Wednesday, August 24, 2011
Thursday, August 18, 2011
Nasib tak kena tikam
Al kisah bermula dua tiga hari lepas, aku pergi ke City Star. Citu Star tu ibarat pusat beli belah yang tiada tandingan di Egypt kononnye. Aku ke sana men'survey' harga bagasi kotak untuk kawan di samping teman kawan aku yang sorang lagi membeli bateri handphone Sonynya even takdapat pun. Siap menjamu-mata dan beli-belah, kitorg balik.
Gambar ni aku google2kan-
Kenape pic ni macam style semacam? ke memang mcm ni =.=
Yang perjalanan balik ni la aku nak story sikit, aku dan mer [ini nama ala2 singkatan pada amira] bergendengan untuk pulang ke rumah. Kami menaiki teksi. Muda lagi drivernya, taksampai hati rasanya panggil pakcik. hahaa. Macam biasalah, teksi bergerak dari siratalmustaqim [jalan lurus] keluar dari corner.
Dalam masa yang sama, sebuah kereta elegan ini pun baru nak keluar dari sisi jalan. Terbrek lah kedua-dua kereta. Maka pakcik kereta elegan ni kata something yang aku dan kawan aku pun tak sedar apa dia kata [takpaham sebenarnya]. Abang teksi ni pun apa lagi, terus berenti kereta. Marah3. omai~
Tapi yang bagus dia siap tutup enjin lagi-so, meter teksi tak naik [fikir sebelum lawan] hehe.. Gaduh punya gaduh plus bertumbuk, abang teksi tu dah sampai berdarah kat muka. Dia pun nak juga cederakan pakcik tu.
Keluarkan screw driver ke ape ntah [KHB aku dulu cukup2 makan je]. Panjang dia dalam selengan la jugak. Mak aihh.. kitorang dah cuak dah. Aku terus mengucap memandangkan aku yang duduk di center penumpang belakang. Kalau jadi apa-apa aku mati dulu. Manalah tau, tetiba nak marah lagi, terus tikam masa drive nanti. Takut gila
Ada tak ah, orang gaduh, tiba2 berlubang kaki.hahaa
Selepas ditenangkan ramai orang yang lalu-lalang ke sana [serius ramai yang leraikan]. Abang tu meneruskan perjalanan. Muka bengis gila [aku tengok dari cermin tengah sikit2]. Dan sepatutnya kitorg ade je jalan dekat sikit nak sampai rumah, takut punya pasal,ikut je dia bawak ikut jalan mana pun. Asal sampai. Suara memang dah takdak kot.
Arab memang macam ni. Gaduh je lebih. dendamnya takada.
Melayu memang macam ni. Gaduh dalam hati atau bermulut-mulut dengan jiran sebelah, dendam sebelas keturunan.
Sepatutnya aku kena gerak tolong-tolong buat iftor jamaie dah.apesal tak berangkat-rangkat lagi?
Cik penulis:Alhamdulillah masih hidup untuk menulis benda ni. keh3
Thursday, August 11, 2011
Cik Penulis dan Cerita Umar
Salam ramadhan untuk fasa yang kedua
Okey, aku dah habiskan membaca buku Dua Sisi Umar Bin Khattab karya Hepi Andi Baston. Teruja dengan diri sendiri.. haha even muka surat dia cumalah 130++ suku dari novel alaf 21. Dan pada yang dah baca, toksah la buat mimik muka kat aku sangat. Gembira kot. Timeline aku baca: sangatlah slow. baca-tidoo-fb-twit-fb-tido-twit-baca balik..seminggu baru habis [ke lebih] hahaha
Dedication: Thanks to nuraiman sebab bagi cik penulis pinjam bukunya. Buku tu okey lagi. haha. Isinya aku tak menambah pun. takda apa-apa aku lakar. Baca pula dengan penuh kasih sayang sampai ngantuk sikit-sikit.huaa. Biasa la tu, benda ilmu :D
Banyak point yang aku dapat bila baca cerita ni dan sebenarnya bukanlah cerita pasal Umar je. Banyak juga kisah sahabat yang lain. Pembawakan stories tak terlalu detail. Tetapi dia boleh jadi batu loncatan pada para pembaca untuk search sesuatu cerita dengan lebih dalam. Pendek kata, gaya dia cerita 'atas surface' je la.
