Sunday, August 29, 2010

Ramadhan Egypt once again

Bismillahirrahmanirrahim..

*setelah sekian lama aku mencopy paste*
Alhamdulillah, madrasah Ramadhan kita sudah sampai ke sepertiga yang akhir. Apakah persiapan kita untuk menghadapinya? Apakah kita sudah merancang dan melakukan strategi untuk menghidupkan malam2 terakhir sebegini dengan beri'tikaf di masjid,qiamullail dan sebagainya...

Sama-samalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah. Walaupun ianya sekadar sunnah semata, tidak harus untuk kita cuba meninggalkannya.Jika tidak mampu melakukan ibadah berpanjangan dalam 10 hari tersebut,lakukan semaximum termampu kerana melakukan walau sedikit LEBIH BAIK daripada meninggalkan langsung, bukan??

Mungkin ada yang berkata, "xpayah la nak bertahajud,iktikaf bagai..padahal bende tu sunnah je pon..bukan wajib,''

Sedarkah kita apabila sunnah itu hanya diterima pakai 100% dengan ikhlas oleh pihak lelaki apabila soal nikah kahwin dibincangkan, padahal sunnah yang lain hanya mampu membisu sahaja??? .

So, usahakan yang terbaik!! *peringatan ini juga ditujukan kpd diri sendiri*

********************************************
Perihal Ramadhan di Mesir,yeah sekali lagi aku dapat menyambut ramadhan dan raya skali di Bumi Anbiya' ini (ayat pasrah)..

Untuk pengetahuan, housemate aku semuanya balik(sorang dua yang kata xmau balik pon dah lesap,sampai kat Malaysia dah) tinggal aku sorang2 di sini bersama 2 orang kakak2 yang baik hati, sudi menemankan aku~hehe..Buka puasa di sini cuma ala kadar saje,mane ade bazar Ramadhan mcm kat Malaysia . Mana ada mak yang kaya ngan resepi dan sebagainya.

Di Mesir,cuma ada tempat makanan2 free (yang dinamakan Maidah Rahman) diberi semasa berbuka puasa macam surau masjid kat Malaysia la jugak,yang lainnya cuma hidangan arab..
Kalau malas masak,boleh la pergi makan kat situ..

Yang lain,seperti biasa..kurma mahupun air mineral diagihkan di dalam teksi bas atau van di sesetengah point jalan oleh orang2 yg bermurah hati nak bagi..

Di Tanta (sebuah negeri di Mesir ala2 bandar Dungun/Taiping), ada satu Maidah Rahman tu,,khas untuk pelajar2 Malaysia sepanjang bulan Ramadhan. So,setiap kali buka puasa, dorang akan berbuka di sana..(agak menjimatkan di situ~).Ramadhan di Mansoura (negeri mesir juge),biasa2 saje..xde yg menarik sangat sbb aku pon tengah demam pi borong barang2 kat sana. Letih tawar-menawar harga ngan pak arab. Last2 sekali, x dapat kurang pon (sebab brg memang dh murah,aku je gedik nak murahkn lagi.huhu)

Dan yang paling penting,,aku dapat makan murtabak!!hehe..jap cerite murtabak jap>>


Satu hari tu,aku ngan sorang kawan nak pergi beli sejenis ubat dekat farmasi..Singgah di 2-3 farmasi sepanjang jalan,semuanya dah habis.Then,kitorg masuk satu lorong nih, ade farmasi kat situ.

Mer kata,"nurus,ko nampak x kat depan tu..ade orang jual murtabak la,''

''Yeke?? Ha,ah la~~wah!!''

After keluar je dr farmasi..(ubat tak dapat..habis^^)

"Murtabak!!Murtabak!!''terjerit2 peniaga tersebut,selepas menyedari kehadiran kami di farmasi..

ape lagi, terus la kami pi beli even depa mcm segan2 nak juai.Then,balik rumah>makan(lepas berbuke la)**so,tamatlah kempunan aku terhadap murtabak**=D


**mengakui bahawa akulah yang paling tahu di dunia ini sangat2 lah dibenci cik penulis.kadang2 memberi telinga itu lebih baik dari memberi mulut..bercakap banyak walhal sedikit pon tiada kebenaran,lebih baik diam..harap maklum^^,
"nurus marah ke?" "xde lah bengang je"

cik penulis: nasi lemak sambal ikan bilis soon!! -->jumpe lagi 8)8)

Saturday, August 28, 2010

Ibuku Seorang Pembohong??

