Tuesday, June 8, 2010

Nilai dan harga hidup pada si miskin

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar renungan. ... ........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumahnya,ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku menghampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada je orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan 10 kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku dipintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan suptulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Akubertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada haripertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknyaagar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semulasemua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah kita menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup kita? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

jadi,bersyukurlah dengan apa yang kita ada...bukan semua yang kita nak kita akan dapat..kita jarang hargai apa yang kita ada..tapi sebenarnya kita akan nampak benda tu "best" bila orang lain yang memiliki benda tersebut..

contohnyee..nikmat sihat tidak akan dapat dirasai oleh orang yang sihat kecuali oleh orang yang sakit daaan sebagainya

janganlah bermegah2 dengan kekayaan dan kecantikan dan kepandaian yang kita ada (kecuali untuk berpoyo2 sesama kawan sendiri mcm cik penulis..=P)

P:lesen kereta
superb emel=)
wallahualam

Sunday, June 6, 2010

Award *gay3*

Bismillahirrahmanirrahim...

Terima kasih kepada cik munie kerana memberi award yang menarik lagi special ni(hehe..lain je bunyi dia,macam ayat pak2 menteri je).dah lame dah aku dapat award nie..tapi disebabkan aku nak exam dan aku berazam xmau up-date mase exam>so,xde la belog aku ni di update..

antara tema dan syarat2nye adalah buat entry pasal award ni..
aku takde ape-ape tema yang nak buat
jadi aku cume letakkan persoalan saje......
persoalannye:blog yang beautiful ke, atau blogger yang beautiful?
"award is given to beautiful blogger"(hepi3)
nak kate blog beautiful macam nonsense la jugak..sebab blog aku kaler macam parti politik je even aku sokong "1 Hadhari 2 Judi"

Jawapannye:sape yang beautiful??cik penulis atau blog??lame aku dok pikir2..
akhirnye..persoalan ni hanya membenakkan kepala aku sahaja..xde jawapan
habisla entry pasal award ni (settle~~)

Selepas dapat... anda perlu::
1- Buat entry pasal award yang cantik banget nih..
2 - Copy badge award yang cantik banget nih...
3- Ucapkan 'Thank U' dan letak link pemberi award yang cantik itu dlm entry..
4- Senarai 15 blogger sebagai penerima award...

penerima sanad cik penulis..semestinye perempuan..x sanggup nk ckp 'lelaki beautiful'..:
-nurul husna
-nuraiman imam supaat
-einsyie
-kyna
-syazni
-nunu
-little kouru
-yana
-dan 7 orang yang lain~cik penulis dah xtaw nak bagi kat sape sbb ramai dh ade
::sape2 yang nak...rase blog lawa@atau diri sendiri yang lawa boleh la ambik..
tapi letak la kat komen tu dulu..habaq kata nak ambek award..takut2 lebih dari 7(tu je~~)
::kepade 8 orang kat atas,u all memang BEAUTIFUL (jenuh mencari~)..

Kita semua sebenarnya beautiful tak kire la lelaki ke,perempuan ke,jambul rosmah ke...ciptaan Allah memang cantik cuma perlu disalurkan dan digunakan sebaik yang mungkin supaya kita akan jadi lebih cantik di sisi Allah..kan3

p/s kepada penerima:buat la entry yang elok2 sikit,jangan la buat macam saye ni, xde point
makluman lagi: gay pada title bermaksud gembira/hepi-so,i'm gay(lain macam je)

::ada lagi paper arabic and alquran..tapi semua orang macam dah nak balik tanah air tercinta=)
wasalam

Saturday, May 1, 2010

Final Destination

Examination Schedule For Medical Students,
Faculty Of Medicine for Girl (FMG), Al-Azhar University.

Physiology
Written (8/5/2010-Saturday) 10am-1pm
Oral and Practical (9/5/2010-Sunday) Start 8am

Histology
Written (15/5/2010-Saturday) 10am-12pm
Practical and Oral (18/5/2010-Tuesday) Start 8am

Anatomy
Written (23/5/2010-Sunday) 10am-1pm
Practical and Oral (25/5/2010-Tuesday) Start 8am

Biochemistry
Written (31/5/2010-Monday) 10am-12pm
Practical and Oral (5/6/2010-Saturday) Start 8am

Arabic Language
Written (9/6/2010-Wednesday) 10am-12pm

Holy Quran
Written (14/6/2010-Monday) 10am-12pm
Oral (14/6/2010-Monday) After written exam

::Selamat berjuang kepada semua sahabat2 dan diri sendiri. All the best!!
::Kepada yang nak balik Malaysia,buat betul2.nanti boleh la extend cuti lame2 kat Malaysia.
Dont worry,result aku pon boleh 'tolong' tengokkan~(orang yang x balik pon buat leklok juge)
::Tak lupa, selamat berholiday kepada rakan2 matriks, usim, uia, kuin dan mane2 IPT yang dah habis exam..manfaatkan cuti anda dan ingatlah orang tersayang =D
::cik penulis mintak maaf banyak2 andai terkasar bahasa dan tersilap bicara sehingga menyinggung perasaan pembaca sekalian terutama kepada sahabat2 yang mengenali cik penulis.. 0-0 yea?!!

nanti raye,aku mintak maaf sekali lagi=))