Showing posts with label islam dan sains. Show all posts
Showing posts with label islam dan sains. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Menipu guna banyak tenaga :)

Ehem.semua pernah bohong? Hehe..Tipulah kalau ada yang kata
"Saya tak pernah tipu sejak awal saya lahir,'' *nampak beno nipunye*
Haa..sumber mengatekan kita akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menipu berbanding bercakap benar.
Kenapa ye?

Menurut kajian saintifik, 14 kwsn otak akn menjadi aktif apabila menipu berbanding 7 kawasan yang aktif apabila cakap benar.
Antara kwsn yg aktif; anterior cingu­late cortex, dorsal lateral prefrontal cortex dan parietal cortex. Bermakna otak akan kerja kuat untuk ber­dusta.

Otak kita akan cuba menafikan perkara yang betul2 tadi.
Contohnya, ehem2. Kita nak cakap cik penulis tak hensem atau tak cun (kononnye la)
Otak kita akan berfikir dahulu yang sebenarnya cik penulis sangat handsome dan dengan sedaya upaya cuba menafikan perkara tersebut.
Masa tu lah, tenaga yg byk digunakan di frontal lobe apabila keputusan menipu dibuat iaitu menidakkan kebenaran yang di atas tadi tu!.ahaha. Faham bukan?


Ini mesin pengesan lebong (bohong tganu mari).
Kes anuar ibrahim tu,diorang tak pakai mesin macam ni ke? Ke mesin ni tak accurate? Baik benda ni lagi dari dengar sumpah. Hohoho

Ok, jika dibandingkan dengan ayat alquran pun,
"Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia (Abu Jahal) tidak berhenti (berbuat demikian), nescaya Kami akan tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka!). (Iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka." (Al-‘Alaq: 15 & 16)

Ubun-ubun tu letaknya di frontal lobe la.same je. Ha, di sini lah relationnya.
Sebab tu, bila berwudhuk kita diwajibkan sapu sebahagian kepala. Antara kelebihannya sebagai penghapus dosa.
Ada juga amal­an yang diajar oleh Rasulullah ketika berdoa setiap kali hendak tidur.
Err, tapi kadang2, aku tak sempat nak tarik selimut, dah tertidur.Berdoa pun tak sempat. Kadang2 je la.huhuhu.

Dalam satu peristiwa lain di mana Saad bin Abi Waqas sakit, Rasulul­lah datang melawatnya. Kemudian me­letakan tangannya di atas dahi (nashi­yah) lalu disapu ke muka, dada dan perut Saad. Rasullah berdoa kepada, Allah, "wahai Allah sembuhkanlah Saad dan sempurnakan amalan kebajikan yang dilakukan."

Jadi, sama2 la kita mengelak dari banyak menipu. Lawak melawak tu takpe la kot,kan?
Patut la setiap hari aku rasa letih semacam, menipu banyak sangat.
Sampai takde tenaga. Huaa3.

cik penulis: sikit sikit, lama lama jadi bukit :)





Saturday, June 26, 2010

Qailullah-Short Afternoon Nap

Ubat mengantuk adalah tidur..ni azimat yang aku pegang sejak berkurun lama.Sebab tu la,ade je orang tumbang dalam kelas semata2 guna prinsip hidup ni.InsyaAllah,aku tak tidur dalam kelas,cuma mengantuk tahap stroke je lah..nak tidur,pastikan zone benar2 selamat>okey..


Just share pasal qailullah@tidur siang..


Dalam kitab Fiqhus Sunnah terdapat keterangan sebagai berikut:

“Terdapat sebuah hadis dari Ibnu Umar, beliau berkata, "Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah saw. suka tidur di masjid, kami tidur qailullah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda." (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, hal. 252)


Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan,

"Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailullah bukanlah satu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."


Membantu solat tahajjud

Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata,

"Hendaklah seseOrang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari. sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun daripada tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur.


Selepas solat jumaat

Anas bin Malik ra berkata:

“Kami takbir (bersegera datang ke masjid) untuk menanti pelaksanaan solat Jumaat dan kami qailullah setelah solat Jumaat.” (HR. Al-Bukhari no. 905)

  • Albert Einstein, Napoleon Bonaparte, Thomas Edison, Winston Churchill adalah orang-orang yang selalu melakukan short afternoon nap.
  • Penelitian di NASA menunjukkan performance dan tumpuan pilot yang melakukan tidur siang 24 minit lebih tinggi drpd yang tidak.
  • Dr Maas, seorang ahli fisiologi mengatakan bahwa tidur siang 20 minit secara signifikan meningkatkan focus kita pada hal-hal yang detail.
  • Mengikut kajian, tidur t'hari dapat meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2.
  • Waktu tghari adlh waktu sesuai untuk tidurseketika kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa tidur pd wktu tersebut yg dikenali midafternoon quiescent phase ora secondary sleep gate.
  • Tidur 30 minit tghari mempunyai risiko sakit jantung 30% lebih rendah berbandg yg lain
  • Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University merumuskan, tidur tghari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
Melakukan short afternoon nap yang effective:
1) Dalam 12 t'hari sebelum waktu zohor atau immediately after zohor(lepas solat)
2) Tidur dalam 20-30 minit sahaje..if more than that, akan menyebabkan kita masuk dalam deep sleep zone yg akn menyebbkan kita tidur membabi buta sepanjang hari.
3) Imbangkan dgn mngurangkan tidur waktu malam dgn membiasakan diri bangun sekitar 2pagi ..bukan mula tidur 2 pagi(hehe)

mase tadika dulu,ade jugak dalam jadual 'tidur tengahari'(tadika pukul 8pagi-4.30ptg,dah mcm orang g office.maybe sebab tu la ibu ngan abah pilih tadika tu).Aku ngan adik aku dapat special case..kitorang dapat tidur kat bilik cikgu..orang lain sume tido kat luar je~

::sekolah menengah pon ade jadual tido2 mase tengahari.WAJIB pulak tu sebab sekolah aku sampai 4.30 petang (mcm keje pejabat la jugak).Mula2 aku tak suka tidur siang,bile lame2,dah biase kott..sampai sekarang>>aku suke tidur~rase macam hobi pon ade
::Sekarang,aku lagi suke tidur siang,jaga malam-petanda dunia dah nak kiamat,semuanye tunggang terbalik

cik penulis: semua peringatan untuk diri sendiri juge..

Thursday, July 23, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallah Hu 'aklam.

cik penulis cuba sedaya upaya solat pada awal waktu=)