Tuesday, June 8, 2010

Nilai dan harga hidup pada si miskin

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar renungan. ... ........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumahnya,ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku menghampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada je orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan 10 kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku dipintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan suptulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Akubertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada haripertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknyaagar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semulasemua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah kita menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup kita? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

jadi,bersyukurlah dengan apa yang kita ada...bukan semua yang kita nak kita akan dapat..kita jarang hargai apa yang kita ada..tapi sebenarnya kita akan nampak benda tu "best" bila orang lain yang memiliki benda tersebut..

contohnyee..nikmat sihat tidak akan dapat dirasai oleh orang yang sihat kecuali oleh orang yang sakit daaan sebagainya

janganlah bermegah2 dengan kekayaan dan kecantikan dan kepandaian yang kita ada (kecuali untuk berpoyo2 sesama kawan sendiri mcm cik penulis..=P)

P:lesen kereta
superb emel=)
wallahualam

4 comments:

نورالحسنى ^_^ said...

terharu2.. so, kalau kak long x balik msia tahun dpn pn xpa la kan?? 'bersyukur dgn apa yg ada....' =)
~cik penulis mmg selalu poyo (hanya meng'akidkan apa yg ditulis sendiri oleh cik penulis sendiri.. ;)

nurus said...

x dak kna mengena ngan balik malaysia...x pasai..awat lak tak balik.ibu kata boleh la~

meng'akid=menta'kidkan??bende serupe ke nih~~

poyo bertempat~awal ayat hang yang bawah tu berbelit2..xdak titik..budak sastera an??=)

نورالحسنى ^_^ said...

ahahahaha.. tatau2... mmg r bdk sastera an.... tu silap maaa... bdk medic senyap sudaa~ =p

syok dgq ibu cita..ramai2 kumpul td... huwaaaa~ kbanyaknnye ade... + baby kak sha n baby kak fiza!!! rse mcm nk blik thun ni jgk2!! =(

nurus said...

budak sastera nak wat novel..huhu
budak medic jadi pengkritik nah~

hah??
kakngah skype mase ramaii org ke??
best nye~