Untuk renungan!!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi
itulah yang berlaku. Ibu saya memang
seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya
sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya.
Saya perlu catatkan segala
pembohongan itu untuk dijadikan renungan
anda sekalian..
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.
Saya lahir sebagai seorang anak lelaki
dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum
serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Adakalanya, selama beberapa hari kami
terpaksa makan berlaukkan ikan masin
dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang
masih kecil, saya sering saja merungut.
Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang
banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika
makan, ibu sering membahagikan bahagian
nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi
ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah
nak ibu tak lapar." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih
sering meluangkan watu senggangnya untuk
pergi memancing di tali air berhampiran
rumah. Ibu berharap dari ikan hasil
pancingan itu dapat memberikan sedikit
makanan untuk membesarkan kami
adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu
memasak gulai ikan yang segar dan
mengundang selera. Sewaktu saya memakan
gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan
memakan sisa daging ikan yang masih
menempel di tulang daripada bekas sisa ikan
yang saya makan tadi. Saya sedih melihat
ibu seperti itu.. Hati
saya tersentuh lalu
dengan menggunakan sudu saya memberikan
ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah
nak, ibu tak suka makan ikan." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah
menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa
sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk
menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi
saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu
membuat kuih dengan beremankan sebuah
pelita di hadapannya. Beberapa kali saya
melihat kepala ibu terhangguk kerana
mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,
esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu
tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur
nak, ibu belum mengantuk lagi." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta
cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi
ke sekolah untuk menduduki peperiksaan
penting. Ketika hari sudah siang, terik
panas matahari mulai menyinari, ibu terus
sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu
seringkali saja tersenyum dan mulutnya
terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar
saya lulus ujian peperiksaan ini dengan
cemerlang. Ketika loceng berbunyi
menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan
segera menyambut saya dan menuangkan kopi
yang sudah disiapkan dalam botol yang
dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat
dibandingkan dengan
kasih sayang ibu yang
jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang
dibasahi peluh, saya segera memberikan
cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya
minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu
selepas saya baru beberapa bulan
dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas
sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu
bekerja mengambil upah di kebun, membuat
penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar
kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat
kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami
semakin susah dan susah. Melihat keadaan
keluarga yang semakin parah, seorang pakcik
yang baik hati dan tinggal berjiran dengan
kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya,
ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering
kali menasihati ibu supaya menikah lagi
agar ada seorang lelaki yang akan menjaga
dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi ibu yang keras hatinya tidak
mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata :
"Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak
perlukan lelaki." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan
mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan
abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di
rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah
dan bersengkang mata untuk mencari duit.
Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke
pasar setiap pagi menjual sedikit sayur
untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak
dan abang yang bekerja jauh di kota besar
sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu
tetap berkeras tidak mahu menerima wang
tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang
itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah,
ibu ada duit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat
sarjana di luar Negara
. Pengajian saya di
sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah
syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi
dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara. Dengan
gaji yang agak lumayan, saya berhajat
membawa ibu untuk menikmati penghujung
hidupnya di luar negara. Pada pandangan
saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk
kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan
penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya
ini ibu habiskan dengan keceriaan dan
keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati,
menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu
menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;
"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di
negara orang." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua..
Suatu malam saya menerima berita ibu
diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah
secepat mungkin. Saya yang ketika itu
berada jauh diseberang samudera terus
segera pulang untuk menjenguk ibunda
tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah
di katil hospital setelah menjalani
pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua,
menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman
biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan
sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..
Saya dapat melihat dengan jelas betapa
seksanya penyakit itu telah memamah tubuh
ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan
kurus. Saya menatap wajah ibu sambil
berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit
sekali melihat ibu dalam keadaan seperti
ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata
: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang
kelapan itu, ibunda tercinta menutup
matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan
ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh
menelefonnya sekarang, dan berkata,
'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.
Sehingga kini saya diburu rasa bersalah
yang amat sangat kerana biarpun saya
mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,
tapi tidak pernah sekalipun saya
membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu,
sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya
yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.
Terharu2..Jagalah mereka sementara mereka masih hidup keran a syurga itu dibawah telapak kaki ibu^^..
Tiba2 cik penulis rase ngeri dengan gambar bawah tu..nak update 2 post lagi dalam mase terdekat..hilangkan gambar2 tu dlm older post=) jumpe lagi..

