Perlukah saya ketakutan? Mungkin juga. Kerana saya orang luar. Tapi rasa-rasanya kalau orang tahu saya orang Melayu mereka tidak akan apa-apakan. Bukankah orang Melayu terkenal dengan kebaikan. Kena titik banyak kali pun orang Melayu tak berkutik.
Tapi kalau melihat dari foto-foto di atas, yang berkampung di Medan Tahrir itu orang baik-baik belaka. Makan minum kongsi bersama walau apa pun agama. Solat pun bersama. Tentu saya dapat kawan baharu. Sambil-sambil menunggu masa untuk protes lagi saya akan tulis puisi. Dan paling penting saya mencipta sejarah bersama-sama rakyat Mesir, bergotong royong mahu menjatuhkan kerajaan yang zalim.
Itu kalau saya ada di sanalah. Tetapi, pelajar Malaysia yang berpusu-pusu pulang tentu tidak sependapat dengan saya. Cara untukdemonized Faisal Tehrani tak susah mana, standard satu dunia, katakan sahaja: 'Argh dia Syiah, memang suka cari masalah.'
http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/02/kalau-saya-di-mesir-apa-yang-akan-saya.html
________________________________________________________________
Honestly,saya agak terkesan dengan artikel di atas.Ya,setiap orang berbeza pendapat,berbeza pengalaman,berbeza kematangan. Mungkinlah naluri seorang pengarang ingin untuk menetap di sana. Begitu juga dengan naluri seorang doktor dan para ilmuan agama (bukan semua). Tak perlulah untuk membezakan keberanian. Kebenaran di sini,protester memang baik.Setiap kali waktu solat, mereka berjemaah di sana.Makan pon ramai2 mcm yang dikatakan pengarang diatas, dan ada yang menginfakkan makanan untuk diberi kepada protester2 yg sedang giat merusuh.
Sebenarnya aku xnak pon buat post tentang turmoil2 ni.but sepertiyang dinyatakan aku agak la terkesan sebab 1)aku rasa seperti coward after membaca
2)kami student2 mesir mempunyai tanggapan negatif dengan keganasan mereka walaupun mereka sangat baik
3)asal susah je,balik negara sendiri
So,aku nak ceritakan macamana masyarakat di sekeliling rumah aku(dn kawan2 aku) dan jiran tetangga(yg arab la) yang sangat2 baik. Menjaga kawasan rumah masing2,bawak kayu, parang,dll.Keliling rumah setiap malam...alaaa mcm jkkk.betapa mereka bekerjasama dengan pihak tentera, dari perompak dan penjenayah yang mgambil kesempatan atas chaos2 yg terjadi.
Ade jugak yg melarang kami keluar rumah mase waktu2 kemuncak (hari jumaat, sabtu yg first2 tu).Kalau nak keluar pon,diorg nasihatkan balik sebelum perintah berkurung.Tak dinafikan memang diorang baik, tak ganggu pelajar malaysia dan sebagainya. Yang dikatakan bahaya ialah apabila penjenayah mengambil kesempatan atas pergolakan.Ada juga yang mula mengganggu bas tourist untuk mendapatkn perhatian pihak goverment. Tidak kurang yang terkena peluru sesat dan sebagainya.
Cik penulis sendiri pon sebenarnya teragak-agak nak balik. Honestly,memang xnak balik pon.bersemangat sama2 nak berjuang untuk revolusi mesir.yelah,mana tau tetiba anak cucu tanya,boleh la cerita pengalaman kita duduk sana berjuang out from dictation(vocab baru aku),join MRA dan sebagainya.Tapi bila mak suruh balik,kawan2 ramai yang nak balik, tiket flight pon free(hehhe).nak taknak,ramai yang balik.
Pointnye:
**ade je yang sebenarnye taknak balik,tapi ter'balik' juga. dan ada juga yang nak balik,tapi tak terbalik.dan ada yang nak balik, memang balik betul2 dan sebaliknya.
**memang protester baik2, yang xbaik orang ambik kesempatan (banduan terlepas dll)
**balik tak bermakna takut bersama2 dalam kesusahan
**xkiralah syiah ke,sunni ke,wahabi ke...takkan menimbulkan masalah.
Risiko besar yang dihadapi oleh seorang penulis adalah penulisannya yang berbeza dari pendapat ramai. Risiko cik penulis sendiri adalah mengganggu penulisan hebat beliau. (bukan kritik sgt pon..kn?) cerite panjang bebenor kalau ditulis.hehe -
Maaf encik,saya selalu je bace tulisan encik sbb tu saye komen. Kalau x bace,saya x komen **peace**
cik penulis: waaa..tension dengan shoutbox sebelah tu!! nak berfungsi ke xnak?
4 comments:
lain org lain pendapat
ye betul~aku betulkn tanggapan~
oh baru aku phm
ap yg kau nk ckp tadi ;D
apa2 pun btol oh
niat kita di sana nk belajar
kalau mati pun mati syahid inshaAllah
alhamdulillah..pak raji dapat paham...hehe
xsia2 aku tulis
Post a Comment