Friday, July 13, 2012

Ihya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim. Salam Jumaat, semoga kalian dilimpahkan pahala dari amalan ibadah mingguan dengan bacaan Kahfi tadi atau selepas ini.

Ihya Ramadhan bertempat di rumah Amru. Aku mengambil masa yang agak lama untuk persiapkan diri untuk ke rumah Arqam cawangan tersebut. Sempat lagi mandi2, masak nasi, makan dengan ayam Bang Bobby dua hari lepas, basuh baju dua round, bagi ikan makan padahal sekor je pun. Siap semua around pukul 9am. Then baru tergerak nak menuntut ilmu.

"Terima kasih Ya Allah berikan aku kelapangan niat dan masa untuk bergerak ke taman syurga".

Terus aku call Zoh nak minta gerak sekali. Masih tidur. Okay, call kak tikah. Minta plan tempat dekat mana.. Sebabnya aku tak pernah pergi lagi muahaha. Kak tikah yang on the way hantar kereta kepada ammu Uzbekistan, dengan pantas mengambil aku untuk ke sana. Aku baru realize orang Uzbek ni muka macam Chinese sket kan? dulu masa dekat Markaz Nil pun ada student Uzbek ni. Muka cina gila. Namanya Makthurah. Pandai ohh.

Point perbincangan di sana tentang bagaimana menjadi seorang yang productive. Semua rata-rata baru lepas attend program Productive Muslim, Productive Ramadhan sebagainya. Jadi semua nampak pointfull lah kan (means ada point-.-) As we know aku baru tahu,tapi takpe untuk jadi seorang yang produktif tak kiralah bila-bila (tapi yang ini especially bulan Ramadhan),kita perlu hendaklah harus perlu gabungkan element focus and energy untuk mendapatkan hasil yang mantap! Sebab apa? Ada orang yang Ramadhannya dipenuhi dengan niat, tanpa plan. Ada yang Ramadhannya ada niat dan plan yang banyak tapi takda focus. Hasilnya, mungkin tidak sebeberapa dengan apa yang dia plan. Jadi nak tak nak, benda yang paling penting adalah fokus. Fokus dengan kerja. Fokus! Fokus! Fokus!

Pengurusan Tenaga. Untuk dapatkan tenaga yang maximum. Pengurusan tidur, makan dan exercise perlu dititikberatkan. 

1.Exercise, lakukan minimum exercise. macam kau gi jalan-jalan ke bazar ke, tolong mak mop lantai ke, naik tangga tingkat 5 ke, etc. Pun dah exercise. 

2.Then pengurusan makan.
#Bersahur as possible as we can.
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

#Lambatkan bersahur. 

#Makan makanan yang halal (Kalau berniaga, make sure takde kalau tersalah makan 50sen org. Mana tahu masa akan datang anak jadi bebal)

#Dan makan makanan untuk 3 orang dengan 4 orang.


Seperti apa yang diriwayatkan dalam Shahihain dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw:

طَعَامُ اْلإثْنَيْنِ كَافِي الثَّلاثَةَ وَطَعَامُ الثَّلاثةِ كَافِي اْلأَرْبَعَةَ


”Makanan dua orang cukup untuk tiga orang, dan makanan tiga orang cukup untuk empat orang” [Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari 6/200, Kitaabul-Ath’imah, bab : Tha’aamul Waahidi Yakfil-Itsnain; dan Shahih Muslim 3/1630, Kitaabul-Asyribah, bab : Fadliilatul-Muwaasaatu fith-Tha’aamil-Qaliil wa anna Tha’aamal-Itsnaini Yakfits-Tsalaatsati wa Nahwa Dzaalika].

Dalam riwayat lain dari Muslim dari Jabir bin ‘Abdillah ra :

طَعَامُ الوَاحِدِ يَكفِي الإثْنَيْنِ, وَطَعَامُ الإثْنَيْنِ يَكفِي اْلأَرْبَعَةَ, وَطَعَامُ اْلأَرْبَعَةِ يَكفِي اْلثََمَانِيَةَ


”Makanan satu orang mencukupi dua orang, makanan dua orang mencukupi empat orang, dan makanan empat orang mencukupi lapan orang” [Diriwayatkan dalam Sahih Muslim 3/1630 pada kitab dan bab di atas].

Nampak tak apa yang aku cuba lakukan. Macam pertama kali dengar ceramah. Semua benda kau nak tuliskan~ hehe

Cik penulis: Sahabat Chezh datang semalam. Bagi dia rehat-rehat sebelum bawa berjalan di bawah sinaran terik mentari. Argh habanya! wuwu