Thursday, August 11, 2011

Cik Penulis dan Cerita Umar

Salam ramadhan untuk fasa yang kedua

Okey, aku dah habiskan membaca buku Dua Sisi Umar Bin Khattab karya Hepi Andi Baston. Teruja dengan diri sendiri.. haha even muka surat dia cumalah 130++ suku dari novel alaf 21. Dan pada yang dah baca, toksah la buat mimik muka kat aku sangat. Gembira kot. Timeline aku baca: sangatlah slow. baca-tidoo-fb-twit-fb-tido-twit-baca balik..seminggu baru habis [ke lebih] hahaha

Dedication: Thanks to nuraiman sebab bagi cik penulis pinjam bukunya. Buku tu okey lagi. haha. Isinya aku tak menambah pun. takda apa-apa aku lakar. Baca pula dengan penuh kasih sayang sampai ngantuk sikit-sikit.huaa. Biasa la tu, benda ilmu :D

Banyak point yang aku dapat bila baca cerita ni dan sebenarnya bukanlah cerita pasal Umar je. Banyak juga kisah sahabat yang lain. Pembawakan stories tak terlalu detail. Tetapi dia boleh jadi batu loncatan pada para pembaca untuk search sesuatu cerita dengan lebih dalam. Pendek kata, gaya dia cerita 'atas surface' je la.



Dan apabila kurang perinciannya, aku pun ada la soalan-soalan. Aku dah try tanya dekat satu laman web ustaz ni, tapi dia tak balas pun. Kecewa aku dan tahan segan-hohoo.

Soalan 1: Dalam buku ada menyebut yang isteri Rasulullah atau anak S.Umar, Hafsah dilahirkan pada 5tahun sebelum kedatangan Islam. So kenapa beliau tidak dibunuh memandangkan Umar sendiri pernah membunuh anak perempuannya pada zaman Jahiliyah.

Soalan 2: Berapa mas kahwin S.Khadijah? Penulis tersebut [bukan cik penulis] mengatakan mas kahwin S.Khadijah dgn Nabi sebanyak 20 ekor unta. Oh! banyak tu.. Jadi adakah menjadi sunnah jika mas kahwin untuk perempuan mahal.

Point lain: Imam Syafie sendiri yang ke Baghdad untuk bertemu dengan Imam Muhamad tidak melakukan doa qunut, bagi menghormati perbezaan mazhab di sana. Kawan aku tasnem kata imam sudais pun masa datang Malaysia, macam janggal baca Bismillah permulaan surah. padahal kat sana, takde pun baca Bismillah. Inilah yang dikatakan berlapang dada dengan perbezaan pendapat. Tapi bukan la tukar completely mazhab lain.

Contohnya: kita ke Mesir solat subuh di Masjid. Imam tak baca Qunut dan terus sujud. Yang kita ni dah gelabah dah, nanak gak baca qunut. Lastnya, imam dah tahyat akhir kita baru nak sujud.---->takleh la ork. [tu contoh paling simple terlintas-hehee]

Aku dah tengok dah penulis ni takde kaitan ngan syiah bagai.

Sebab dulu masa form 3, aku pernah baca buku macam kondem para sahabat. Teruk dia diffrentiatekan.Nasib baik, aku macam ada doubt dan rasa curious tu Allah campakkan dalam hati. kalau tak, aishh. Lepas-lepas tu kan, aku terus tak caye publishing company tu. Aku terlupa la pulak nama author dia padahal yang tu lagi penting. Tapi syarikat pun penyumbang juga dalam publish buku tu, diorang yang check, edit, sunting, reka bentuk buku bagai..Dan seriously penerbit tu punya cover memang lawaaa kot. huaaa..sedih aku X_x takmau baca dah buku dia.

Berbalik-banyak lagi point dia sebenarnya. Dan satu lagi, penulisnya Indonesia, so banyaklah dia muhasabah tentang politik sana. Takde bezanya dengan Malaysia, corrupt sana sini.

Dan tajuk tu aku tak reti mana buat sebenarnya.hahaa
Dan soalan aku tu siapa tahu, boleh share dan tolong jawab =.=

Cik penulis: Hoho.Kalau orang kedah panggil umar jadi umaqq - bakar jadi bakaqq (qalqalah penting untuk utarian atau peminat utarian..ha3)

Wsalam dan jumpa lagi :)

No comments: