Wednesday, April 28, 2010

Nasyid Terbaru

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini aku akan mem'promote'kan nasyid alaf baru.Semoga nasyid ini dapat mengimbau nostalgia lama kita pada zaman sekolah. Dan InsyaAllah kita pernah belajaq benda ni masa Form 2 dan diulang balik masa Form 4 (tu pon,kalau aku tak silap la).

Rujukan dari buku teks bahasa arab komunikasi "Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah"
so,aku cuba la nak ingat balik ape benda yang penah aku belajaq dulu2..
Nak tengok dialu-alukan,x nak pon tidak mengape dan mintak maaf banyak2 kepada yang kena loading lame,bukan salah aku.

salah siape?ha~ini yang kita tak tahu (los and faun)

Selamat Bergembire!!



soft rock music=P Bestkan??secare tidak langsung kita telah generate pahala cikgu-cekgi kite sebab ilmu yang disampaikan berterusan dan disebarkan..insyaAllah

:: rancangan"Spontan" lagi best dari "raja lawak musim 4".aku tak puas hati~sikit2 pak kasim,sikit2 abang kasim...entah ape2 la budak kedah tu..
(ehehe...kau nak jadi juri ke nurus oii..)

"idak ler...tapi kalau nak bagi boleh jugak"

cik penulis:dah nak exam pon, dok buat tak tau nak baca buku lagi~

Jumpa lagi..
Wasalam

Sunday, April 18, 2010

Berita Utama

Selamat petang dan salam sejahtera
Sehari Berita Utama

PERHENTIAN BAS, 18April-Seorang pelajar telah terjatus dari bas dengan menggelongsor dari tangga atas hingga ke tangga bawah,telah terselamat. Manakala ammu bas dan konduktornya pula berada dalam keadaan stabil setelah agak terkejut dengan kejadian tersebut. Katanya secara tidak sedar,beliau sudah pun berdiri di atas jalan,berjalan dengan 'steady'nya tanpa rasa sakit akibat blushing yang melampau-lampau.Menurutnya lagi, rasa sakit di bahagian gluteus maximus mula dirasai selepas masuk ke kelas,melihat ustazah al-quran yang berada di hadapan kelas. Siasatan masih lagi dijalankan-Bernama

SEBELAH BILIK MAYAT, 18April-Dipercayai pelajar yang sama, telah kehilangan sebotol One Drop yang sangat disayangi akibat terjatuh semasa cuba mengeluarkan duit dari purse.
One Drop tersebut diberi oleh ibunya selepas beliau teruja melihat lambakan One Drop kepunyaan ibunya sebelum berhijrah.Menurutnya, One Drop tersebut telah dipakai semasa di KLIA sebelum bertolak ke Kaherah. Hal ini menyebabkan setiap kali ia dipakai ingatannya terhadap Malaysia tidak pernah luput dan akan terus segar selamanya.

"Mungkin selepas ini ,saya akan terlupa asal-usul saya tanpa One Drop.",katanya.

Cecair yang dikatakan tertumpah di atas lantai bilik ammu gamaah menyebabkan baunya yang wangi bersaing dengan bau formalin di bilik mayat bersebelahan.Kesedihan pelajar tersebut menyebabkan dia membawa pulang penutup botol bersama serpihan kaca yang melekat bersamanya ke rumah~meletaknya di dalam bilik~diabadikannya di dalam almari sebagai harta antik.-Bernama juga

Iklan:
Kamal+Alan+Nathan=Kamalanathan..ciri2 nama 1Malaysia(TPM yang kate~aku mengiyekan=p)

Kesakitannya dari gluteus maximus melarat ke hip bone.
Memberitahu:kelas kami perempuan sahaje,jadi nak pakai setong minyak wangi pon tidak mengape~
Warna-warni kehidupan cik penulis.

Berita disunting oleh cik penulis, disampaikan oleh cik penulis,manakala sumbernya dari Bernama.

Wallahualam...