Dan apabila kurang perinciannya, aku pun ada la soalan-soalan. Aku dah try tanya dekat satu laman web ustaz ni, tapi dia tak balas pun. Kecewa aku dan tahan segan-hohoo.
Soalan 1: Dalam buku ada menyebut yang isteri Rasulullah atau anak S.Umar, Hafsah dilahirkan pada 5tahun sebelum kedatangan Islam. So kenapa beliau tidak dibunuh memandangkan Umar sendiri pernah membunuh anak perempuannya pada zaman Jahiliyah.
Soalan 2: Berapa mas kahwin S.Khadijah? Penulis tersebut [bukan cik penulis] mengatakan mas kahwin S.Khadijah dgn Nabi sebanyak 20 ekor unta. Oh! banyak tu.. Jadi adakah menjadi sunnah jika mas kahwin untuk perempuan mahal.
Point lain: Imam Syafie sendiri yang ke Baghdad untuk bertemu dengan Imam Muhamad tidak melakukan doa qunut, bagi menghormati perbezaan mazhab di sana. Kawan aku tasnem kata imam sudais pun masa datang Malaysia, macam janggal baca Bismillah permulaan surah. padahal kat sana, takde pun baca Bismillah. Inilah yang dikatakan berlapang dada dengan perbezaan pendapat. Tapi bukan la tukar completely mazhab lain.
Contohnya: kita ke Mesir solat subuh di Masjid. Imam tak baca Qunut dan terus sujud. Yang kita ni dah gelabah dah, nanak gak baca qunut. Lastnya, imam dah tahyat akhir kita baru nak sujud.---->takleh la ork. [tu contoh paling simple terlintas-hehee]
Aku dah tengok dah penulis ni takde kaitan ngan syiah bagai.
Sebab dulu masa form 3, aku pernah baca buku macam kondem para sahabat. Teruk dia diffrentiatekan.Nasib baik, aku macam ada doubt dan rasa curious tu Allah campakkan dalam hati. kalau tak, aishh. Lepas-lepas tu kan, aku terus tak caye publishing company tu. Aku terlupa la pulak nama author dia padahal yang tu lagi penting. Tapi syarikat pun penyumbang juga dalam publish buku tu, diorang yang check, edit, sunting, reka bentuk buku bagai..Dan seriously penerbit tu punya cover memang lawaaa kot. huaaa..sedih aku X_x takmau baca dah buku dia.
Berbalik-banyak lagi point dia sebenarnya. Dan satu lagi, penulisnya Indonesia, so banyaklah dia muhasabah tentang politik sana. Takde bezanya dengan Malaysia, corrupt sana sini.
Dan tajuk tu aku tak reti mana buat sebenarnya.hahaa
Dan soalan aku tu siapa tahu, boleh share dan tolong jawab =.=
Cik penulis: Hoho.Kalau orang kedah panggil umar jadi umaqq - bakar jadi bakaqq (qalqalah penting untuk utarian atau peminat utarian..ha3)
Wsalam dan jumpa lagi :)
Friday, August 5, 2011
Manipulasi Penonton
Kenapa manipulasi dipilih? Dulu selalu juga aku memanipulasi persekitaran, sekarang aku kurang berbuat demikian. Bukan kurang gemar tapi kurang daya fikiran, atau kekurangan glucose dalam otak untuk me-interpretkan Intelligence Quotient.
