Wednesday, May 7, 2014

Pandangan Manusia, Pandangan Agung.

Kepada yang bergantung pada pandangan manusia,

Jika kita merasakan gerak geri kita sering diperkata oleh makhluk dunia dan seisinya,

Ingatlah bahawa bukan semua (tidak ada) manusia pun, berminat untuk pandang malahan bercakap tentang kita.

Masa mereka sudah pun diperuntukkan pada perkara lain yang sebenarnya jauh lebih menarik daripada gerak geri kita, yang sebenarnya LANGSUNG tak menarik pun untuk dikritik, dipuja apa lagi disebut sebut. 

[Tambahan, cubaan meng-claim aku suka menyebut tentang karakter kalian. Heh? Banyak pulak masa aku nak describe. Eh, menarik pulak kau sampai aku nak kena describe.]

Makanya, lakukan apa sahaja yang kita rasa tanpa rasa diperhati oleh manusia. InsyaAllah ianya lega, bebas dan merdeka dari hambatan.

Itu sahaja.

Maaf atas kelompongan untuk aplikasikan nya pada setiap masalah. Post ini bukanlah stumps okay. Ianya bebas dari segala perbuatan maksiat dan akidah yang sejahtera. Hanya berkisar pada perasaan diperhati sahaja.

Cik penulis: Abaikan perceptive pada Luna Lovegood ya! Muahaha.

Sunday, January 13, 2013

Usrah Laksa

Mood: santai

Haritu masa tengah makan, tiba-tiba abah bukak cerita pasal meeting Pemuda Pas cawangan taman kami. Seorang pakcik tua ni, dulunya seorang yang kuat piang UMNO. Dan alhamdulillah Allah buka hatinya nak masuk PAS. Daripada UMNO qawiy terus jadi PAS qawiy. Kira macam hardcore lah pakcik ni. Sedang duduk berbincang dan bermesyorat agenda apa nak buat minggu depan, seorang pemuda bersuara,

"Ana cadangkan kita buat usrah lah nanti. Ok jugak"

Tiba-tiba pakcik tu kata dengan bersemangat "Apa pulak dok buat usrah-usrah ni...payah! Kita buat laksa sudah la, senang sikit"

Dan tiba-tiba jugak, bapa aku gelak kuat. Aku ni takmau pun ketawa sebenarnya. Tapi terpaksa gelak berjemaah juga.

Cik penulis: Ok itu je xD

Monday, September 17, 2012

Hidupkan Visa

Andai kata visa anda yang hidup di luar negara hampir tamat dan sudah tidak lagi belajar di sana, maka adalah tidak mungkin untuk kita menyambut kembali visa atas sebab tiada hadaf yang jelas untuk tinggal di negara orang. Dan bagaimanakah caranya untuk anda menghabiskan sisa-sisa hidup di sana jugak3. [kes malas balik tanah air]

Makanya ada di kalangan kami yang menyambung belajar semula. Let say, dah habis degree syariah, maka dengan gembiranya mengambil degree yang lain pula contohnya account atau perguruan atau interior designer sekali pun. Semata-mata hidupkan visa.

Dan ada yang keluar melancong ke luar negara macam sorang kawan aku ni. Dah agak-agak visa nak mati, maka beliau pun ke negara seberang sehari dua. Balik semula ke Egypt dengan visa pelancong selama 3 minggu. [TIGA MINGGU SAHAJA @.@]. Mungkin dua minggu selepas itu beliau akan berangkat ke Turki pula untuk memastikan kesambungan visa tersebut dan begitulah seterusnya. Kawan aku haritu hajatnya ke Jordan balik hari. Tiba-tiba ada orang offer dia pergi jalan-jalan di sana, so, balik la dua hari kemudiannya.

Tak terfikir jugak cik penulis sebab takda la duit sebanyak tu untuk renew benda-benda macam nih.

Wednesday, August 29, 2012


Aku masih ingat masa tingkatan 4 ibu pernah kata, "Kaklong, kaklong tak payah la cakap banyak sangat. Nanti orang sakit hatii." Hahahha! Ini semua gara-gara aku tak pandai sejat mulut sampai sekarang pun kadang-kadang tu-.- Harap-harap selepas ni lintasan yang baik lebih laju dan maju dari lintasan jahat. Sama ada dari mulut atau buah fikiran sendiri. Memang susah untuk kita menjaga akal sebenarnya. Perlukan mujahadah yang tinggi. Azam yang kuat dan semangat yang kental. hehehe

Sesuatu keburukan itu tidak akan dikira niatnya sehigga dizahirkan pada perkataan dan amalnya. Sedangkan setiap kebaikan pula dikira niat perkataan dan amalnya. Allah Allah.

Ni frust sebab haritu bagi orang touching. Terr. Nak buat macam mana. Ramai je pun tapi ada yang aku rasa bersalah dan ada yang tak. hahaha! jahat tak? k :3

Annyway , sorry yaa!

