Saturday, August 28, 2010

Ibuku Seorang Pembohong??

Untuk renungan!!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi
itulah yang berlaku. Ibu saya memang
seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya
sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya.
Saya perlu catatkan segala
pembohongan itu untuk dijadikan renungan
anda sekalian..
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.
Saya lahir sebagai seorang anak lelaki
dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum
serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Adakalanya, selama beberapa hari kami
terpaksa makan berlaukkan ikan masin
dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang
masih kecil, saya sering saja merungut.
Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang
banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika
makan, ibu sering membahagikan bahagian
nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi
ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah
nak ibu tak lapar." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih
sering meluangkan watu senggangnya untuk
pergi memancing di tali air berhampiran
rumah. Ibu berharap dari ikan hasil
pancingan itu dapat memberikan sedikit
makanan untuk membesarkan kami
adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu
memasak gulai ikan yang segar dan
mengundang selera. Sewaktu saya memakan
gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan
memakan sisa daging ikan yang masih
menempel di tulang daripada bekas sisa ikan
yang saya makan tadi. Saya sedih melihat
ibu seperti itu.. Hati
saya tersentuh lalu
dengan menggunakan sudu saya memberikan
ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah
nak, ibu tak suka makan ikan." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah
menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa
sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk
menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi
saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu
membuat kuih dengan beremankan sebuah
pelita di hadapannya. Beberapa kali saya
melihat kepala ibu terhangguk kerana
mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,
esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu
tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur
nak, ibu belum mengantuk lagi." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta
cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi
ke sekolah untuk menduduki peperiksaan
penting. Ketika hari sudah siang, terik
panas matahari mulai menyinari, ibu terus
sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu
seringkali saja tersenyum dan mulutnya
terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar
saya lulus ujian peperiksaan ini dengan
cemerlang. Ketika loceng berbunyi
menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan
segera menyambut saya dan menuangkan kopi
yang sudah disiapkan dalam botol yang
dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat
dibandingkan dengan
kasih sayang ibu yang
jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang
dibasahi peluh, saya segera memberikan
cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya
minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu
selepas saya baru beberapa bulan
dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas
sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu
bekerja mengambil upah di kebun, membuat
penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar
kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat
kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami
semakin susah dan susah. Melihat keadaan
keluarga yang semakin parah, seorang pakcik
yang baik hati dan tinggal berjiran dengan
kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya,
ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering
kali menasihati ibu supaya menikah lagi
agar ada seorang lelaki yang akan menjaga
dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi ibu yang keras hatinya tidak
mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata :
"Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak
perlukan lelaki." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan
mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan
abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di
rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah
dan bersengkang mata untuk mencari duit.
Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke
pasar setiap pagi menjual sedikit sayur
untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak
dan abang yang bekerja jauh di kota besar
sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu
tetap berkeras tidak mahu menerima wang
tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang
itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah,
ibu ada duit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat
sarjana di luar Negara
. Pengajian saya di
sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah
syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi
dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara. Dengan
gaji yang agak lumayan, saya berhajat
membawa ibu untuk menikmati penghujung
hidupnya di luar negara. Pada pandangan
saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk
kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan
penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya
ini ibu habiskan dengan keceriaan dan
keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati,
menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu
menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;
"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di
negara orang." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua..
Suatu malam saya menerima berita ibu
diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah
secepat mungkin. Saya yang ketika itu
berada jauh diseberang samudera terus
segera pulang untuk menjenguk ibunda
tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah
di katil hospital setelah menjalani
pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua,
menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman
biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan
sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..
Saya dapat melihat dengan jelas betapa
seksanya penyakit itu telah memamah tubuh
ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan
kurus. Saya menatap wajah ibu sambil
berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit
sekali melihat ibu dalam keadaan seperti
ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata
: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang
kelapan itu, ibunda tercinta menutup
matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan
ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh
menelefonnya sekarang, dan berkata,
'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.
Sehingga kini saya diburu rasa bersalah
yang amat sangat kerana biarpun saya
mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,
tapi tidak pernah sekalipun saya
membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu,
sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya
yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.
Terharu2..Jagalah mereka sementara mereka masih hidup keran a syurga itu dibawah telapak kaki ibu^^..
Tiba2 cik penulis rase ngeri dengan gambar bawah tu..nak update 2 post lagi dalam mase terdekat..hilangkan gambar2 tu dlm older post=) jumpe lagi..

4 comments:

sukma atiqah said...

mang ngeri pon nurus!!
takott!
xsgka nurus brani ltak! huhu

btw, cite ni bez lah!

nurus said...

eh..ika!!!!!!!!!!!huhu
ika..u sangat pantas!!

dr xleh takut..hehe

wah!!!long time no see~

sukma atiqah said...

hehe..
aah kn, dr mane leh tkot!

lpas ni bleh sy blaja menghilangkan ketakotan dari dr. nurus!

mang la long time no see, da u far away! huhu

nurus said...

takpe ustzh ika,,hg x takut rotan..kire bagus la tu~~

tahun depan mst balik^^,