Thursday, August 26, 2010

Punishment of GOD

Bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin ade yang pernah dengar kisah2 yang sedimikian rupa..seksaan2 di dalam kubur yang kebanyakannya boleh kita jadikan pengajaran dan peringatan atas apa yang kita pernah lakukan di dunia ini..Kisah yang tidak kurang serupenye dengan yang lain, moga ianya diambil iktibar dan dijadikan tazkirah buat diri kita.

Seorang budak lelaki Oman yang berusia 18tahun tahun lepas (kalo hidup,19 la tahun ni) meninggal di sebuah hospital daerahnya. Selepas 3jam jenazahnya dikebumikan mengikut pengebumian Islam,timbul perasaan ragu2 bapanya tentang punca kematian anaknya.Dipendekkan cerita,kubur digali semula,untuk menyiasat puncakematian.alangkah terkejutnya keluarga,sahabat2 dan para hadirin,,mayatnya seperti org tua,kesan libasan,calar2 jelas kelihatan..para saintis islam menyifatkan beliau diseksa seksaan kubur

Bapanya yang terkejut mengakui bahawa anaknya sangat bermasalah,meninggalkan solat dan mengamalkan cara hidup yang bebas.



In Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w):
- After the death the spirit of died person will return to a body then two Angels will come, Munkar and Nakir, and will ask: “Who is your Lord?” he will answer: “my Lord – Allah “. Then they will ask: “What is your religion?” he will answer: “My religion – Islam”. Then they will ask him: “Who that person who has been sent to you?” he will answer: “He is the Prophet of Allah “. Then they will ask him: “How do you know?” He will answer: “I read the Book of Allah and trusted Him.
And then from heavens the voice will come: ” My Slave has told the truth, lay it to bed from Paradise and open the Gate of Paradise ” – then it will be full of pleasure and he begins to feel paradise pleasure, and his tomb becomes spacious, that eyes can reach.


kalau masukkan dalam lab anatomy,xtau la diterima ke x~
sbb kulit dia dh warna hijau..lain dr yang lain..satgi student pening kpala dok pikiaq byk sgt

The Prophet of Allah Muhammad (s.a.w) said about the sinners. After the death the spirit of died person will return to the body then two Angels will come and ask, “Who is your Lord?” he will answer: “I do not know”. Then they will ask: ” Who that person who has been sent to you?” he again will answer: I “do not know” – and then from the sky the voice will come: “he told a lie, Put him into a box from fire and open before it the Gate of a hell! “-then it will be captured with heat of the hell, and his tomb becomes narrow and the edges will be compressed.


sampai jadi warna-warni muka


Semoga kita terhindar dari gejala soSIALL yg merosakkn remaja skrg

The history of 18-year old young men is a sign for believers and this is only next fairy tale for whom hearts are sealed by Allah. They look and do not see, listen and do not hear?

cik penulis:ceritanya banyak lagi.tapi bila ditranslate dlm melayu, cik penulis sekadar merumuskan sahaja..hehe (penat byk2)

wsalam

Tuesday, August 24, 2010

Pahala Yang Dinikmati Selepas Mati


Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.


2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.


3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.


4.
Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.


5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.


6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.


7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya


8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :


1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)


2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.


3.
Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


cik penulis:maaf lame tak ter update.masalah negara..salam ramadhan semua=))