Sunday, November 13, 2011

Sabar Itu Matang

Ok hari ini aku ke gawazat untuk proses taslim iaitu mengambil visa yang telah dihantar 2 minggu lepas. Aku menunggu. Bukan sekejap. Tapi lama nak mampus. Menunggu sangat menguji kesabaran. Aku kira ini semua orang tahu. Untuk aku, aku tak berapa suka sangat menunggu. Kadang-kadang.

Mula balik. Sejurus sampai, terus beratur dengan nada terkejut sebab manusia ramai gila. Itu abaikan. Sebab memang pun kami datang lambat. Hahaha. Masalahnya, mereka para pekerja kalau buat kerja sungguh-sungguh takpe walaupun ramai. Ini tidak. 30 minit kerja, satu jam makan - takpun jalan - takpun tidur. Arghh.. kami di luar ini sedang tunggu anda. Kejamkan buat kami ternanti-nanti? Menunggu anda yang seorang. Walhal pekerja lain goyang badan sambil berkhayal di meja masing-masing. Ok judgemental di situ.

Ahh...tension lagi.
Ini aku googlekan image jam. Keluar benda ni. Belasah je-.-

Plot imbas kembali- Di Malaysia, nak buat passport tunggu sejam dua sahaja. Pekena roti canai buang satu dua. Kemudian, datang semula untuk ambil passport yang sudah siap. Tak perlu jaga tempat segala bagai. Nombor giliran sudah ada. Tepat dan cepat. Tetibe. hahaha.

Err,tapi aku tak sedih sangat pun. Expected sejak awal kami beratur. Sehingga tepat pukul 1.30petang (cuba kira berapa lama beratur bukan sambil baring?) Lamakan? Jatuh peranakkan aku. Maka kami pun pulang. Okey kecewa nak mati. Ibaratnya, pekerjaan kau pergi ke sana hanya sia-sia.

Hikmah janganlah cerita. Itu banyak.

Dan pada Sabtu minggu depan kami dengan sumpah #seranah# setianya, nak bangun awal. Pergi ke sana. Tunggu di hadapan pagar. Kalau boleh sebelum pak guard buka pintu gerbang. Kerana kejadian yang sama, takkan aku ulang. Kononnya kalau awal=.=

Sebab aku tak nampak apa makcik@polis tu buatlah, aku tak marah. Kalaulah aku nampak gerak kerja mereka macam dua minggu lepas. Mesti angin ahmar sekejap. Dan kalaulah aku tahu yang sabtu sebelum raya tu, tempat ini buka. Konfirm pergi hari tu. Tak ramai manusia. Apakan daya. Nasi jadi bubur.

Penulis: Nasib baik ada housewarming. Reda sikit jiwa lara.

No comments: