Wednesday, July 21, 2010

Camping 4days 3nights

Bismillahirrahmanirrahim..


Kabare?moga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah..aku cuma nak berkongsi pengalaman best aku ke ra'su sidr (berhampiran suez) pd 15-18 julai.Antara faktanya..200km dari bandar cairo.perjalanan lebih kurang 2-3 jam dengan pemandangan padang pasir yang sama rata dan jalan yang lurus (sirotol mustaqim).of course..RED SEA.

Di sana,kitorg mmg telah diberi group masing2 mengikut negara (aku philiphine).so,sebelum sampai sana,kitorg dah kene prepare ttg semua culture,religion,food,custom,etc..
bagaimana sejarah islam di Filipina, bagaimana sehingga sekarang bangsamoro bersusah payah membela nasib umat islam di sana,ditentang oleh pihak2 berkuasa dan mcm2 lagi. Baru aku sedar yang masalah umat Islam berada di mana2 negara bukan setakat di Palestin mahupun Malaysia saje.

mase hari first,aktiviti game di pantai lebih kurang pukul 4-7 petang~untuk pengetahuan,ini adalah musim panas dgn suhu yang melampau esp di kwsn pantai sehingga terasa pijak kuali(sbb pasir panas sgt)~wawawa,aku xtahan..rase mcm minah saleh tengah berjemur..huhu

Antara aktiviti2-rounders:bayangkan dok rounders atas pasir..mane la aku balik x sakit tendon, muscle ape semua.tapi ok je sebab group kitorg menang 10-1 vs Greece.Terbaik!!

Game Blanket Chak!!(hehe name punye la sedap)..semua peserta dibahagi kpd 2 kumpulan.satu kumpulan sediakan 10 orang model untuk disolek dan digubah supaya x dikenali pihak lawan dan aku salah sorang model tersebut even aku sedar masih belum cukup ketinggian untuk menjadi model..(untuk aku je:ketinggian x diutamakan~kecomelan cukup kott)
bahan yang diberi of course,alat makeup and tepung..habis disental semua benda2 tu kat muka..bile tepung bercampur air,rase mcm buat cucoq atas muka..xde pemenang..saje main seronok2

Slot pengisian pula,menceritakan sejarah Saifudin Qutuz,seorang pahlawan dalam peperangan Ain Jalut (nk tau lebih lanjut >sila google),sejarah latar belakang negara masing2 means negara aku filipina,ade India, ade Jepun ,Turki, Ukraine dll (9negara)

Malam kebudayaan: malam terakhir kitorang di sana..wahaha,satu2nye bahagian yang kitorang dapat #no1..pelakon terbaik.Cerita kami mengisahkan para pendidik dan daie filipina yang menjadi target utama President Marcos(btw:bukan yg bola sepak tu) untuk dibunuh.Otak dan darah manusia menjadi santapan utama..mase semangat jihad disampaikan,sejarah negara diceritakan dalam kelas,mereka diserang. Seorang budak terselamat dr ditembak dan beliau menjadi saksi kekejaman para penentang Islam akhirnya berikrar membela kematian cikgu2 dan rakan2nya.

Aku,seperti biasa dapat watak stereotaip dari dulu hingga kini mungkin selamanya(kalau awet mude)..nak suruh jadi penjahat,muka baik..nak suruh jadi cekgu,ramai lagi yang lebih tinggi untuk dijadikan cekgu..aku antara 3 orang murid tu..kitorang kene tunjuk culture,tarian filiphine,custom,pakaian,kne nyanyi lagu kebangsaan..miming mulut je dengan penuh bersemangat~baru nmpak ade gaye=D(x dan hafal..ayat berbelit)

macam2 lagi la program:BBQ,suri sinki,tadabbur alam,choral speaking,persembahan nasyid/lagu,treasure hunt itu ini,mandi laut tiap2 hari..actually aku x brape suke,sbb berpasir, tapi ok je>best

Dalam group aku,aku sorang je 19 tahun.yang lain lagi tua.hoho..tiba2 dapat jadi adik..best la jugak, xyah masak sangat(setakat ambik barang dlm peti then pass kat diorg je), tapi suke lagi bile dapat jadi kakak (perlunya kuasa veto kepadaku)

hmm, kalau ditanya,apekah yang paling menyentuh hati?

1-tadabur alam,lebih kurang macam muhasabah diri jugak la..(lepas bersuka ria) sbb tu sedih

2-lakonan dari fasi pasal NATRAH..yup memang dah lame aku nak bace cerita ni..tapi bila semakin lama aku pending,aku pon dah tak ingat.kalau ingat ,aku malas but still curious~ thumbs up to them sbb memudahkan aku dan mengingatkan aku untuk baca secara detail..Lakonan sangat mantap bagaimana Natrah berusaha memperjuangkan Agama Islam yang dianutinya walaupun telah dipaksa ayahnya untuk hidup sbg seorg Kristian..

Ni antara aktiviti yang aku highlight je..banyak lagi>>walaupun semua input kita x dapat terima sepenuhnya disbbkan keletihan mental dan fizikal,sekurang-kurangnya bende tu jadi perintis kita untuk terus mencari dan mengkaji sejarah islam esok2 nih.Katakan YA kepada sejarah=D

over all,aku gembira dengan semuanya>>
YANG BAIK JADIKAN TELADAN,YANG BURUK KITA TINGGALKAN..lupakan KJ
paling penting nilai ukhuwah yang terjalin diharap akan terus berkekalan esp dgn group "taong hindi kilala" dan 2 orang akak singapore(even diorg x bace)
haa!!aku jumpe sorang kawan aku Tiqah Dollah,ex-imtiaz ..beliau dan aku sangat2 teruja apabila bertemu (tambah2 beliau, apabila jumpe ngan aku~hepi semacam je=P)

Ke mana-mana,picture haruslah berkualiti,so aku tunggu pic HQ punye.takleh la nak kongsi lagi

cik penulis: satgi ade je yang kata aku ISMA..dan sudah ade yang meraguiku ^_^
political view cik penulis adalah rahsia^_<
wsalam..



4 comments:

Raji and Yeen said...

sian gk kt org Pinoy yg beragama Islam kt sne.. dh merdeka pun negara depa cmtuh lgik
paper pun cmbest jer xtiviti kau nih
blakon tuh sume kt padang pasir ker? XD
kau xmndi ke kt air Laut merah tuh?
org ckp leh trapung =.=

ps: err kau pgi situ nek unta kt gmbar kau tu ke?

nurus said...

besala merdeka mcm negara kita jugak..
main kat pantai..pantai of course berpasir,mane ade marmar^_^

ha ah,mandi-manda di red sea.
red sea ngan dead sea lain
dkt red sea,aku float sendiri je~

haa,,tu la unta belaan aku..aku mmg nak bg kat ko pon,kalau kau nak la~

aishzzan said...

nati kalo g mesir nurus kne bwk shah jalan2 tau..huhu~

nurus said...

orait shah...tapi bilanya nak mai??
tunggu punya la lama