Monday, February 21, 2011

Keistimewaan Wanita

Bismillahirrahmanirrahim..
Buat semua muslimah::just share this entry. semoga kita semua mendapat manfaat.amin..

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sika
p bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu ya
ng dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



wah!!...Bob lokman di Himpunan Pemuda PAS 30K-smlm-19 feb2011-kedah*caya la*
takbir!!

cik penulis macam ada benda nak tulis tapi malas lagi@_@

Thursday, February 17, 2011

Baru Tau Gadis Melayu Tu



Assalamualaikum..
Aku tak reti buat intro.Huhu.Asyik2 tanya khabar.Sihat ke tidak.Bersenam ke belum.Basah tak mandi..huhu.Aku pon boring dah nak tanya*nanti2 pulak tau*.Ok lah,terus je ea? Pagi tadi kan.. aku ada baca berita pasal ally bertunang ngan aishah.*tak de la sedih pon,x de la gembira pon,biase2 je*.Nak ucap tahniah, bertunang je pon, xtau lagi kahwin ke tak. Kalau kahwin, kahwin je pon, xtau lagi ceerai ke tak..haha*ayat syaitan*

By the way,tak ada apa pon. Cuma aku agak pelik dulu kan ke pakai tudung? Sejak bila tak pakai? Ke sejak dulu2 lagi memang tak pakai? Ke sejurus selepas tamat gadis melayu?*confuse jap* Setahu aku,masa aku tengok program finalist tu lepas spm* sebab taktau cerita melayu apa dah nak tengok*, ada sorang budak sabah bah tu je,yang x pakai tudung.Ada lagi eh yang lain...i see..i see



-heehe-


Besar betul gambar ni..*zoom out=)*

Aku tengok Gadis Melayu tu pon, sebab cuti lama,lepas tu xtau nak buat apa,tekan2 remote ada fahrin ahmad jd pengacara.Masa tu aku ok jugak la dengan Fahrin Ahmad tu*smart jugak*. Tapi takde la hasrat nak buat menantu.Syok camtu je la.huhu*Lari cerita jap*

So,buat first timenya aku mengundi rancangan TV. "Huh,bodoh benar time2 tu,". Dahla undi gadis melayu..erkkk@_@. Buang masa,Habih duit sikit.
Tapi sebab aku undi tu la Aida boleh menang..hahha. Aku pon tak tau kenapa tergamak meng'undi'..isy2 nurus2.

Tu je pon, anyway..semoga berkekalan ke akhirat dan menjadi lebih baik.hehe.

Cik penulis: masih ada wanita yang tidak tahu (jahil) bahawa menutup aurat itu adalah menutup seluruh tubuhnya dengan pakaian kecuali muka dan pergelangan tangannya, pakaian mestilah longgar dan tudung mestilah labuh menutup dada.

Wednesday, February 16, 2011

Cik Penulis Terhibur

Salam maulidur rasul kelmarin. Selawat dan salam buat junjungan besar kita nabi muhammad saw.Semoga kita sama-sama dapat menjalankan sunnah nabi,perbanyakkan selawat ke atas nabi bukan sahaja pada besdaynya bahkan menjadi rutin seharian kite.

ok!aku nak bercerita sikit pasal emel yang tak sudah2 aku terima.*agak hot kot*hari2 aku nak delete emel2 tu,tapi aku akan pastikan benda alah tersebut dibaca sebelum dibuang,even lah aku sendiri tak berminat membaca benda2 dalam computer ni..merosakkan mata!! (kata dr gitu=))

Tengah delete satu2(buang masa),aku pon terbukak la one mail.
"Ralat ke ape...?"huhhuuuu

Wish selamat tahun bari cina dari PM..hahahaha..PM..hahaha.apakah tak ada orang lain ke nak dibagi ucapan selamat hari raya cina sehingga aku pon dia nak wish. Bukan ucap sorang2..dengan family pulak tuu~

Hahaha.Orang dah wish pon cukup bagus tu nurus oii.
"Hehe,terima kasih!,"kata cik penulis terhibur.


Ucapan raye cina yg aku dpt drpd 1Malaysia selain wish drpd HSBC,Takaful,kedai spec mata yang aku selalu buat spec kat dia,parkson dan giant yang dekat sebelah jalan rumah aku.

Tapi raya cina,of course la aku tak dapat angpau semua tu sebab rumah jiran tetangga aku semua melayu. Abah aku tak nak beli rumah dekat ngan bukan melayu..entah sebab apa..dulu2 pernah anak anjing masuk dalam rumah kami. Jenuh berambat ngan puppy tu.Tapi itu mase aku kecik2 la,5tahun kot. Tak tau la ada kaitan tak dengan kenapa bapak aku tak suka duduk sebelah2 non-muslim. Kat kampung bapak aku pon dh ramai cina,boring gamaknye~

Berbalik semule,aku sampai malaysia ni pon selepas raya cina.huu.ni kiranya macam emel lama yang baru nak bukak lah.

Apapun,nanti raya puasa bagi la lagi~ nak lagi~nak lagi~nak duit raya pulak.Biasiswa 1Malaysia pon boleyyh.demand bebenor makcik~
Huhu,tapi kan..sebenarnya,dia ucap untuk orang cina je^_^Yang bukan tu,xyah gegeh pulak.*gegeh excited mcm aku*ha3

Haaa..satu lagi.aku ade la dapat massage dari armed force dari egypt sana.*semua kot dapat*.Budak2 egypt boleh la bukak sim etisalat korg,tengok msg tu.Lepas tu rajin2 lah bagitau kat aku apa dia cakap,sbb aku tak berape paham..hahaha.aku assume dia kata,
Selamat tinggal mubarak.Sekarang kami pihak tentera pulak memerintah.sila bawak salinan passport ke mana saja anda pergi.~pelajar malaysia,sila balik!aman dah ni,takkan nak cuti setahun pulak~hehe..mengarut nurus~dah la

cik penulis:best jugak duduk rumah..huhu..macam nk extend sikit lagi.
hadis nabi saw, orang yg paling dekat denganku adakah orang yang sentiasa berselawat ke atas ku