Sunday, January 13, 2013

Usrah Laksa

Mood: santai

Haritu masa tengah makan, tiba-tiba abah bukak cerita pasal meeting Pemuda Pas cawangan taman kami. Seorang pakcik tua ni, dulunya seorang yang kuat piang UMNO. Dan alhamdulillah Allah buka hatinya nak masuk PAS. Daripada UMNO qawiy terus jadi PAS qawiy. Kira macam hardcore lah pakcik ni. Sedang duduk berbincang dan bermesyorat agenda apa nak buat minggu depan, seorang pemuda bersuara,

"Ana cadangkan kita buat usrah lah nanti. Ok jugak"

Tiba-tiba pakcik tu kata dengan bersemangat "Apa pulak dok buat usrah-usrah ni...payah! Kita buat laksa sudah la, senang sikit"

Dan tiba-tiba jugak, bapa aku gelak kuat. Aku ni takmau pun ketawa sebenarnya. Tapi terpaksa gelak berjemaah juga.

Cik penulis: Ok itu je xD

1 comment:

Cahaya mencari said...

pkcik tu suke laksa lah tu.. hahaha .. :D