Thursday, November 24, 2011

Udara Tahrir




This has become a war. One side has gas and guns and the other has numbers and will.

Ahmed Harara lost his first eye protesting on 25 Jan muzaharot now lost his second eye on this violent crackdown by scaf. Brutal chapter of Egyptian Revolution is opened.

Egypt the country where syabab are not afraid to die, but are afraid to tell their parents they are going Tahrir.

The effect of CR gas is long term and persistent. CR can persist on surfaces especially porous ones for up to 60 days.

The battle in Mohamed Mahmoud street stops after exactly 100hours of nonstop war and high casualities. Power to the poeple.

NEEDED for tahrir hospitals. Brain and neuro doctors.Omar Makram mosque and dobara church. 5o cases in 10 mins.

Almost every 30 seconds ambulance take one injured

After spending time in a field clinic in Mohammed Mahmoud. All I can say that Egypt is full of heroes.

Taxi driver didnt want to charge us for the ride, he just asked us to stay in Tahrir and not leave.

Mama. I swear nothing's happening. We are far from the trouble.- somalaysian

Dear wartawan Malaya, tak ada kerja sekali pun. tak perlu beronar dalam penulisan. Tak cukup laris ke jual paper?

OH! Ada perempuan? Syabas bete!

Tuesday, November 15, 2011

Mesej dari Malaysia untuk raya

Daripada ibu:

Salam Eid Mubarak. Wa kullu 'am wa enti bikhair.
Kami di sini mengirimkan kepada anda salam agar anda tetap ceria beraya di sana!
Senyum sokmo :) Bla3

Aku terus gelak tak jadi nak titis air mata syahdu sejurus selepas tengok benda nih. Sah. Ini bukan mak aku yang tulis. Sebabnya:

-mak aku tak pandai pun buat ayat arab.
-senyum sokmo tu bukan bahasa utara. Cuma orang yg belajar di sana saja boleh buat macam itu termasuk orang-orang yang bergaul dengan rakan rumpun sana.
-dan satu lagi, ayat mak aku tak macam iklan promote barang.

Adik aku je pandai. Yang banyak mulut. Biasanya aku panggil dia,budak maahad. Hahaha.

Aku reply terus selepas smile-out-quietly(lol) dalam masjid selepas solat raya. Terus teka siapa penulisnya. Yang best, Husna jordan (adik aku ramaaaiiii) pun reply benda yang sama. Rasa sehati sejiwa kan? Hahahha.

Walaubagaimanapun, benda ini bukan kisah lawak pun. Tapi aku gembira je lah. Jangan anggap lawak klise atau apa-apa. Imbasan sahaja.

Penulis: Kalaulah tahu ramai update pasal 11.11.11 haritu, takyah kita pulun juga=.=

Sunday, November 13, 2011

Sabar Itu Matang

Ok hari ini aku ke gawazat untuk proses taslim iaitu mengambil visa yang telah dihantar 2 minggu lepas. Aku menunggu. Bukan sekejap. Tapi lama nak mampus. Menunggu sangat menguji kesabaran. Aku kira ini semua orang tahu. Untuk aku, aku tak berapa suka sangat menunggu. Kadang-kadang.

Mula balik. Sejurus sampai, terus beratur dengan nada terkejut sebab manusia ramai gila. Itu abaikan. Sebab memang pun kami datang lambat. Hahaha. Masalahnya, mereka para pekerja kalau buat kerja sungguh-sungguh takpe walaupun ramai. Ini tidak. 30 minit kerja, satu jam makan - takpun jalan - takpun tidur. Arghh.. kami di luar ini sedang tunggu anda. Kejamkan buat kami ternanti-nanti? Menunggu anda yang seorang. Walhal pekerja lain goyang badan sambil berkhayal di meja masing-masing. Ok judgemental di situ.

Ahh...tension lagi.
Ini aku googlekan image jam. Keluar benda ni. Belasah je-.-

Plot imbas kembali- Di Malaysia, nak buat passport tunggu sejam dua sahaja. Pekena roti canai buang satu dua. Kemudian, datang semula untuk ambil passport yang sudah siap. Tak perlu jaga tempat segala bagai. Nombor giliran sudah ada. Tepat dan cepat. Tetibe. hahaha.

Err,tapi aku tak sedih sangat pun. Expected sejak awal kami beratur. Sehingga tepat pukul 1.30petang (cuba kira berapa lama beratur bukan sambil baring?) Lamakan? Jatuh peranakkan aku. Maka kami pun pulang. Okey kecewa nak mati. Ibaratnya, pekerjaan kau pergi ke sana hanya sia-sia.

Hikmah janganlah cerita. Itu banyak.

Dan pada Sabtu minggu depan kami dengan sumpah #seranah# setianya, nak bangun awal. Pergi ke sana. Tunggu di hadapan pagar. Kalau boleh sebelum pak guard buka pintu gerbang. Kerana kejadian yang sama, takkan aku ulang. Kononnya kalau awal=.=

Sebab aku tak nampak apa makcik@polis tu buatlah, aku tak marah. Kalaulah aku nampak gerak kerja mereka macam dua minggu lepas. Mesti angin ahmar sekejap. Dan kalaulah aku tahu yang sabtu sebelum raya tu, tempat ini buka. Konfirm pergi hari tu. Tak ramai manusia. Apakan daya. Nasi jadi bubur.

Penulis: Nasib baik ada housewarming. Reda sikit jiwa lara.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Salam.

Tak ada apa. Cuma. Bagi sesiapa yang masih belum berevent untuk 11.11.11 , anda sudah terlambat kerana 11.11.11 bakal menutup tirainya sebentar lagi.

Walaubagaimanapun, janganlah down! kerana 12.12.12 masih ada. Masa tu bolehlah kalau hendak tunang ke, nikah ke, beranak ke atau nak kahwin semula macam pasangan-pasangan buddha satu negeri di Malaysia tu. Terpulang. Kematian excluded.


Tapi menganggap tarikh tersebut membawa tuah dan keramat para salafus soleh adalah sangat tak guna. Syirik en percaya benda-benda khurafat cenggitu. Tentang iluminasi, aku takminat dan tak tahu. Rujuk pada yang pakar. Tapi, kalau setakat nak percantikkan tarikh supaya SENANG disebut [ perluke? ] takde masalah ye dop. hehee

Kalau di twitter jangan cakaplah, trending oh. Semua rebutkan tarikh ini untuk jadikan sebagai kenangan dan memori. Yang tak pernah berjongging, terus pergi berjongging dan berbangga first time dapat berjogging dalam umur hidupnya pada 11.11.11. Itu cuma contoh. kakakah

Dan untuk tahun 2013: Aku rasa 311113 akan dibebaskan jadi tarikh keramat. Minta percaya.

Penulis: Ni yang semangat nak print kad kawin bebanyak nih. Soft copy dah ada. Lama jamang menyimpan=.=

Monday, November 7, 2011

Aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim.

Di kesempatan ini atas sebab tidak pergi memotong daging dan mengupas bawang. Bermakna saya sempat. Saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua pelintas di sini. :)

Di samping kita menambah lemak, tak kiralah kambing atau lembu atau unta. Seharusnya kita tahu apa sejarah di sebalik peristiwa ini dan juga hari arafah pada sebelumnya, 9 zulhijjah. Tak adalah sia-sia kita menyambutnya kan.

Menatang ini namanya khoruf in arabic
atau dalam banjarnya 'biri biri'

Cik penulis mencuba untuk pendekkan post. Selagi nyawa ditanggung badan. Selagi unta tidak bertanduk dan selagi lembu makan rumput. Selagi itulah cubaan dilakukan.

Wsalam dan jumpa lagi.