Thursday, April 1, 2010

Kelas AlQuran

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..setelah sekian lama aku menanti dan ternanti dan terus menanti...akhirnya aku puas dengan apa yang aku ada..Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah memberikan aku kesabaran pada tahap yang agak maximum untuk melalui penantian ini~Aku akan cuba menjaga diriku sebaik yang mungkin agar tidak ternoda dan dinoda oleh anasir2 yang dibawanya~insyaAllah...

Sebenarnya,bukan itu yang aku nak cakap...cuma pasal kelas quran di kuliah banat~Untuk pengetahuan pembaca yang disayangi, subjek perubatan untuk pelajar perubatan Al-Azhar Tahun 1 di bawah dasar MoU termasuklah subjek Al Quran dan Bahasa Arab. Subjek agama ini bukan belajar semata2 seperti uni2.lain bahkan perlu lulus untuk naik ke tahun 2..

Kadang2 dan selalu jugak la,,benda ni menjadi masalah di kalangan para pelajar untuk menghafal..bukannye ape pun..hari tu nak tasmiq, pagi tu baru nak hafal...mane la nak ingat sangat..hari2 sebelum tu merapu meraban sampai tak ingat dunia (aku la tu)..mana taknye masuk je kelas, ustazah arab tu akan spoting someone untuk baca.Kalau dulu boleh la nak mengharap ustzh terlepas pandang..skrg,jangan harap la boleh terlepas

Maybe ustazah akan tanya"semua dah baca ke? siapa yang tak bace lagi sila baca.saya x nampak tapi Allah nampak..." ketaq lutut jugak la bila ustzh dah cakap mcm tu..then baru la ada orang angkat tangan..

Untuk menjimatkan masa dan tenaga untuk menulis,saya akan terus membongkarkan kepada anda fakta2 dari Bernama..insyaAllah betul~
-total pelajar tahun 1: 98 orang
-kedatangan pelajar untuk kelas aq: 30-40 orang
-yang sorok bawah meja: 10-12 0rang
-yang kena berdiri kat depan(x sempat hafal kut): +/-10 orang
-aktiviti bawah meja:sembang dengan penyorok lain,tido secara sopan,cube menghafal dengan baik sebelum kuar dari bawah meja (paling bagus)
-yang duduk betul2 atas bangku: hanya +/-20 orang daripada sebesar2 dewan kuliah

Pernah satu hari tu, macam biasa aku ke kelas al-quran pukul 8 pagi dan seperti biasa aku adalah antara orang yang lambat 'drpd yang dtg'(ok..itu x kesah la) terus aku mengambil port bahagian yang agak ke belakang..kat sebelah kanan aku,ada 3 orang..depan mereka ada 3 orang..belakang mereka pon ada 3 orang..aku pandang depan..tup tup~tak dan 2-3 minit semua dah hilang..3 orang di depan-membongkokkan badan 45 degree sehingga kepala me'landing' di atas meja..6 orang di belakang-sorok bawah meja..ade tu ustazah dah nampak kepala terjojol keluar,,tapi still tak mau bangun..berkali2 jugak ustazah suruh bangun~hehe(mcm kanak 2 rebina)..sekelip mata sahaja,tempat tu dah licin.. tak tau nk kata apa..gelak sakan la aku~

Sebenarnya,kalau kita menghayati kelas quran ni memg best sangat2..x de kelas yang se'best' kelas ni..boleh tengok gelagat semua orang. tu pon kalau kita dah sedia,kalau tak,sama2 la berketaq2..aku dah la kurang mitochondria nk keluar kan suara untuk satu kuliah+tak prepare(ingat boleh lepas pandang)+vibrate of small intestine=huh~dahsyat2..nasib baik la aku dalam kalangan yang duduk atas bangku~hehe

same2 la kita menghadiri kelas alquran..membacanya adalah satu ibadah dan daripada setiap hurufnya akn mendapat pahala..insyaAllah..Takkan la nak kaut semua ilmu dunia~ilmu akhiratnya nak letak mana kan~~

cik penulis:jangan sesekali memandang rendah pada orang lain sebab setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing...salingg melengkapi sebagai hamba-NYA..

wsalam..jumpe lagi kelas alquran setiap ahad=)