Cik penulis: fungsi utama telephone 1.3megapixel adalah call dan msg. kalau semua orang pakat takde, macam tak berguna pun ada. Asyik mughlak! (off)

Friday, July 13, 2012

Ihya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim. Salam Jumaat, semoga kalian dilimpahkan pahala dari amalan ibadah mingguan dengan bacaan Kahfi tadi atau selepas ini.

Ihya Ramadhan bertempat di rumah Amru. Aku mengambil masa yang agak lama untuk persiapkan diri untuk ke rumah Arqam cawangan tersebut. Sempat lagi mandi2, masak nasi, makan dengan ayam Bang Bobby dua hari lepas, basuh baju dua round, bagi ikan makan padahal sekor je pun. Siap semua around pukul 9am. Then baru tergerak nak menuntut ilmu.

"Terima kasih Ya Allah berikan aku kelapangan niat dan masa untuk bergerak ke taman syurga".

Terus aku call Zoh nak minta gerak sekali. Masih tidur. Okay, call kak tikah. Minta plan tempat dekat mana.. Sebabnya aku tak pernah pergi lagi muahaha. Kak tikah yang on the way hantar kereta kepada ammu Uzbekistan, dengan pantas mengambil aku untuk ke sana. Aku baru realize orang Uzbek ni muka macam Chinese sket kan? dulu masa dekat Markaz Nil pun ada student Uzbek ni. Muka cina gila. Namanya Makthurah. Pandai ohh.

Point perbincangan di sana tentang bagaimana menjadi seorang yang productive. Semua rata-rata baru lepas attend program Productive Muslim, Productive Ramadhan sebagainya. Jadi semua nampak pointfull lah kan (means ada point-.-) As we know aku baru tahu,tapi takpe untuk jadi seorang yang produktif tak kiralah bila-bila (tapi yang ini especially bulan Ramadhan),kita perlu hendaklah harus perlu gabungkan element focus and energy untuk mendapatkan hasil yang mantap! Sebab apa? Ada orang yang Ramadhannya dipenuhi dengan niat, tanpa plan. Ada yang Ramadhannya ada niat dan plan yang banyak tapi takda focus. Hasilnya, mungkin tidak sebeberapa dengan apa yang dia plan. Jadi nak tak nak, benda yang paling penting adalah fokus. Fokus dengan kerja. Fokus! Fokus! Fokus!

Pengurusan Tenaga. Untuk dapatkan tenaga yang maximum. Pengurusan tidur, makan dan exercise perlu dititikberatkan. 

1.Exercise, lakukan minimum exercise. macam kau gi jalan-jalan ke bazar ke, tolong mak mop lantai ke, naik tangga tingkat 5 ke, etc. Pun dah exercise. 

2.Then pengurusan makan.
#Bersahur as possible as we can.
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

#Lambatkan bersahur. 

#Makan makanan yang halal (Kalau berniaga, make sure takde kalau tersalah makan 50sen org. Mana tahu masa akan datang anak jadi bebal)

#Dan makan makanan untuk 3 orang dengan 4 orang.


Seperti apa yang diriwayatkan dalam Shahihain dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw:

طَعَامُ اْلإثْنَيْنِ كَافِي الثَّلاثَةَ وَطَعَامُ الثَّلاثةِ كَافِي اْلأَرْبَعَةَ


”Makanan dua orang cukup untuk tiga orang, dan makanan tiga orang cukup untuk empat orang” [Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari 6/200, Kitaabul-Ath’imah, bab : Tha’aamul Waahidi Yakfil-Itsnain; dan Shahih Muslim 3/1630, Kitaabul-Asyribah, bab : Fadliilatul-Muwaasaatu fith-Tha’aamil-Qaliil wa anna Tha’aamal-Itsnaini Yakfits-Tsalaatsati wa Nahwa Dzaalika].

Dalam riwayat lain dari Muslim dari Jabir bin ‘Abdillah ra :

طَعَامُ الوَاحِدِ يَكفِي الإثْنَيْنِ, وَطَعَامُ الإثْنَيْنِ يَكفِي اْلأَرْبَعَةَ, وَطَعَامُ اْلأَرْبَعَةِ يَكفِي اْلثََمَانِيَةَ


”Makanan satu orang mencukupi dua orang, makanan dua orang mencukupi empat orang, dan makanan empat orang mencukupi lapan orang” [Diriwayatkan dalam Sahih Muslim 3/1630 pada kitab dan bab di atas].

Nampak tak apa yang aku cuba lakukan. Macam pertama kali dengar ceramah. Semua benda kau nak tuliskan~ hehe

Cik penulis: Sahabat Chezh datang semalam. Bagi dia rehat-rehat sebelum bawa berjalan di bawah sinaran terik mentari. Argh habanya! wuwu



  

Thursday, March 8, 2012

Takda rumah

Minggu ini
Aku cuba tinggal di rumah
Siapkan bekalan anak ke sekolah
Basuh baju mereka
Masakkan tengahari
Takpun sarapan sekurang-kurang
Calitkan jem pada roti teknikalnya
Namun apakah daya

Kita apabila jumpa kehidupan. Ralat.
Tak lagi diingat tanggungan.
Aku terkesima sekejap.
Eh?
Apa kebenda aku tulis nih
Sila teruskan. Jangan didelete
Ini kan hidup yang kita canang.

Ingat pula pasal didikan.
Tulislah pasal didikan.

Tarbiyah keluarga perlukan di rumah.
Tarbiah masyarakat perlukan gerakan.
Proaktif dan ikhlas itu elemennya.
Layakkah ini yang dipanggil tarbiyah?
Jika tiada sifat dot dot dot.
Belum lagi. Itu aku pasti.

Doakan semuanya, pada tukang taip especially.
Hiduplah kami secara menyenangkan kerja orang.
Jika sekali pun tidak mahu memberi.
Terimalah dengan sebesar hati.
#NB: semua, refleksnya aku

"Ketika Tuhan berkata kepadaku tidakkah kau malu bermaksiat kepadaKu?
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku tapi dengan penuh noda kau menghadap-KU?" -bait syair Arab-

Tuesday, February 7, 2012

Cairo Bookfair 2012

Semalam aku pergi mengushar-ushar Pesta Buku. Bookfair ini sebenarnya dah lama buka, cuma aku yang tak terexcite nak pergi [ada hal.hehe] So alang-alang keesokan diorang nak bungkus buku, aku pun pergilah sehari sebelumnya.

Memang besar dan actually memang tak cukup satu hari jika nak jelajah gedung ilmu macam ni. Aku mulakan dengan booth yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Sampai longgar segala tendon tapi still belum dapat apa. Hehe.

Antara buku yang aku ushar2 dan berminat:
-Others Colour
-I saw Ramallah
-Sharon's Daughter and Mother In Law
-Egypt and Sudan
-Rubaiyat Omar Khayyam
-Seketul buku International Pharmacology 7th Edition (buku belajar)

Sumpah satu hape pun aku tak beli. Letak semula pada abang kaunter dan keluar. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe mahal. Takut busy tak baca kononnya. Tak faham. etc. Alasan baik punya~ :3

Ada setempat yang dibundlekan segala buku selepas first hand.
I wonder 5th above-hand. Yang lama gila.
Harga sebuah buku dalam 1-5 pound sahaja. Murahkan.

Sebenarnya aku sedang mencari buku International Pathology by Harsh Mohan dan Islamic Medicine kalau ada pasal cupping atau honey studies atau acupunture atau adik-beradiknya.

Dan aku tersangatlah jealous dengan budak-budak study agama. Suka hati mereka pilih segala jenis kitab yang sangat-sangat berlambak. Bahasa itu bukanlah masalah mereka. Mereka fluent arabic. Kuasa memilih mereka besar. Veto takluk mereka luas. Tinggal kemahuan.

I just realized "Arabic language is the key point to all knowledge" Jika kita faham kitab-kitab turath, kita boleh faham semua perkataan yang datang dari philosopher, para ilmuwan, hatta saintis barat pun. Mereka hanya mengolah dari original knowledge pada ayat sendiri. Dikembangkan dan dijenamakan dengan nama mereka. Nothing different. [Sila abaikan olahan yang sedikit ini untuk disyarahkan secara serius :P]


Ini Bookfair tahun lepas instead of International yang tak jadi.
Pengubat jiwa lara pencinta ilmu.

Booth buku kegilaan student kita atau foreigners ialah Darussalam. Banyak kitab-kitab yang diangkut oleh student-student kita. Tak kurang yang ingin dalami ilmu agama. At the first place there, they asked.
" Where can I get some books Early Guide in Islamic Life"
So, that's why lah buku semua buku-buku habis. Salah aku juga pergi lewat sangat. Hahaha.



Booth Ahram tumpuan orang ramai geledah buku teks selain kitab arab.
Gambar ini aku google. Sebab itu bukan muka aku terpampang-.-

Sebelum azan maghrib berkumandang, kami telah pun sampai di rumah dalam keadaan penuh loya dan nak termuntah. Muntah tengok buku yang sangat banyak. Semua alami symptom yang sama. Ini bukan alergic buku cuma rambang mata tengok variasi buku. Surely kami pencinta buku=.= Passion dengan buku people says :)

Cik penulis dapat seketul buku tentang cupping. Terima kasih Kak Mai yang tolong ternampak dan belikan :)

Wednesday, February 1, 2012

Winter 3.0

Salam semua!

Hampir setiap kali aku mulakan post diawalkan dengan minta maaf kerana terpaksa buang sarang landak dahulu sebelum berkata. Maaf juga untuk kali ini. Hihi.

Ini winter kali ketiga aku di sini. Sebab itu tajuknya sedemikian. Tiada apa bezanya dengan winter yang sebelum lepas-lepas. Hanya lain pada winter 2.0 akibat revolusi rakyat yang mahukan penukaran kerajaan yang baru. Moga ada hikmah pada revolusi atau sauroh tersebut. Bukan hanya pada rakyat negara Egypt bahkan umat Islam semua.

