Friday, August 5, 2011

Manipulasi Penonton


Mungkin aku akan menukarkan blog title di atas dalam masa terdekat atau akan stay dalam jangka masa yang panjang.

Kenapa manipulasi dipilih? Dulu selalu juga aku memanipulasi persekitaran, sekarang aku kurang berbuat demikian. Bukan kurang gemar tapi kurang daya fikiran, atau kekurangan glucose dalam otak untuk me-interpretkan Intelligence Quotient.

Aku akan cuba berfikir dari semasa ke semasa. Dan asas yang paling penting adalah membaca. Ini main factor kenapa aku kurang memanipulasi. Untuk manipulate persekitaran, harus juga berhubungkait dengan sumber bacaan. Hobi yang teroleng-oleng entah ke mana.


Aku still ingat, masa darjah 5 atau darjah 6, aku sudah start membaca bahan bacaan seperti perjuangan nabi dan para sahabat, cerita dalam AlQuran, siri pengembaraan Hadi yang dipinjam dari library dua kali per minggu dan tak lupa juga novel-novel versi tebal punya.hehe.. Bersungguh bawak balik novel dan baca sorok-sorok dalam beg, takut juga kalau kena marah sebab UPSR just around the corner..

Zaman menengah bawah, aku mula berjinak dengan buku sejarah seperti buku Sejarah Kamal Attartuk, Peperangan Agama di Chechnya, Peristiwa Hitam Shabra Shatila, Pembunuhan Wilayah Takbai, aktivis-aktivis agama, muslim-kristian debate dan apa entah lagi. (aku ingat kronologi dia lagi, siap cerita2 dekat orang)

Berbeza dengan sekarang, satu buku pun tak habiskan. Aku try berjinak-jinak membaca novel versi Indonesia "Kalam Cinta Dari Tuhan". 3 page-tidur-10pages-tidur-13pages-tidur lagi-then give up. Ubat tidur aku barangkali. Novel Halovate yang wordsnya sangat mengagumkan pun, aku belum habis even teruja gila. Maybe 3 chapter dah, sejak awal tahun hari tu. Dan penyakit malas ini didetect sejak aku berada di menengah atas. hahaaa..

Banyak bercakap mungkin telah melunturkan minat aku yang satu ni. Dan kemajuan semua jenis laman sosial menyebabkan kurangnya kualiti ilmu melalui gaya pembacaan manual [pegang di tangan..haha] - semuanya bersifat klik dan baca di hadapan mata. Tak salah..cuma jika dapat stay dalam jangka masa yang lama, agak teruja juga aku! --->aku biasanya tak bertahan!

Pointnya, dahulu aku boleh memanipulasi kerana aku seorang penonton. Sekarang aku dimanipulasi kerana aku seorang pelakon layar yang ditonton.

Dan bukan semua post aku bermanipulasi oleh sebab minatkan sarcastic. Bukannya elok sangat pun bersarcasm ni. Enemy melimpah ruah..Aku cuba mengelakkan sarcastic yang overload kerana setiap manipulation aku biasanya berunsur begitu.

Cik penulis: Jadi setiap apa yang ilmu sejarah yang cik penulis tahu, dan nampak macam tahu serba sedikit tu, sebenarnya itu adalah kesan lampau 5 hingga 7 tahun lalu yang hampir nak padam memorinya.

wassalam dan jumpa lagi entah bila :D



2 comments:

Primadona said...

Haahaa..

same goes with me.Zaman kecik2 je minat nak baca buku.Kalau Hlovate plk memang dah khatam.Sampai ulang balik baca.Semangat je habiskan buku dia tu.Lepas tu bosan tak tahu nak buat apa dah..haha

nurus said...

ziza:

haha..kira okey lagi ziza sebab ada juga benda yang habis dari yang tak habis-habis. tapi bila habis bace, konfem takkan ulang dah even bosan..haha