasa. Dan lebih mengejutkan lagi kanak-kanak tersebut perlu menghisap rokok sebanyak 40 batang sehari, sekiranya tidak dapat dia akan mengamuk. Kanak-kanak yang dimaksudkan adalah Ardi Rizal Mohammed, 2 tahun dari Musi Banyuasin, Indonesia.


serius jugak budak nii..dan lagi dia main pusing2 rokok tu,macam orang besar je..
bapak dia mula memperkenalkan rokok tuu kat dia mase umur 18bulan dalam erti kata lain setahun setengah(hehe..saje nak bg panjang ayat).Sebab2 bapa dia bagi mase tu tak dijelaskan..

Ibu'nye' said anak dia berada dalam tahap ketagihan yang serius, dia akan mengamuk dan menghantuk kepala ke dinding jika tidak diberikan rokok. Bapanya seorang nelayan menyatakan anaknya nampak sihat dan tidak nampak sebarang masalah mengenai kegemaran anaknya itu.

Pada pandangan saya:ade ke orang merokok takde masalah kesihatan?kalau x awal,lambat~kalau tak lambat..mungkin dah mati dah~
Di Mesir,ade je student medic yang merokok..macam pelik je bakal doktor merokok..
sepatutnye dr kena la tunjuk contoh yang baik kepada orang lain bab2 kesihatan ni contohnya "berjogging di waktu pagi!!!" ~"bangun tidur gosok gigi!!" dan sebagainya.

Bagi para ustaz pulak atau yang ambik aliran agama~jangan la pelik apabila bakal doktor merokok jika ada dikalangan anda yang merokok..sebab anda tahu ape hukum merokok bukan?Sepatutnya kita pon kene ade rase pelik jika ada di kalangan pelajar agama yang merokok
(aku cakap pasal dua kos je la..sebab kat sini cume ade 2 tu je..)
Tapi tak kire la sape2 pon, xyah la merokok terutame yang perempuan ni.Dimanakah adab kesopanan anda?(soal jawab bersama menteri kesihatan)

Pastu shisha lak(tak tau betul ke x aku eja ni..)setiap kali balik ke rumah dari kuliah..aku dan budak2 rumah akan lalu kat restoran makan(atau minum je) yang menjual pelbagai jenis shisha..perasa strawbery,oren.pisang,durian,rambutan,manggis..semua ada.Sebelum sampai dekat ngan kedai tu,tarik nafas panjang2 untuk sekat pernafasan sebelum bau manis tengiknya menusuk2-nusuk >then,berjalan secepat yang mungkin sambil memandang kiri dan kanan takut2 dilanggar kereta drift mesir..agak2 sesak xde oksigen tu,baru bernafas balik..>teruskan perjalanan sampai dengan selamat.

cik penulis:jiran indon sebelah rumah bershisha gak sambil hafal2 quran kat beranda=)
wallahualam

Tuesday, June 8, 2010

Nilai dan harga hidup pada si miskin

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar renungan. ... ........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumahnya,ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku menghampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada je orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan 10 kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku dipintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan suptulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Akubertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada haripertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknyaagar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semulasemua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah kita menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup kita? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

jadi,bersyukurlah dengan apa yang kita ada...bukan semua yang kita nak kita akan dapat..kita jarang hargai apa yang kita ada..tapi sebenarnya kita akan nampak benda tu "best" bila orang lain yang memiliki benda tersebut..

contohnyee..nikmat sihat tidak akan dapat dirasai oleh orang yang sihat kecuali oleh orang yang sakit daaan sebagainya

janganlah bermegah2 dengan kekayaan dan kecantikan dan kepandaian yang kita ada (kecuali untuk berpoyo2 sesama kawan sendiri mcm cik penulis..=P)

P:lesen kereta
superb emel=)
wallahualam

Sunday, June 6, 2010

Award *gay3*

Bismillahirrahmanirrahim...

Terima kasih kepada cik munie kerana memberi award yang menarik lagi special ni(hehe..lain je bunyi dia,macam ayat pak2 menteri je).dah lame dah aku dapat award nie..tapi disebabkan aku nak exam dan aku berazam xmau up-date mase exam>so,xde la belog aku ni di update..

antara tema dan syarat2nye adalah buat entry pasal award ni..
aku takde ape-ape tema yang nak buat
jadi aku cume letakkan persoalan saje......
persoalannye:blog yang beautiful ke, atau blogger yang beautiful?
"award is given to beautiful blogger"(hepi3)
nak kate blog beautiful macam nonsense la jugak..sebab blog aku kaler macam parti politik je even aku sokong "1 Hadhari 2 Judi"

Jawapannye:sape yang beautiful??cik penulis atau blog??lame aku dok pikir2..
akhirnye..persoalan ni hanya membenakkan kepala aku sahaja..xde jawapan
habisla entry pasal award ni (settle~~)

Selepas dapat... anda perlu::
1- Buat entry pasal award yang cantik banget nih..
2 - Copy badge award yang cantik banget nih...
3- Ucapkan 'Thank U' dan letak link pemberi award yang cantik itu dlm entry..
4- Senarai 15 blogger sebagai penerima award...

penerima sanad cik penulis..semestinye perempuan..x sanggup nk ckp 'lelaki beautiful'..:
-nurul husna
-nuraiman imam supaat
-einsyie
-kyna
-syazni
-nunu
-little kouru
-yana
-dan 7 orang yang lain~cik penulis dah xtaw nak bagi kat sape sbb ramai dh ade
::sape2 yang nak...rase blog lawa@atau diri sendiri yang lawa boleh la ambik..
tapi letak la kat komen tu dulu..habaq kata nak ambek award..takut2 lebih dari 7(tu je~~)
::kepade 8 orang kat atas,u all memang BEAUTIFUL (jenuh mencari~)..

Kita semua sebenarnya beautiful tak kire la lelaki ke,perempuan ke,jambul rosmah ke...ciptaan Allah memang cantik cuma perlu disalurkan dan digunakan sebaik yang mungkin supaya kita akan jadi lebih cantik di sisi Allah..kan3

p/s kepada penerima:buat la entry yang elok2 sikit,jangan la buat macam saye ni, xde point
makluman lagi: gay pada title bermaksud gembira/hepi-so,i'm gay(lain macam je)

::ada lagi paper arabic and alquran..tapi semua orang macam dah nak balik tanah air tercinta=)
wasalam