Thursday, June 25, 2009

Games Hina Islam

Ni ade sikit info tentang game2 yang menghina Islam...
s0 bagi peminat2 games tu...hati2lah ye...
Video game yg menghina agama Islam;
Bacalah!game yg menghina kita...diminta jasa baik saudara

1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2)

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata… dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat… klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. ” wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan”
[dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal di
akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible… “wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi
ayat yg lain...(penulis tidak mampu untuk mengingatinyafikir)


2. Counter Strike Condition Zero Deleted

First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam… Kalau kita sedar..
Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR.. JIHADD..

3. Prince Of Persia

Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kite juga menyokong apa yg mereka cuba sampaikan & mereka lakukan.. jadi semoga dapat disampaikan
kepada saudara – saudara kita semuanya..

Wednesday, June 24, 2009

Hilangnya permata berharga

Alfatihah....Kini seluruh Gerakan Islam sedunia telah kehilangan sebutir permata berharga dengan meninggalnya Almarhum Syeikh Dr Fathi Yakan, Sabtu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Otel Deo di Timur Beirut ekoran serangan angin ahmar otak.

Beliau yang lahir pada 1933 di Tarablus,Utara Lubnan telah mendapat PhD dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Terlibat dengan kerja-kerja islam pada tahun 1950an dan telah menubuhkan Jemaah Islam pada awal 60an.

Beliau juga telah menyertai pilihanraya dan memenanginya ada tahun 1992-1995. Penyertaan beliau dalam pilihanraya telah dapat membersih dan menyatukan fikrah umat Islam di dalam persoalan ijtihad politik dunia moden kini.

Almarhum juga merupakan tokoh penulis besar dalam gerakan Islam Antarabangsa yang bukunya sebanyak 35 buah,kebanyakannya berkisar tentang panduan, penyelidikan dan penambahbaikan Jemaah Islam dijadikan ikutan umum..

Yang paling menarik hati nurus adalah bukunya yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam"...kerana itulah satu-satunya buku yang nurus ada hasil penulisan beliau..Buku tersebut telah menjadi syllabus pelajar ataupun sumber rujukan pihak sekolah suatu masa dahulu dalam mengadakan usrah2....semoga akan lahir lebih ramai permata berharga pengganti beliau dalam memperjuangkan ummah...amin

Sunday, June 21, 2009

iklan solat





iklan yang bagus jika ianya dapat dibuat di negara kita...
layannnn saje:)