Dan sekarang aku dan semua student sedang ber'Winter Break'. Break la sangatt~ Sangat gembira sampai taktau nak post apa. Mana tidaknya setelah berhempas pulas exam [?] terus cuti musin sejuk. Harapnya result exam okey. Doakan weh [say me sambil melutut]


"Tiada istilah masa lapang dalam hidup orang beriman. Kerana hidup mereka dipenuhi dengan dakwah dan tarbiyah diri mahupun orang lain"

Post yang seterusnya untuk perincian. Kbye. Salam :)

Thursday, November 24, 2011

Udara Tahrir




This has become a war. One side has gas and guns and the other has numbers and will.

Ahmed Harara lost his first eye protesting on 25 Jan muzaharot now lost his second eye on this violent crackdown by scaf. Brutal chapter of Egyptian Revolution is opened.

Egypt the country where syabab are not afraid to die, but are afraid to tell their parents they are going Tahrir.

The effect of CR gas is long term and persistent. CR can persist on surfaces especially porous ones for up to 60 days.

The battle in Mohamed Mahmoud street stops after exactly 100hours of nonstop war and high casualities. Power to the poeple.

NEEDED for tahrir hospitals. Brain and neuro doctors.Omar Makram mosque and dobara church. 5o cases in 10 mins.

Almost every 30 seconds ambulance take one injured

After spending time in a field clinic in Mohammed Mahmoud. All I can say that Egypt is full of heroes.

Taxi driver didnt want to charge us for the ride, he just asked us to stay in Tahrir and not leave.

Mama. I swear nothing's happening. We are far from the trouble.- somalaysian

Dear wartawan Malaya, tak ada kerja sekali pun. tak perlu beronar dalam penulisan. Tak cukup laris ke jual paper?

OH! Ada perempuan? Syabas bete!

Tuesday, November 15, 2011

Mesej dari Malaysia untuk raya

Daripada ibu:

Salam Eid Mubarak. Wa kullu 'am wa enti bikhair.
Kami di sini mengirimkan kepada anda salam agar anda tetap ceria beraya di sana!
Senyum sokmo :) Bla3

Aku terus gelak tak jadi nak titis air mata syahdu sejurus selepas tengok benda nih. Sah. Ini bukan mak aku yang tulis. Sebabnya:

-mak aku tak pandai pun buat ayat arab.
-senyum sokmo tu bukan bahasa utara. Cuma orang yg belajar di sana saja boleh buat macam itu termasuk orang-orang yang bergaul dengan rakan rumpun sana.
-dan satu lagi, ayat mak aku tak macam iklan promote barang.

Adik aku je pandai. Yang banyak mulut. Biasanya aku panggil dia,budak maahad. Hahaha.

Aku reply terus selepas smile-out-quietly(lol) dalam masjid selepas solat raya. Terus teka siapa penulisnya. Yang best, Husna jordan (adik aku ramaaaiiii) pun reply benda yang sama. Rasa sehati sejiwa kan? Hahahha.

Walaubagaimanapun, benda ini bukan kisah lawak pun. Tapi aku gembira je lah. Jangan anggap lawak klise atau apa-apa. Imbasan sahaja.

Penulis: Kalaulah tahu ramai update pasal 11.11.11 haritu, takyah kita pulun juga=.=

Sunday, November 13, 2011

Sabar Itu Matang

Ok hari ini aku ke gawazat untuk proses taslim iaitu mengambil visa yang telah dihantar 2 minggu lepas. Aku menunggu. Bukan sekejap. Tapi lama nak mampus. Menunggu sangat menguji kesabaran. Aku kira ini semua orang tahu. Untuk aku, aku tak berapa suka sangat menunggu. Kadang-kadang.

Mula balik. Sejurus sampai, terus beratur dengan nada terkejut sebab manusia ramai gila. Itu abaikan. Sebab memang pun kami datang lambat. Hahaha. Masalahnya, mereka para pekerja kalau buat kerja sungguh-sungguh takpe walaupun ramai. Ini tidak. 30 minit kerja, satu jam makan - takpun jalan - takpun tidur. Arghh.. kami di luar ini sedang tunggu anda. Kejamkan buat kami ternanti-nanti? Menunggu anda yang seorang. Walhal pekerja lain goyang badan sambil berkhayal di meja masing-masing. Ok judgemental di situ.

Ahh...tension lagi.
Ini aku googlekan image jam. Keluar benda ni. Belasah je-.-

Plot imbas kembali- Di Malaysia, nak buat passport tunggu sejam dua sahaja. Pekena roti canai buang satu dua. Kemudian, datang semula untuk ambil passport yang sudah siap. Tak perlu jaga tempat segala bagai. Nombor giliran sudah ada. Tepat dan cepat. Tetibe. hahaha.

