Friday, July 22, 2011

Aku rasa pelajar perlu dapat zakat walau apa pun


Argh..aku tak puas hati sangat la maybe langsung tak puas hati.
Kenapa zakat perlu ditarik-tarik sedangkan subject still lagi student.
Padahal semua tahu yang 8 golongan yang menuntut pada zakat, antaranya ibnu sabil iaitu orang yang bermusafir di jalan Allah.
So, tak kiralah beliau suka pemerintah ke, tak suka ke.
Itu adalah hak mereka ke atas harta tersebut.

Aku sendiri pun tak dapat zakat lagi #bilanya nak dapat. best sikit
Tahun akhir kot, ke sampai sudah tak dapat. Ah, janganlah!

Berbalik semula, bukan kita tamakkan harta. Tapi, bukan semua orang atas dunia ni dikurniakan hidup senang. Ada yang belajar jauh-jauh, tapi sumber kewangan adalah zakat. So bila ditarik, bagaimana student nak survive. Sebabnya simple, kerana student tak pro.

Oh, please lah. Takkan sebab berbeza ideology politik, kita mahu 'banned' student. This is life. Semua orang ada pendapat dan pandangan masing-masing (dan rootnya adalah Quran dan Sunnah). Kalau tak boleh di'oppose' dan disentuh, takperlu gegeh jadi famous. Hatta, Siti suara bak merpati (yeke) pun ada anti, inikan pula suara bak sumpitan =.=

Di mesir, pasca Bersih 2.0 mereka yang berkenaan akan ditarik zakat kerana menghadiri himpunan. Hak orang jangan diambil-ambil la weh
Tak takut akhirat ke..Dan ada yang mengatakan:

"Okey, padanlah. seharusnya seorang pelajar perlu terikat dengan kerajaan sampai tamat belajar"---> zzz

"Salah pelajar juga, dah termaktub dalam perjanjian"
(er..pelajar tajaan mungkin, kerana bukan zakat. Kalau pelajar yang menerima zakat, ada termasuk dalam asnaf ke untuk tak menyertai mana2 himpunan)

#Dan juga aku baru ambil 5 tee bersih di Hayyu Asyir. dah ambil lupa bayar pula. haih =.=

#Dan haaa..semalam kawan aku baru beli 'nasi bersih patriot' di bazar rumah kelantan. haha

#Aku assume, lepas ni mesti banyak restoran yang bagi nama kedai mereka 'BERSIH' mahupun 'lawan pada Patriot' dengan warna tema kuning. atau jenama kain musim raya nanti atau jenama alat tulis ke, barang sukan ke, apa2 ke.hehehe

Cik penulis: kebebasan media yang CENGENG untuk mahasiswa. dan sebenarnya cik penulis highlightkan isu zakat bukan isu bersih mana pun :p

Wsalam.

Wednesday, July 13, 2011

Aku dan Twitter dan Politik

Salam all readers!! (bajet ramai lagi..hehe)

Entry aku hari ni cuma sikit je dan tak berapa nak panjang. InsyaAllah kecuali jika aku terbebel. Walaupun sekarang dah masuk 13 July, tapi 9 July punya tarikh masih lagi disebut-sebut dan aku juga kurang bersetuju jika ada yang kata,

"Stopla cakap pasal politik".
"9 July dah lama habis kot".

Hye33, politik bukan boleh dibuat gelombang turun naik. Bukanke dalam Islam sendiri ada politik?Melantik ketua kelas pun, politik juga. Semua benda dalam hidup kita berkaitan dengan politik sebenarnya. Takkan sampai mati cakap pasal game, awek, gajet, duit je..Apa salahnya cakap? cakap je lah.. Unfinished Business kot..haha #nurusemo.

Tapi benda ni semua perlu la dibuat dengan #bersih. hehehe

Politweet, organisasi penyelidikan yang mengkaji interaksi rakyat biasa dan ahli-ahli politik menyatakan pengguna Malaysia secara umumnya tidak cenderung dengan politik but are fired up by #bersih. Semua orang pun, dah tak beberapa cakap pasal bende mengarut sangat dah. Gosip perempuan apetah lagi, semua nya berkitar tentang politik saja. Macam kat rumah aku, takde cakap pasal benda lain selain politik. Hebat gila diorang!

Ada juga pengguna yang tak pernah nak bertweet walaupun dah ada account, were bothering untuk tweet tentang #bersih juga termasuk aku. Aku dulu sebab tak pandai segala menatang simbol mak nenek dia macam # @ RT. pelik oh! semacam je aku tengok benda tu. completely different la dari FB yang aku tegarkan tu.hehe..

Dan promoter #bersih yang paling banyak bertweet bukanlah dari kalangan ahli politik sendiri, cuma pengguna biasa mungkin, kecuali Elizabeth Wong yang itu pun masa selepas bermulanya tangkapan.That's mean, penganjur mencadangkan, rakyat merealisasikan. Tak perlu dipanggil Super Junior untuk mendapatkan sejuta belia padahal masa najib berucap tak sampai 100 pun yang datang.

Dan Malysian Behaviour ni telah pun dikenalpasti politweet sejak pilihanraya 2009, projek 1Malaysia dan terbesar #bersih. Bilangan Retweet juga melepasi purata by " a large margin". Kira macam the most popular la di Malaysia.Thats why kenapa Mubarak menutup semua jaringan internet masa 'muzaharot' demonstrasi aman Mesir beberapa bulan yang lalu.

Aku.. selalu la juga search bersihstories, TVselangor untuk live dan Al-Jazeera ni. Tapi Al-Jazeera tu sikit2 jelah dia mentionkan. But satu dunia dah tahu mungkin, how sweet the Democracy In Malaysia. Sampai bila kita nak sorokkan pemimpin supaya negara lain pandang kita begitu awesome, gorgeous dan sebagainya. Itu hak kita nak pilih sesiapa. Eh, tapi kita bukan suruh PM turun, kita menuntut election yang bagus je.kan?

Best giler orang yang dah habis exam ^^
dan ini pula tweeter aku, mengarut la tapinye tekan sini untuk nurus09 ..hohoo :D

Cik penulis: Isu palestine juga sangat penting. Itu isu sejagat Islam. Tak ada gelombang. Cuma kita yang membentuk gelombang turun naiknya isu tersebut. peace!

Wslm. Jumpa lagi bila entah.


Walau tak kenal, matlamat kita sama

KISAH BENAR: Catatan Seorang Peserta Cina: "Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS"

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.

Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.
Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..
Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.
Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak. -MerdekaReview

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.