Thursday, September 30, 2010

Halal Haram *food*

Bismillahirrahmanirrahim..

Ni,aku just copy paste sahaja.so,kalau ada apa2 yang bercanggah,sila bagitau ye..Untuk agama kita jugak,Kadang2 amal dah banyak,tapi ilmu x pernah la nak berkat~that's why,kita tengok balik gaya pemakanan kita,halal haram makan minum kita supaya tak menjadi darah daging kita seumur hidup. Banyak lagi code halal haram,kalau dikaji *dan atas usaha kita kalau nak mencari dan mengkaji sendiri*


Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnyadisebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii . Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan .
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.

**Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara.

Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal .

Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan diatas .

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ) . La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM . King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Baru tau-hehe----->

cinema pertama di terengganu!!semakin maju ye terengganu,semenjak dua menjak aku pergi nih..


huhu..780 seat.. 80 lebih dari masjid kristal.masjid kristal boleh muatkan 700 jemaah je..=D

cik penulis: tahun lepas bersama mayat 6 jam..tahun ni 9 jam/week...OMG!! Hidupku,makanku,minumku,tidurku..........bersama cadaver**


Thursday, September 23, 2010

Raya dan Lipas

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin

Since sekarang budak2 kuliah aku semua dah sibuk nak pergi ke kelas. Yang berada di malaysia sibuk tanye pasal buku,yuran dll..Yang berada di sini,sibuk dok menjawab pertanyaan orang di malaysia pasal buku,lecture bagai...*korang datang je sini dulu,jangan tanya banyak2 sangat,sbb orang sini pon xtau nak jawab apa (pulak tu mcm aku ni,sibuk mereka jwpn untuk korg=D)*

aku nak berkongsi pengalaman (gambar je) berhari raye.Raye kan sebulan,so,ni kira dalam bulan raya dan aku masih sempat post dekat blog tanpa perlu meminta maaf sebab lambat menulis ape semua.ok!untuk raye pertama lupa ambik gambar makanan*excited sangat kot*



''nasi minyak,''kata tukang masak.ingatkan ni nasi arab sbb
dok plan nak buat nasik arab dah malam tu..disebbkan x cukup bahan dan merenyahkan..that's why dorg tukar resipi pulak ni.Bangun2 pagi dah siap dah nasi ni *sedap*

erk...kalau masih single boleh la buat macam ni..hidang dengan periuk2 sekali..nak makan dalam periuk kuali pon xpe..kalau dah double,xleh sangat la *kot*hehe


instant caramel..boleh didapati dimana2 sahaja kedai runcit yang berdekatan anda.kalau nak lagi murah,pi supermarket *ada la dia nak bagi murah dlm 4-5 sen*


ni raya ke2 punya breakfast~dok ada lagi dalam fridge..aku rasa lah kan...setahun lagi,aku bok keluaq sos tu from fridge ,then alter je


ni ketupat..hehe..yang saya bawak mase tahun lepas dulu*expired dh la*.Kesian la jugak tetamu aku,makan ketupat expired.Bukan ape,aku cuma nak increasekan u all punye immunity.lepas2 ni,kalau u all makan mknn basi ke,roti berkulat ke,perencah expired ke~insyaAllah la~ x akan sakit perut,sebab dah biasa dengan bende2 macam tu*hehe*


rendang buatan cik tah..sedap!! walaupon dah expired jugak..HAHA
untuk pengetahuan ,aku memang suka makan makanan2 expired ni,tambah2 yang dah berzaman dalam peti. rasa2 lah,dah banyak mkanan yang berendam lipas aku pulun..

Sebabnye rumah aku memang ada hubungan diplomatik dengan lipas.Hubungan/rantai hidup ni bukan setakat sesama makhluk sejenis tetapi berlainan jenis juge seprti lipas, lalat, pijat dan sebagainya.As u know,sesebuah negara tidak akan maju jika tiada hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara lain..seperti malaysia-israel.

Biodata lipas:
favourite food:
**tomyam-sampaikan aku saletep*eja salah* keliling2 periuk,xmau bg lipas masuk semata..
favourite activity:
**swimming-mknn ape semua diletakkan dlm dulang yg berisi air untuk prevent lipas2 masuk.But,,alangkah malangnye,diorg mula beramai2 masuk kursus berenang>dengan susah payah,diorg berenang dr hulu ke centre dulang untuk sesuap mknn>argh!! food in danger
**jumping: semua mknn dan peempuan muslim mestilah bertudung right? biasanya,salah satu cara lain kepada lipas2 yang x berjaya mendapat sijil renang akan,naik mengikut tudung saji sehingga ke puncaknya..dan mula menjatuhkan diri ke dalam lauk2...waaah,lipas jahat~sekarang,kitorg dh x guna tudung saji^^

take note kepada rumah2 yang mempunyai lipas genius tahap menggila seperti ini

Terima kasih kepada tukang2 masak.
ada yang suka masak kuih-aisyah
ada yang suka masak lauk-tah
ada yang suka makan*??*

cik penulis: dah pergi mengundi^^