Err,tapi aku tak sedih sangat pun. Expected sejak awal kami beratur. Sehingga tepat pukul 1.30petang (cuba kira berapa lama beratur bukan sambil baring?) Lamakan? Jatuh peranakkan aku. Maka kami pun pulang. Okey kecewa nak mati. Ibaratnya, pekerjaan kau pergi ke sana hanya sia-sia.

Hikmah janganlah cerita. Itu banyak.

Dan pada Sabtu minggu depan kami dengan sumpah #seranah# setianya, nak bangun awal. Pergi ke sana. Tunggu di hadapan pagar. Kalau boleh sebelum pak guard buka pintu gerbang. Kerana kejadian yang sama, takkan aku ulang. Kononnya kalau awal=.=

Sebab aku tak nampak apa makcik@polis tu buatlah, aku tak marah. Kalaulah aku nampak gerak kerja mereka macam dua minggu lepas. Mesti angin ahmar sekejap. Dan kalaulah aku tahu yang sabtu sebelum raya tu, tempat ini buka. Konfirm pergi hari tu. Tak ramai manusia. Apakan daya. Nasi jadi bubur.

Penulis: Nasib baik ada housewarming. Reda sikit jiwa lara.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Salam.

Tak ada apa. Cuma. Bagi sesiapa yang masih belum berevent untuk 11.11.11 , anda sudah terlambat kerana 11.11.11 bakal menutup tirainya sebentar lagi.

Walaubagaimanapun, janganlah down! kerana 12.12.12 masih ada. Masa tu bolehlah kalau hendak tunang ke, nikah ke, beranak ke atau nak kahwin semula macam pasangan-pasangan buddha satu negeri di Malaysia tu. Terpulang. Kematian excluded.


Tapi menganggap tarikh tersebut membawa tuah dan keramat para salafus soleh adalah sangat tak guna. Syirik en percaya benda-benda khurafat cenggitu. Tentang iluminasi, aku takminat dan tak tahu. Rujuk pada yang pakar. Tapi, kalau setakat nak percantikkan tarikh supaya SENANG disebut [ perluke? ] takde masalah ye dop. hehee

Kalau di twitter jangan cakaplah, trending oh. Semua rebutkan tarikh ini untuk jadikan sebagai kenangan dan memori. Yang tak pernah berjongging, terus pergi berjongging dan berbangga first time dapat berjogging dalam umur hidupnya pada 11.11.11. Itu cuma contoh. kakakah

Dan untuk tahun 2013: Aku rasa 311113 akan dibebaskan jadi tarikh keramat. Minta percaya.

Penulis: Ni yang semangat nak print kad kawin bebanyak nih. Soft copy dah ada. Lama jamang menyimpan=.=

Monday, November 7, 2011

Aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim.

Di kesempatan ini atas sebab tidak pergi memotong daging dan mengupas bawang. Bermakna saya sempat. Saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua pelintas di sini. :)

Di samping kita menambah lemak, tak kiralah kambing atau lembu atau unta. Seharusnya kita tahu apa sejarah di sebalik peristiwa ini dan juga hari arafah pada sebelumnya, 9 zulhijjah. Tak adalah sia-sia kita menyambutnya kan.

Menatang ini namanya khoruf in arabic
atau dalam banjarnya 'biri biri'

Cik penulis mencuba untuk pendekkan post. Selagi nyawa ditanggung badan. Selagi unta tidak bertanduk dan selagi lembu makan rumput. Selagi itulah cubaan dilakukan.

Wsalam dan jumpa lagi.

Saturday, October 8, 2011

# Belanjawan 1991

Assalamualaikum..

Semalam aku sudah update, hari ini update lagi. Hebat. Pagi semalam about 9.30 am bersamaan 3.30pm Malaya, aku terus buka link video Belanjawan 2012. Semangat, aku tinggalkan bawang-bawang, halia, segala jenis jintan rempah ratus yang aku sudah keluarkan dan kopek-kopek untuk masak tu. Semata-mata nak berface to face dengan Abang Najib.

Overall, aku tak tengok lah sangat video tu, cuma dengar sambil bertuit-tuit. Sesekali aku tonton, confirm nampak MP yang TERtidur. Ok, mungkin buat kerja banyak barangkali. Then cameraman banyak zoom Syahrizat. Someone said, maybe dia cute pakai purple. Hehehe...

That #Belanjawan2012 as known as #Belanjawan Kakitangan Awam sangatlah menyeluruh. Mana tidaknya, dari golongan pekerja, student, pesara, miskin, wanita, pelajar semuanya dititipkan bajet. Setimbun bonus bro! Defisit, inflasi, subsidi apa semua, sangat diambil peduli. Nama pun bajet untuk rakyat, semuanya dengar. Masakan nak diburukkan badan sendiri hadapan orang lain.

Aku tak bermaksud nak mengulas. Orang kata kalau kita tak berilmu tentang perkara tersebut, kita tak payah sibuk-sibuk nak mengulas juga. Macam artis yang ulas hukum hudud. Takut juga jualan voip aku tak laku.