Aku akan cuba berfikir dari semasa ke semasa. Dan asas yang paling penting adalah membaca. Ini main factor kenapa aku kurang memanipulasi. Untuk manipulate persekitaran, harus juga berhubungkait dengan sumber bacaan. Hobi yang teroleng-oleng entah ke mana.
Aku still ingat, masa darjah 5 atau darjah 6, aku sudah start membaca bahan bacaan seperti perjuangan nabi dan para sahabat, cerita dalam AlQuran, siri pengembaraan Hadi yang dipinjam dari library dua kali per minggu dan tak lupa juga novel-novel versi tebal punya.hehe.. Bersungguh bawak balik novel dan baca sorok-sorok dalam beg, takut juga kalau kena marah sebab UPSR just around the corner..
Zaman menengah bawah, aku mula berjinak dengan buku sejarah seperti buku Sejarah Kamal Attartuk, Peperangan Agama di Chechnya, Peristiwa Hitam Shabra Shatila, Pembunuhan Wilayah Takbai, aktivis-aktivis agama, muslim-kristian debate dan apa entah lagi. (aku ingat kronologi dia lagi, siap cerita2 dekat orang)
Berbeza dengan sekarang, satu buku pun tak habiskan. Aku try berjinak-jinak membaca novel versi Indonesia "Kalam Cinta Dari Tuhan". 3 page-tidur-10pages-tidur-13pages-tidur lagi-then give up. Ubat tidur aku barangkali. Novel Halovate yang wordsnya sangat mengagumkan pun, aku belum habis even teruja gila. Maybe 3 chapter dah, sejak awal tahun hari tu. Dan penyakit malas ini didetect sejak aku berada di menengah atas. hahaaa..
Banyak bercakap mungkin telah melunturkan minat aku yang satu ni. Dan kemajuan semua jenis laman sosial menyebabkan kurangnya kualiti ilmu melalui gaya pembacaan manual [pegang di tangan..haha] - semuanya bersifat klik dan baca di hadapan mata. Tak salah..cuma jika dapat stay dalam jangka masa yang lama, agak teruja juga aku! --->aku biasanya tak bertahan!
Pointnya, dahulu aku boleh memanipulasi kerana aku seorang penonton. Sekarang aku dimanipulasi kerana aku seorang pelakon layar yang ditonton.
Dan bukan semua post aku bermanipulasi oleh sebab minatkan sarcastic. Bukannya elok sangat pun bersarcasm ni. Enemy melimpah ruah..Aku cuba mengelakkan sarcastic yang overload kerana setiap manipulation aku biasanya berunsur begitu.
Cik penulis: Jadi setiap apa yang ilmu sejarah yang cik penulis tahu, dan nampak macam tahu serba sedikit tu, sebenarnya itu adalah kesan lampau 5 hingga 7 tahun lalu yang hampir nak padam memorinya.
wassalam dan jumpa lagi entah bila :D
Wednesday, August 3, 2011
Puisi Ramadhan
Ramadhan menjadi kayu ukur
Baiknya hidup kita bergelar sang manusia
Kerana syaitan laknatullah telah dipenjara
Kini bebaslah aku dari pujuk rayu yang hina
Hanya nafsu bermaharajalela
Jika bermaksiat juga
Haruskah kita menggeleng cuma
Tiada halangan kita berbaikk
Kerana inilah Ramadhan Almubarak
Juga bulan menifestasi pada si fakir
Bukan cubaan mengawal nafsu makan semata
Pabila maghrib, pertandingan bermula
makan hingga tak ingat dunia
sampaikan terawih
masih mampu berkhayal
Aku pasti,
Semua mampu berubah
Jika madrasah ini dianjal sebaiknya
Menjadi muslim yang bertarbiyyah
Amin Ya Rabb
-from tanpa nama atau anonymous-
Cik penulis: Salam Ramadhan semua dan semoga rajin menambahkan pahala-ramadhan karem- :D
Subscribe to:
Posts (Atom)