Showing posts with label azhar uni. Show all posts
Showing posts with label azhar uni. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Final Destination 2

Examination Schedule For Medical Students,
Azhar Faculty Of Medicine for Girl (AF
MG), Al-Azhar University.

Physiology
Written (14/6/2011-Tuesday) 10am-1pm
Oral and Practical (18/6/2010-Saturday)

Histology
Written (21/6/2011-Tuesday) 10am-12pm
Practical and Oral (23/6/2011-Thursday)

Biochemistry
Written (29/6/2011-Wednesday) 10am-1pm
Practical and Oral (30/6/2011-Thursday)

Anatomy
Written (7/7/2011-Thursday) 10am-1pm
Practical and Oral (12/7/2011-Tuesday)

Balaghah + Adab
Written (17/7/2011-Sunday) 10am-12pm

Psychology
Written (21/7/2011-Thursday) 10am-12pm

Holy Quran
Written @ Syafawi (25/7/2011-Monday) 10am-12pm
Oral @ Tahriri (25/7/2011-Monday) after written

Tafsir
Written (28/7/2011-Thursday) 10am-12pm

Ini aku update jadual exam tahun 2 memandangkan tahun lepas pun aku update jadual macam ni. Dan exam tahun ni pulak habis lambat giler disebabkan peperangan hari tu (orang luar kate-hee). Balik ke aku. Haih..

Ehem2, hasratku ada lah juge taknak bukak laptop mcm kawan2 aku yang puasa beronline, tapi tak kesampaian. Hebat gila jihad diorang. Bukak pun sekali-sekala je, then saletep balik-masuk beg. Aku,haha,tak boleh la. Kene ambik sumber inspirasi dulu untuk belajar.hua3*konon*

Akhir sekali,maaf semua.Doakan kami semua berjaya, jadi profesional yang hebat. Profesion lain xpe xhebat, profesion aku semua kena hebat. SPM biar A melimpah ruah, spec biar tebal yang boleh-kalau boleh setebal atlas Grey Anatomy atau Nettar atau novel Alaf 21-tangkup 3,4 buah, masa belajar pula jangan sibuk buat bende lain, result perlu cemerlang dari awal tahun sampai akhir degree, communication skill biar mantap supaya pesakit dengar suara aje, mereka boleh sembuh dan jangan sampai ada yang mati, kerana ianya mungkin disbbkan kecuaian kita yang tak dapat excellent/mumtaz masa belajar. Ingat! Kualiti tu penting. Kan? (Ni ayat mengutuk ke, nasihat??-haha)--->x pasal

Cermin mata kucing ni tak beberapa tebal. tak layak-haha =.=


Cik penulis dah ada blog rujukan parenting skill. Boleh la kalau nak.hehehe

Thursday, January 6, 2011

Cik Penulis On Curry-Puff Hunter

Salam 2011

Setiap hari,di kelas kami ada pemborong karipap.beliau menolong maklong (dah ada cucu) memborong karipap,cek mek molek dan kuih badak di kelas.seperti biasa,kami budak perantauan amat-amatlah teruja jika ternampak makanan2 tradisional melayu sebegitu, tambah2 namanya adalah makanan..sah2 la semua orang suka.

Selain kuih2 tradisional melayu tersebut,ada juga dijual nasi lemak, sandwich, nasi berlauk(x kisah la lauk apa pon sebab selalu bertukar2).Pendek kata, kelas kami tak putus-putus bekalan makanan, sampaikan ada dr. kata..kelas jadi macam cafe..Tapi nak buat macam mana,setiap kali belajar diorang (termasuk aku) kena makan.kalau x,terlapar dan terkatup mata.

Kadang-kadang,ada la juga, kakak(budak belajar agama), datang ke faculty kami....pon menjuai juuga..kadang2 mee,kadang2 kuih muih juga.tapi setiap kali aku beli,mesti tak sedap.Aku sememangnya xmahu beli pon,tapi kadang-kadang aku x sampai hati tengok depa jual sorang2.Apalah ertinya seorang penjual jika tiada pembeli.Jadi,aku pon beli la(bagus kan?).

Kawan aku pernah cakap, "diorang ni ikhlas ke nak jual?"

"kalau malas masak,baik xpayah jual,"ditujukan kepada yang nak jual tapi masak tak sedap.

Tapi sekarang dah nak masuk musim exam, jadi ramai yang dah tawaqquf (berhenti sat) dalam menjual makanan. Tinggal maklong (yang cik penulis mentionkan kat atas sekali tu je) yang masih menjual-iyalah,umur dia pon dah 50 lebih.mana ada exam dah. Berbalik,maka kami sekarang jadi peraih karipap-karipap maklong.wah~~sedap.Tambah-tambah bila lapar. Bila benda tu sampai saja,kami terus berlari ke arah karipap. Tapi kalau dr tengah mengajar dalam kelas, kami tak ada lah berlari,cuma pas-pas je karipap tu dari depan sampai belakang.

cik penulis: dok perasan dah semakin tua." persatuan muslimin muslimat 20-an"