Najib sindir pembangkang oh! Intonasi dia sangah menusuk. pergh berdarah telinga aku dengar even aku sokong dia. Dan bila pengumuman tentang gaji MP naik tu, semua mereka terus segar dan bugar. Sepatutnya najib, kau kena bagi tahu kenaikan gaji tu awal-awal. Jangan akhir-akhir. Baru diorang semangat tak tidur,main facebook,cakap2 semua. Baik kerajaan atau pembangkang. Sama.

Dia nyatakan juga tentang beberapa senarai subsidi barangan yang diberi kerajaan pada rakyat tercinta. Apakah rakyat Malaysia masih lagi tidak bersyukur dengan rahmat yang diberi kerajaan? Aku curious mana datangnya nilai sebenar? Jika mereka sendiri yang meningkatkan harga sebenar barangan dan mereka sendiri menganggap peratusan subsidi kerajaan yang diberi itu sudah terlampau tinggi, dan rakyat perlulah tahu atas usaha keras mereka selama ini, itu adalah tidak masuk akal.

Tapi, banyak juga yang bagus. Klinik 1Malaysia. Boleh aku apply sana nanti-.- Agro Bazar lah barangan 1Malaysia lah. Mansuh yuran lah. Sekolah swasta lah. bonus pelajar IPT lah. Hartanah lah. So nice. Nak pilihanraya lettew :) Harap buat semuanya dengan wang halal-dengan nilai pendapatan tak dinyatakan. Takpe, cukai kami tu halal bang. Tapi kalau makan sorang-sorang, jadi haramlah=.=

Cik penulis: tengok 'My Girlfriend Is Gumiho' 16 episode tu boleh je pun 2 hari. Kemahuan tu yang penting. hee. kbai

Wsalam dan jumpa lagi.

Thursday, October 6, 2011

Diari kah

Assalamualaikum belog saya.

Dah sebulan, aku tak drop by di sini. Since aku dah teringat, cepat-cepat buka. Harap readers, trackers, hackers, stalkers, dan visitors (semua aku bubuh S-kbai) sihat-sihat :D Aku cuba menulis sekarang, tapi idea aku kaku.
Beku.

Kalau still aku menekan keyboard, aku pasti aku akan menghabiskan tenaga perah idea. Kemungkinan juga benda ini jahanam. So, its better kalau idea tu dengan derasnya datang sendiri. Tolonglah datang segera.. Aku nak!

Aku harap, aku tak kering sebegini. Mungkin aku akan kerjakan sebuah diari jika berterusan. keh3.

Aku mula.

Sejak 3 oktober lepas kelas sudah buka. Ramai yang tak datang. Memang! Adegan ini sangat normal untuk permulaan kelas di setiap institusi. Untuk starting, belajar 2 hari - cuti 4 hari pula. Arghh, so heaven!

Tapi aku tahu ini syurga sementara. Sekejap lagi, aku akan berusaha bertungkus lumus belajar dan belajar tanpa memandang tempat lain selain buku. Hidup yang lebih teratur. Tak buat semak dah. Rajin sikit. ceh.. menipu-.-

Untuk kawan-kawan yang di Malaysia, tak perlu risau. Walaupun Bacteriology dah habis 3 chapter, anggaplah satu chapter tu hanya 1 page - dan memang pun.

Cik penulis: Nak admire Chef Wan pula rasanya. haha






Wednesday, August 24, 2011

Thursday, August 18, 2011

Nasib tak kena tikam


Al kisah bermula dua tiga hari lepas, aku pergi ke City Star. Citu Star tu ibarat pusat beli belah yang tiada tandingan di Egypt kononnye. Aku ke sana men'survey' harga bagasi kotak untuk kawan di samping teman kawan aku yang sorang lagi membeli bateri handphone Sonynya even takdapat pun. Siap menjamu-mata dan beli-belah, kitorg balik.


Gambar ni aku google2kan-
Kenape pic ni macam style semacam? ke memang mcm ni =.=

Yang perjalanan balik ni la aku nak story sikit, aku dan mer [ini nama ala2 singkatan pada amira] bergendengan untuk pulang ke rumah. Kami menaiki teksi. Muda lagi drivernya, taksampai hati rasanya panggil pakcik. hahaa. Macam biasalah, teksi bergerak dari siratalmustaqim [jalan lurus] keluar dari corner.

Dalam masa yang sama, sebuah kereta elegan ini pun baru nak keluar dari sisi jalan. Terbrek lah kedua-dua kereta. Maka pakcik kereta elegan ni kata something yang aku dan kawan aku pun tak sedar apa dia kata [takpaham sebenarnya]. Abang teksi ni pun apa lagi, terus berenti kereta. Marah3. omai~

Tapi yang bagus dia siap tutup enjin lagi-so, meter teksi tak naik [fikir sebelum lawan] hehe.. Gaduh punya gaduh plus bertumbuk, abang teksi tu dah sampai berdarah kat muka. Dia pun nak juga cederakan pakcik tu.

