Tuesday, February 7, 2012

Cairo Bookfair 2012

Semalam aku pergi mengushar-ushar Pesta Buku. Bookfair ini sebenarnya dah lama buka, cuma aku yang tak terexcite nak pergi [ada hal.hehe] So alang-alang keesokan diorang nak bungkus buku, aku pun pergilah sehari sebelumnya.

Memang besar dan actually memang tak cukup satu hari jika nak jelajah gedung ilmu macam ni. Aku mulakan dengan booth yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Sampai longgar segala tendon tapi still belum dapat apa. Hehe.

Antara buku yang aku ushar2 dan berminat:
-Others Colour
-I saw Ramallah
-Sharon's Daughter and Mother In Law
-Egypt and Sudan
-Rubaiyat Omar Khayyam
-Seketul buku International Pharmacology 7th Edition (buku belajar)

Sumpah satu hape pun aku tak beli. Letak semula pada abang kaunter dan keluar. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe mahal. Takut busy tak baca kononnya. Tak faham. etc. Alasan baik punya~ :3

Ada setempat yang dibundlekan segala buku selepas first hand.
I wonder 5th above-hand. Yang lama gila.
Harga sebuah buku dalam 1-5 pound sahaja. Murahkan.

Sebenarnya aku sedang mencari buku International Pathology by Harsh Mohan dan Islamic Medicine kalau ada pasal cupping atau honey studies atau acupunture atau adik-beradiknya.

Dan aku tersangatlah jealous dengan budak-budak study agama. Suka hati mereka pilih segala jenis kitab yang sangat-sangat berlambak. Bahasa itu bukanlah masalah mereka. Mereka fluent arabic. Kuasa memilih mereka besar. Veto takluk mereka luas. Tinggal kemahuan.

I just realized "Arabic language is the key point to all knowledge" Jika kita faham kitab-kitab turath, kita boleh faham semua perkataan yang datang dari philosopher, para ilmuwan, hatta saintis barat pun. Mereka hanya mengolah dari original knowledge pada ayat sendiri. Dikembangkan dan dijenamakan dengan nama mereka. Nothing different. [Sila abaikan olahan yang sedikit ini untuk disyarahkan secara serius :P]


Ini Bookfair tahun lepas instead of International yang tak jadi.
Pengubat jiwa lara pencinta ilmu.

Booth buku kegilaan student kita atau foreigners ialah Darussalam. Banyak kitab-kitab yang diangkut oleh student-student kita. Tak kurang yang ingin dalami ilmu agama. At the first place there, they asked.
" Where can I get some books Early Guide in Islamic Life"
So, that's why lah buku semua buku-buku habis. Salah aku juga pergi lewat sangat. Hahaha.



Booth Ahram tumpuan orang ramai geledah buku teks selain kitab arab.
Gambar ini aku google. Sebab itu bukan muka aku terpampang-.-

Sebelum azan maghrib berkumandang, kami telah pun sampai di rumah dalam keadaan penuh loya dan nak termuntah. Muntah tengok buku yang sangat banyak. Semua alami symptom yang sama. Ini bukan alergic buku cuma rambang mata tengok variasi buku. Surely kami pencinta buku=.= Passion dengan buku people says :)

Cik penulis dapat seketul buku tentang cupping. Terima kasih Kak Mai yang tolong ternampak dan belikan :)

3 comments:

نورالحسنى ^_^ said...

kalau offer dan cakap nk pegi ma'rod kutub, mesti kakngah pesan! D:
mesti murahkan kitab2 sana...-,-

nurus said...

Kan klong dah ckp masa kita skype tu.nak gi ma3rad.

Kalau cakap je nama kitab, mesti beli punya.takdelah balik tangan kosong. nampak la sket mcm org busy beli kitab. Kah3

نورالحسنى ^_^ said...

Huhu.. mane perasan. tak offer. ingatkan tak sempat.. takpe lah, tahun depan pulak. dan la cek pon khirij duluuu. hadoi. -,-