Wahaha.dah lama tak bukak blog. Bukak je tapi klipoq-klipoq tutup balik. Ha ni aku nak cakap pasal bas ekspress. Walaupun dia tak berape ade kena mengena dengan hidup aku yang sekarang ni. Cakap pasal bas ekspress, of course la di Malaysia. Sini tak de bas ekspress. Yg ada cuma bas lima-puluh sen yang best dan tour bus.
Aku masa zaman sekolah,asal balik cuti kena naik bas ekspress sbbnya rumah aku jauh dgn sekolah. Siap merentasi Banjaran Titiwangsa bagai. Kedah-Terengganu. Flight tu lain cerita la,airport takdak kat sg petani -kalau ada belakang rumah, setiap minggu aku balik-
Okey.Dalam banyak2 bas yang ada,bas kegemaran aku adalah Cepat Ekspress.haha. Betapa namanya tak berapa sesuai dengan sifatnya.
Erk...bas ni laju je, cuma tak on-time. Kita punya lah berkejaran ke stesyen bas.Tunggu punya tunggu,satu jam kemudian baru sampai. Haa..masa tu la dia bawak sangat laju mcm roller coaster,tambah2 di kwsn bukit-bukau. Supaya sampainya pada masa yang ditetapkan.
Hmm..cakap pasal bukit bukau,gunung ganang ni, biasanya kalau kita selalu tengok benda tu, kita akan 'cam' pokok2 tu dimana walaupun kita berada di hutan yg banyak pokok. Camtu la jugak dengan aku. Tengok hutan yang ada pokok style mcm gini, ouh,ini dah nak sampai Kelantan.Ini nak sampai puncak. jemu? xpon,suka aje~ Btw,aku balik 2 bulan sekali, tu pon tak pasti lagi. Buatnya mak aku nak melancong di kelantan terengganu, tak balik la aku satu sem.
Scene1:Korang pernah naik bas tecabut gear tak? Agak pelik jugak, mcmana boleh cabut, benda tu bukan external hard disk,boleh main cabut,masuk,cabut,masuk. Terpaksa tukar bas lain, bas yang datang dari arah penang. Jalannya sama juga. Bila fikir balik,aku rasa mcm ?_?
Scene 2: Ni yang agak best dan aku salute la dengan pakcik2 drebar tu. Masa selepas beberapa minit mula perjalanan, ass drebar cakap,"ok boleh tutup lampu! Line clear!''
Aku mesti la tak paham, ayat dia tergantung. Lepas tu aku dengar la diorang bebel2.
"Aku paling pantang laaa ada kapel2 duduk skali. Depa ingat ni bas pak depa ka. Aku yang bawak. Mati angkut ngn aku2 sekali.'' dan sebagainya. Sambung bebel.
Hoho. Baru aku tau. Pakcik bas pun menyampah. So,jangan la kita anggap kita ni terlalu sweeeet duduk sekali,banyak ooh aku pernah tengok,macam di pawagam.-tadi tu masa zaman aku form 4 sbb dia tanya result PMR-huhu
Scene 3-Masa nak balik raya haji dari Terengganu ke Kedah, aku balik malam raya. Tiket habis. Sedih ouh.. Bas siap pasang lagu raya. Tempat duduk aku dan adik aku ada orang ambil. Kitorg duduk tempat budak laki. Budak laki tu terpaksa duduk di bedroom drebar.Masa tu kitorg naik angin gila la, couple tu punya pasal, kesian dak laki.
Apa lagi, sindir-menyindir la kami. Sampai last sekali, lelaki couple tu cakap,
"Dah2 la tu, esok raya. Mintak2 maaf la'',kuat2 okey.
Kami diam kejap, sindir balik. Biasa la budak-budak kecik emosi.
Scene 4-Selalunya sebelum naik bas, ayah aku ade cakap, "Nanti cakap kat pakcik bas tu berhenti solat subuh, jangan tinggal".
Aku pon,''ok. tapi abah cakap la dulu sekarang ni.Dia bukannya nak dengar sangat budak2 cakap.". Cewah,padahal dia dengar je.
So,ayah aku pon cakap kan.Bila dah sampai waktu,driver tu berhenti la solat subuh. Terima kasih kat ayah aku sebab ingatkan pakcik bas supaya anak dia boleh solat subuh.
Aku assume
dorg ni ada yang jenis tak payah suruh-suruh
memang dah tau kewajipan solat.
Ada yang kena suruh,baru termalu sendiri.
Ada yang buat taktau je
mungkin dia yang jenis menepati masa
solat ni kira boleh la buat dekat rumah,
jamakkan semua sekali-subuh zohor asar maghrib isyak.
*sekali harung*
Apa2 pun paling best, bas ekspress tu berhenti betul2 depan pintu pagar sekolah.wahh best gila! Tak payah dah ambik kereta sewa. Pakcik tu dah kenal kot budak sekolah aku. Pakai baju putih kain maroon, mesti sekolah depan pantai tu. Takpon baju batik kaler hijau. *tapi..pakcik tu jela yang kenal,pakcik2 lain mana kenal ^_^*
Aku nak je cakap kat dia "Masukla dalam pagar sekali, sampai depan asrama. takyah tarik2 beg dah.Simpan je terus dalam locker".-----> sila bersyukur nurus.
Kenapa naik Cepat Ekspress? Bas lain berlambak lagi?
Sebabnya tak ada bas yang lain selain dari cepat ekspress yang berjalan dari dungun direct ke sg petani. Biasanya bas Atieza, bas Mutiara, diorg mula dari kuala teerengganu. Agak renyah di situ kalau terpaksa naik bas lain dulu untuk ke k.Trg.
Dan..Ada dua jenis style lampu bas Cepat Ekspress. Satu, lampu yang macam biasa, pendaflour. Satu lagi, lampu merah. Aku agak tak berkenan dengan lampu tersebut,sakit mata. Macam disco.
Tak synchronized la ayat aku, sebab tu aku buat scene-scene.
Cik penulis: Sampai tertidur tengok Merong Mahawangsa.
6 comments:
merong tu bukan hari tu ke kau tgk???
memang pon.tak sempat habis.fana ngan neem habiskan
dah tu,apa kena mengena post hari neh dgn merong yg kau kelmarin dulu2??haha
haha.xda kena mengena pon dengan pendrive yg baru aku ambik untuk crite khurafat tu.itu bab lain.hua3
bila masa pulak buat post ni.. tup2 bru perasan ada...haha. nak share! :)
syok gila ouh!
hahaha..pasal kita2.hehehe
Post a Comment