Keluarkan screw driver ke ape ntah [KHB aku dulu cukup2 makan je]. Panjang dia dalam selengan la jugak. Mak aihh.. kitorang dah cuak dah. Aku terus mengucap memandangkan aku yang duduk di center penumpang belakang. Kalau jadi apa-apa aku mati dulu. Manalah tau, tetiba nak marah lagi, terus tikam masa drive nanti. Takut gila


Ada tak ah, orang gaduh, tiba2 berlubang kaki.hahaa

Selepas ditenangkan ramai orang yang lalu-lalang ke sana [serius ramai yang leraikan]. Abang tu meneruskan perjalanan. Muka bengis gila [aku tengok dari cermin tengah sikit2]. Dan sepatutnya kitorg ade je jalan dekat sikit nak sampai rumah, takut punya pasal,ikut je dia bawak ikut jalan mana pun. Asal sampai. Suara memang dah takdak kot.

Arab memang macam ni. Gaduh je lebih. dendamnya takada.
Melayu memang macam ni. Gaduh dalam hati atau bermulut-mulut dengan jiran sebelah, dendam sebelas keturunan.

Sepatutnya aku kena gerak tolong-tolong buat iftor jamaie dah.apesal tak berangkat-rangkat lagi?

Cik penulis:Alhamdulillah masih hidup untuk menulis benda ni. keh3

Thursday, August 11, 2011

Cik Penulis dan Cerita Umar

Salam ramadhan untuk fasa yang kedua

Okey, aku dah habiskan membaca buku Dua Sisi Umar Bin Khattab karya Hepi Andi Baston. Teruja dengan diri sendiri.. haha even muka surat dia cumalah 130++ suku dari novel alaf 21. Dan pada yang dah baca, toksah la buat mimik muka kat aku sangat. Gembira kot. Timeline aku baca: sangatlah slow. baca-tidoo-fb-twit-fb-tido-twit-baca balik..seminggu baru habis [ke lebih] hahaha

Dedication: Thanks to nuraiman sebab bagi cik penulis pinjam bukunya. Buku tu okey lagi. haha. Isinya aku tak menambah pun. takda apa-apa aku lakar. Baca pula dengan penuh kasih sayang sampai ngantuk sikit-sikit.huaa. Biasa la tu, benda ilmu :D

Banyak point yang aku dapat bila baca cerita ni dan sebenarnya bukanlah cerita pasal Umar je. Banyak juga kisah sahabat yang lain. Pembawakan stories tak terlalu detail. Tetapi dia boleh jadi batu loncatan pada para pembaca untuk search sesuatu cerita dengan lebih dalam. Pendek kata, gaya dia cerita 'atas surface' je la.



Dan apabila kurang perinciannya, aku pun ada la soalan-soalan. Aku dah try tanya dekat satu laman web ustaz ni, tapi dia tak balas pun. Kecewa aku dan tahan segan-hohoo.

Soalan 1: Dalam buku ada menyebut yang isteri Rasulullah atau anak S.Umar, Hafsah dilahirkan pada 5tahun sebelum kedatangan Islam. So kenapa beliau tidak dibunuh memandangkan Umar sendiri pernah membunuh anak perempuannya pada zaman Jahiliyah.

Soalan 2: Berapa mas kahwin S.Khadijah? Penulis tersebut [bukan cik penulis] mengatakan mas kahwin S.Khadijah dgn Nabi sebanyak 20 ekor unta. Oh! banyak tu.. Jadi adakah menjadi sunnah jika mas kahwin untuk perempuan mahal.

Point lain: Imam Syafie sendiri yang ke Baghdad untuk bertemu dengan Imam Muhamad tidak melakukan doa qunut, bagi menghormati perbezaan mazhab di sana. Kawan aku tasnem kata imam sudais pun masa datang Malaysia, macam janggal baca Bismillah permulaan surah. padahal kat sana, takde pun baca Bismillah. Inilah yang dikatakan berlapang dada dengan perbezaan pendapat. Tapi bukan la tukar completely mazhab lain.

Contohnya: kita ke Mesir solat subuh di Masjid. Imam tak baca Qunut dan terus sujud. Yang kita ni dah gelabah dah, nanak gak baca qunut. Lastnya, imam dah tahyat akhir kita baru nak sujud.---->takleh la ork. [tu contoh paling simple terlintas-hehee]

Aku dah tengok dah penulis ni takde kaitan ngan syiah bagai.

Sebab dulu masa form 3, aku pernah baca buku macam kondem para sahabat. Teruk dia diffrentiatekan.Nasib baik, aku macam ada doubt dan rasa curious tu Allah campakkan dalam hati. kalau tak, aishh. Lepas-lepas tu kan, aku terus tak caye publishing company tu. Aku terlupa la pulak nama author dia padahal yang tu lagi penting. Tapi syarikat pun penyumbang juga dalam publish buku tu, diorang yang check, edit, sunting, reka bentuk buku bagai..Dan seriously penerbit tu punya cover memang lawaaa kot. huaaa..sedih aku X_x takmau baca dah buku dia.

Berbalik-banyak lagi point dia sebenarnya. Dan satu lagi, penulisnya Indonesia, so banyaklah dia muhasabah tentang politik sana. Takde bezanya dengan Malaysia, corrupt sana sini.

Dan tajuk tu aku tak reti mana buat sebenarnya.hahaa
Dan soalan aku tu siapa tahu, boleh share dan tolong jawab =.=

Cik penulis: Hoho.Kalau orang kedah panggil umar jadi umaqq - bakar jadi bakaqq (qalqalah penting untuk utarian atau peminat utarian..ha3)

Wsalam dan jumpa lagi :)

Friday, August 5, 2011

Manipulasi Penonton


Mungkin aku akan menukarkan blog title di atas dalam masa terdekat atau akan stay dalam jangka masa yang panjang.

Kenapa manipulasi dipilih? Dulu selalu juga aku memanipulasi persekitaran, sekarang aku kurang berbuat demikian. Bukan kurang gemar tapi kurang daya fikiran, atau kekurangan glucose dalam otak untuk me-interpretkan Intelligence Quotient.

Aku akan cuba berfikir dari semasa ke semasa. Dan asas yang paling penting adalah membaca. Ini main factor kenapa aku kurang memanipulasi. Untuk manipulate persekitaran, harus juga berhubungkait dengan sumber bacaan. Hobi yang teroleng-oleng entah ke mana.


Aku still ingat, masa darjah 5 atau darjah 6, aku sudah start membaca bahan bacaan seperti perjuangan nabi dan para sahabat, cerita dalam AlQuran, siri pengembaraan Hadi yang dipinjam dari library dua kali per minggu dan tak lupa juga novel-novel versi tebal punya.hehe.. Bersungguh bawak balik novel dan baca sorok-sorok dalam beg, takut juga kalau kena marah sebab UPSR just around the corner..

Zaman menengah bawah, aku mula berjinak dengan buku sejarah seperti buku Sejarah Kamal Attartuk, Peperangan Agama di Chechnya, Peristiwa Hitam Shabra Shatila, Pembunuhan Wilayah Takbai, aktivis-aktivis agama, muslim-kristian debate dan apa entah lagi. (aku ingat kronologi dia lagi, siap cerita2 dekat orang)

Berbeza dengan sekarang, satu buku pun tak habiskan. Aku try berjinak-jinak membaca novel versi Indonesia "Kalam Cinta Dari Tuhan". 3 page-tidur-10pages-tidur-13pages-tidur lagi-then give up. Ubat tidur aku barangkali. Novel Halovate yang wordsnya sangat mengagumkan pun, aku belum habis even teruja gila. Maybe 3 chapter dah, sejak awal tahun hari tu. Dan penyakit malas ini didetect sejak aku berada di menengah atas. hahaaa..

Banyak bercakap mungkin telah melunturkan minat aku yang satu ni. Dan kemajuan semua jenis laman sosial menyebabkan kurangnya kualiti ilmu melalui gaya pembacaan manual [pegang di tangan..haha] - semuanya bersifat klik dan baca di hadapan mata. Tak salah..cuma jika dapat stay dalam jangka masa yang lama, agak teruja juga aku! --->aku biasanya tak bertahan!

Pointnya, dahulu aku boleh memanipulasi kerana aku seorang penonton. Sekarang aku dimanipulasi kerana aku seorang pelakon layar yang ditonton.

Dan bukan semua post aku bermanipulasi oleh sebab minatkan sarcastic. Bukannya elok sangat pun bersarcasm ni. Enemy melimpah ruah..Aku cuba mengelakkan sarcastic yang overload kerana setiap manipulation aku biasanya berunsur begitu.

Cik penulis: Jadi setiap apa yang ilmu sejarah yang cik penulis tahu, dan nampak macam tahu serba sedikit tu, sebenarnya itu adalah kesan lampau 5 hingga 7 tahun lalu yang hampir nak padam memorinya.

wassalam dan jumpa lagi entah bila :D



Wednesday, August 3, 2011

Puisi Ramadhan

Ramadhan menjadi kayu ukur
Baiknya hidup kita bergelar sang manusia
Kerana syaitan laknatullah telah dipenjara
Kini bebaslah aku dari pujuk rayu yang hina

Hanya nafsu bermaharajalela
Jika bermaksiat juga
Haruskah kita menggeleng cuma
Tiada halangan kita berbaikk
Kerana inilah Ramadhan Almubarak

Juga bulan menifestasi pada si fakir
Bukan cubaan mengawal nafsu makan semata
Pabila maghrib, pertandingan bermula
makan hingga tak ingat dunia
sampaikan terawih
masih mampu berkhayal

Aku pasti,
Semua mampu berubah
Jika madrasah ini dianjal sebaiknya
Menjadi muslim yang bertarbiyyah
Amin Ya Rabb

-from tanpa nama atau anonymous-

Cik penulis: Salam Ramadhan semua dan semoga rajin menambahkan pahala-ramadhan karem- :D